KelabMama

Anak-anak Kini Berpeluang untuk Meneroka ‘Dunia’ Dinosaur Dengan Lebih Mendalam di Jurassic World Dominion @ Sunway Pyramid!

“Mama, bukalah cerita dinosaur tu. Adik nak tengok.” 

“Mama, tengok ni! Ni T-rex!” 

“Mama, Mama Papa pernah tengok dinosaur depan mata ke? Dinosaur memang besar macam dalam TV ke Mama?” 

Kalau cakap pasal dinosaur, nombor satu anak saya yang bongsu ni. Minat sungguh dia dengan haiwan prasejarah tersebut. 

Mama Siti percaya ramai anak-anak kita yang berminat dengan dinosaur atau sering tanyakan tentang haiwan ini apabila kita mula perkenalkannya kepada mereka. Ada masa sampai kita sendiri buntu untuk menjawab persoalan mereka. Yelah, kerana kita sendiri tidak mempunyai info yang banyak dan tidak pernah melihat haiwan ini in-real life. Jadi, informasi yang kita boleh kongsikan bersama mereka pun terhad.

Mama Siti dengar anak-anak (dan kita sendiri!) boleh meneroka dan belajar dengan lebih mendalam mengenai haiwan prasejarah ini di Sunway Pyramid sepanjang cuti sekolah bulan 6 nanti! Nak tahu maklumat lanjut? Teruskan pembacaan.

Meneroka Dunia Haiwan Prasejarah di Jurassic World Dominion

Bersempena dengan sekuel kepada siri blockbuster dinosaur yang digemari ramai, Sunway Pyramid memberi peluang untuk para pengunjung dan kanak-kanak mengenali dinosaur dengan lebih mendalam dan pastinya lebih fun di Jurassic World Dominion, bermula 25 Mei hingga 12 Jun 2022 di LG2 Blue Concourse Sunway Pyramid.

Sejurus Mama dan anak-anak melangkah masuk melalui pintu utama di Aras G Sunway Pyramid, Mama akan disapa oleh pintu gerbang Jurassic World dan boleh terus ke Aras Blue Concourse di LG2

Jom lihat aktiviti apakah yang boleh dilakukan apabila Mama dan anak-anak berada di sini: 

1. Bergambar bersama Life-sized Blue & Beta dan di T-Rex Photo Booth.

Mama jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar anak-anak dengan bintang filem tersebut iaitu Velociraptor Blue dan Beta yang dihasilkan dalam bentuk 3-D dan life-sized yang pastinya akan membuatkan anak-anak sangat teruja! Mama juga berpeluang untuk menebus barangan Jurassic World Dominion yang eksklusif dan terhad di ruang ini.

Kemudian, terus ke T-Rex Photo Booth untuk mengambil gambar bersama seisi keluarga dengan pelbagai gaya untuk kenangan bersama. Pasti lagi seronok dan sangat bermakna apabila dapat bergambar di photo booth yang comel bersama anak-anak.  

2. Bermain permainan video Jurassic World Evolution 2 di Jurassic World Dominion Game Zone. 

Anak-anak juga boleh bergembira dengan bermain video game dan pelbagi permainan lain di Jurassic World Evolution 2 Game Zone. Jangan lupa untuk pantau anak Mama. Takut mereka ‘melekat’ disini, dan taknak pulang pula nanti.

3. Jom jadi ahli Paleontologi! Meneroka dan mencuba sendiri membuat fosil prasejarah dan mencari tulang dinosaur! 

Ini yang paling best dan pada Mama Siti, anak-anak pasti sangat teruja untuk menyertai aktiviti ini! Anak-anak berpeluang untuk menjadi ahli Palentologi dengan meneroka dan mencuba sendiri membuat fosil prasejarah dan mencari tulang dinosaur di ruang ini! 

Aktiviti hands-on seperti ini boleh membantu dalam perkembangan mereka, disamping meningkatkan kemahiran sosial mereka untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang baru.

4. Teruskan penerokaan dan dapatkan kotak Jurassic World Dominion yang eksklusif!

Bukan itu sahaja tau Mama. Mama dan anak-anak boleh teruskan perjalanan meneroka dunia haiwan prasejarah ini dengan menyertai beberapa aktiviti di checkpoint tertentu dengan kerjasama beberapa jenama yang mengambil bahagian seperti Agenda Suria, Philips and Lego. 

Checkpoints ini terletak di aras LG2 Orange Avenue, ruang LG1 yang berhadapan dengan Coffea Coffee dan di LG1 Ice Rink Railing. Mama sampai je dekat setiap checkpoint, imbas kod QR yang disediakan melalui aplikasi Sunway Pyramid untuk mengumpul bintang dan apabila dah selesai, terus ke LG2 Blue Concourse.

Tekan butang ‘Complete Journey’ dan imbas pula kod QR yang terdapat disitu untuk menunjukkan Mama telah selesaikan cabaran tersebut dan menebus Dinosaur Blind Box yang mengandungi miniatur koleksi dinosaur di dalamnya.

Peserta yang berjaya melengkapkan kesemua aktiviti tersebut akan menerima baucar promosi yang boleh digunakan untuk membeli barangan Jurassic World di laman web Sunway eMall. Sambil bermain sambil belajar dan menang hadiah – 3 in 1 gitu!

Menarik bukan aktiviti-aktiviti di atas? Nanti dulu. Kalau itu untuk anak-anak, haa Mama Siti nak kongsikan pula perkara paling menarik untuk Mama dan Papa apabila anda selesai membeli-belah di Sunway Pyramid sepanjang acara Jurassic World Dominion ini berlangsung. 

Hanya Shopping & Menang Android TV! 

Betul Mama. Para pengunjung yang bertuah berpeluang untuk menyertai Lucky Draw dan memenangi sebuah Philips 55″ Android TV dengan pembelian minima bernilai RM150 dalam satu resit* dan RM100 untuk ahli Sunway Pals. Hanya lima (5) pemenang bertuah sahaja yang akan dapat televisyen ni tau! 

Mama hanya perlu berbelanja sehingga RM150 dalam satu resit* atau RM100 bagi ahli Sunway Pals seperti yang dinyatakan di atas, kemudian ambil gambar resit sebagai bukti pembelian dan muat naik di aplikasi Sunway Pyramid. Lima pemenang bertuah akan diumumkan dan dihubungi di akhir acara Jurassic World Dominion ini.

Sambil Mama seronok lihat anak-anak bergembira dengan dinosaur ‘mereka’, dan nantikan televisyen yang diidam-idamkan, jangan lupa untuk berehat dan memenuhi selera di lebih 900 jenama kedai dan restoran terkenal yang ada di Sunway Pyramid. 

Mama Siti dan keluarga sangat suka kalau ke Sunway Pyramid ni kerana ia seperti one-stop centre untuk membeli-belah, melakukan aktiviti dengan keluarga, dan yang paling best semestinya fasiliti dan kemudahan yang disediakan.

Jadi, apa tunggu lagi Mama? Jangan lupa untuk membawa anak-anak ke Sunway Pyramid dan rasai sendiri pengalaman ‘berjumpa’ dengan dinosaur cuti sekolah ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Sunway Pyramid dan jumpa anda di sana!