KelabMama

“Re-invent” Cara Mama Mencuci Pakaian Bersama LG Objet WashTower

Tugas mencuci pakaian merupakan sebahagian daripada kehidupan seorang ibu.

Tetapi, memastikan keluarga Mama mempunyai pakaian yang segar dan bersih sepanjang masa tidak meninggalkan sedikit ruang pun untuk perkara lain.

Mesin basuh sudah pasti dapat membantu Mama, tetapi bagaimana jika Mama boleh lakukan sesuatu yang menjadikan ia 10 kali lebih mudah untuk diri Mama sendiri?

Dengan LG Objet WashTower

, Mama boleh bye bye dekat cucian yang tak berkesudahan dan say hello kepada cucian harian tanpa merumitkan kerja Mama!

Dan bukan itu sahaja yang disediakan oleh mesin basuh dan pengering kombo ini untuk Mama tau.

Berikut Mama Siti kongsikan keistimewaan dan manfaat yang Mama akan rasai dengan LG Objet WashTower ini.

Menjimatkan Ruang

Dengan One-body design yang anggun, bergaya dan kompak, LG Objet WashTower merupakan Mesin Basuh dan Pengering yang sangat menjimatkan ruang rumah Mama.

LG Objet WashTower ini didatangkan dengan kombinasi warna Calming Green + Beige yang sesuai dengan nilai aesthetic dan dekorasi rumah yang Mama inginkan.

Ditambah pula dengan penampilannya yang minimalis, penyelesaian mencuci pakaian All-in-One ini adalah impian yang akan menjadi kenyataan kepada Mama semua.

Reka Bentuk Yang Pintar

Mama juga tidak perlu memikirkan setting yang sesuai untuk setiap cucian dengan LG Objet WashTower ini.

Dengan adanya teknologi pintar AI DD (Artificial Intelligence Direct Drive), Mesin Basuh dan Pengering ini dapat mengenal pasti gaya cucian yang paling sesuai untuk pakaian Mama.

Ia bukan sahaja dapat mengesan berat pakaian yang dimasukkan, malah, ia juga dapat mengesan tahap kelembutan fabrik, dan akan menggunakan tetapan yang optimum mengikut kesesuaian kain dengan sendiri.

Bayangkan bagaimana Mama dapat menjimatkan masa kerana tidak lagi perlu mengasingkan pakaian mengikut jenis kain tanpa rasa bimbang ia akan merosakkan pakaian Mama!

Pembersihan Yang Rapi

Mama pernah terfikir tak sejauh manakah keberkesanan mesin basuh yang Mama guna dalam menghapuskan alergen daripada pakaian dan cadar Mama?

Kalau Mama atau anak-anak masih bangun dengan kulit yang gatal, kemungkinan besar keberkesanan mesin basuh Mama sebenarnya tidak begitu baik.

Hama habuk dan debu adalah punca utama kepada alahan, terutamanya bagi yang mempunyai alahan pada kulit dan mesin basuh biasa mungkin tidak dilengkapi dengan teknologi tersebut untuk mengendalikannya.

Dengan LG Objet WashTower, Allergy Care Cycle yang telah diluluskan oleh BAF (British Allergy Foundation) dijamin dapat mengurangkan 99.9% hama habuk rumah Mama.

Barulah lebih yakin untuk Mama boleh menggunakan pakaian yang dibasuh dengan LG Objet WashTower ini.

Kawalan Pintar

Bayangkan mesin basuh Mama boleh dikawal dan dipantau dari jauh sahaja. Semuanya dengan hanya satu sentuhan butang.

Kini, semua impian Mama boleh menjadi kenyataan kerana LG Objet WashTower ini didatangkan dengan aplikasi LG ThinQ yang membolehkan Mama hubungkan dengan Objet WashTower tanpa perlu berada dekat dengan Mesin Basuh dan Pengering tersebut.

Pengendalian Yang Mudah

Kebanyakan mesin basuh-pengering mempunyai panel kawalan yang berasingan, yang boleh menyukarkan pengguna terutamanya jika ia sukar untuk dicapai.

Tetapi, LG Objet WashTower ini mempunyai satu panel berpusat—yang memudahkan pengendalian dan kawalan kepada kedua-dua mesin basuh dan pengering di ruang yang mudah diakses.

Selain itu, ia lebih pendek daripada mesin basuh dan pengering bertindan biasa, yang membolehkan kanak-kanak juga dapat mengaksesnya dengan mudah.

Dengan cara ini, anak kecil Mama pun turut boleh membantu Mama mencuci pakaian.

Penyelesaian Mencuci Pakaian All-in-One Mama

Mama Siti boleh katakan bahawa LG Objet WashTower ini adalah teman baik kepada Mama semua.

Anggun, bergaya, dan dilengkapi dengan begitu banyak ciri-ciri yang canggih dijamin dapat membantu menjadikan cucian Mama lebih lancar.

Tambahan pula, Pengering Pencuci Bertindan All-In-One Objet WashTower 14kg/10kg ini juga sangat sesuai untuk keluarga kecil Mama dengan cucian yang minimum. Mama boleh letakkan sahaja di mana-mana sudut di rumah Mama.

Untuk mendapatkan unit ni, Mama boleh layari link ini dan klik ‘Where To Buy‘.

Peta di link tersebut akan membawa Mama ke cawangan LG yang berhampiran, dimana Mama boleh membuat sebarang pertanyaan secara terus dengan pihak LG yang bertauliah dan juga boleh periksa sendiri barangan tersebut.

Jadi Mama Papa, alami hari-hari mencuci pakaian yang mudah, sofistikated, dengan The LG Objet WashTower hari ini!


Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.