KelabMama

Malaysia Perlu Mengambil Langkah Berjaga-Jaga Dengan Penyakit X – Nasihat Pakar Virologi

Baru sahaja negara kita memenangi pertarungan dengan ancaman Corona Virus-19 (COVID-19) dengan pelbagai langkah berjaga-jaga yang diambil oleh kerajaan dan setiap lapisan masyarakat, minggu ini ada pula ura-ura bahawa pandemik yang seterusnya akibat penyakit X tidak mustahil akan berlaku dan Malaysia juga tidak terlepas dari ancaman ini!

Yang paling menakutkan, penyakit yang dijangka oleh pakar perubatan seluruh dunia ini tidak dapat dikesan jenis patogen apakah yang menyebabkannya wujud.

Apabila punca tidak dapat dikenal pasti, apatah lagi langkah membendung, rawatan dan simptom-simptom! Tetapi yang pasti, ia mampu meragut nyawa!

Malah, kumpulan pakar kesihatan global juga percaya pandemik berkenan berpotensi meragut sehingga 50 juta nyawa. Allahu~

Seperti yang dilaporkan dalam Utusan.com, virus baru yang mungkin melanda dunia ini digelar sebagai penyakit X oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan ia dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa!

Sangat menakutkan! Tapi apa langkah berjaga-jaga yang boleh diambil? Dan apakah sebenarnya penyakit “X” ni?

Penyakit X: Rawatan atau Langkah Berjaga-Jaga?

Apakah itu Penyakit X?

Menurut laman World’s Health Organization (WHO), istilah ‘penyakit “X ” mewakili informasi bahawa wabak antarabangsa yang serius boleh disebabkan oleh patogen yang kini tidak diketahui bakal menyebabkan penyakit kepada manusia.

Ia boleh menjadi agen baharu – virus, bakteria atau kulat – tanpa sebarang rawatan yang diketahui.

WHO secara rasmi mula menggunakan istilah itu pada 2018, yang mewakili penyakit berpotensi menularkan wabak yang tidak diketahui seterusnya.

Pakar telah meminta penyelidikan untuk mengenal pasti patogen seterusnya yang boleh menyebabkan wabak yang baru.

Respon KKM

Menteri Kesihatan Malaysia Dr. Zaliha Mustafa berkata, “Ia dinamakan X kerana masih belum diketahui penyakit yang sebenar, namun kita sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia hadapi kemungkinan pandemik ini.”

“Di peringkat Malaysia, KKM sentiasa membuat pemantauan jika ada muncul penyakit-penyakit baharu seperti yang diperkatakan,”kata beliau. – Sumber: AstroAwani.com

“Kita perlu bersedia, walaupun belum pasti sama ada simptom virus ini sama dengan Ebola atau Covid-19.”

“Laporan yang dikeluarkan WHO perlu dipandang serius agar fenomena ini dapat dibendung lebih awal sebelum menjadi pandemik yang mampu membunuh lebih ramai nyawa manusia,” kata Pakar Virologi Universiti Putera Malaysia (UPM) Dr. Zamberi Sekawi dalam Sinar Harian.

Langkah Berjaga-Jaga

Kredit gambar: Harian Metro

Tidak banyak yang dapat diperkatakan, kerana ia bukanlah penyakit yang telah berlaku tetapi hanya satu jangkaan yang perlu diberi perhatian.

Walaupun begitu, Dr. Zamberi Sekawi turut menyarankan kerajaan perlu mengekalkan komunikasi rapat dengan pihak berkuasa kesihatan antarabangsa untuk memantau potensi kes atau penularan penyakit yang boleh menjadi pandemik dalam negara.

Beliau menambah bahawa langkah pencegahan seperti memakai topeng muka dan kerap mencuci tangan adalah penting untuk membendung penularan Penyakit X.

Sangat menakutkan! Sama-sama kita doakan Malaysia sentiasa selamat dari ancaman penyakit-penyakit berbahaya sebegini.

Sentiasa ingat untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta persekitaran untuk mengelakkan jangkitan sebarang penyakit. Dan yang paling penting jangan lupa follow FB & IG Kelab Mama untuk info kesihatan terkini!


Mama Siti akan kongsikan banyak lagi info kesihatan di SINI.