KelabMama

10 TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI SUPAYA TIDAK MENJADI SEPERTI BOS DI RUMAH

didik anak lelaki

Tipikal budaya kita, kerja rumah adalah tugas hakiki kaum wanita dan lelaki pula hanya harus mencari rezeki. Tapi, dah lain dengan zaman millenial ni. Dah ramai wanita yang bekerjaya sama seperti kaum lelaki. Kerja perempuan pun ada lelaki yang buat. Namun, lain pula halnya di rumah. Anak-anak lelaki kita sering dimanjakan untuk tidak membuat kerja rumah seperti anak perempuan. Mana boleh macam tu! Sebagai ibu, kita kena ajar kedua-dua anak lelaki dan perempuan kita untuk saling membantu kita membuat kerja rumah sejak mereka kecil lagi.

LELAKI ATAU PEREMPUAN, KEDUA-DUANYA PATUT DIAJAR BUAT KERJA RUMAH

Ini tips yang boleh dipraktikkan untuk mendidik anak lelaki dan juga anak perempuan agar lebih ringan tangan untuk membantu Mama semua dirumah:

1. KURANGKAN GAJET

Kurangkan masa atau jauhkan mereka dengan gajet dan TV. Tidak dinafikan, anak-anak muda zaman sekarang cepat dan mudah sangat terdedah dengan pelbagai teknologi terkini. Tapi, sebagai ibu bapa kita ada hak untuk menghalang mereka daripada menggunakan gajet-gajet yang ada pada zaman sekarang ini.

2. JANGAN LARANG JIKA MEREKA HENDAK MEMBANTU

Galakkan dan beri tunjuk ajar. Bila mereka bantu barulah mereka merasai sendiri dan faham susah senang tugasan tersebut. InsyaAllah mereka akan lebih prihatin untuk membantu ibubapa.

3. PERANAN BAPA

Untuk mendidik anak lelaki, peranan bapa sangat penting dalam menjadi contoh tauladan dan idola mereka. Namun, jika suami bukan jenis membantu, tariklah minat anak dengan bercerita keperibadian Saidina Rasulullah, tunjukkan contoh-contoh chef terkenal, video rakan sebaya mereka yang melakukan kerja rumah dan sebagainya.

4. CERITAKAN PAHALA MEMBANTU IBUBAPA

Ceritakan pada mereka pahala dan kebaikan yang mereka boleh perolehi jika mereka membantu ibu bapa. Ajak, ajar, agih dan arahkan mereka membantu. Biasalah budak, ada pasang surutnya. Adakala mudah, tak suruh pun pandai buat dan ada kala pula perlu pendekatan yang tegas dan disuruh.

5. MULAKAN SEKARANG!

Jangan tangguh-tangguh lagi! Mulakan dengan mengajar anak-anak daripada mengemas tempat tidur, tempat main, laundry dan membantu menyiapkan bahan masakkan. Anak seawal 7-9 bulan pun jika diajar, sudah pandai menghantar lampin pakai buang ke bakul sampah dan pakaian kotor ke bakul setiap kali mereka keluar dari bilik air. Biarkan ianya menjadi satu rutin sejak mereka kecil.

6. PUJI & BERI GALAKAN

Sentiasa berikan anak lelaki kita pujian dan galakkan. Mungkin tak sempurna apa yang mereka buat itu, tetapi dengan pujian dan galakkan yang diberikan, insyaallah anak-anak akan lebih cepat belajar. Anak-anak masih dalam proses belajar kan?

7. SABAR DALAM MENDIDIK

Bersabar dengan sepah, berterabur dan pelbagai lagi hasil pertolongan mereka.

8. CARI TIPS MUDAH

Ajar mereka tips and trik mengemas, memasak, menggosok baju, basuh bilik air dan sebagainya agar lebih mudah dilakukan.

9. JANGAN LUPA TITIKBERATKAN KESELAMATAN

Ajar mereka teknik yang betul penggunaan peralatan serta langkah keselamatan terutama di dapur dan barangan elektrik. Boleh cari di YouTube juga.

10. RANCANG BERSAMA

Rancang bersama mereka apa kerja rumah yang hendak dibuat, jika perlu ajak mereka menonton video atau gambar cara untuk melakukannya. Ini akan membangkitkan rasa teruja dalam diri mereka.