KelabMama

Bagaimana Mencegah Jangkitan Pada Kanak-Kanak Agar Membesar dengan Kuat dan Cerdas

budak perempuan untuk Anmum Essential Gold

Terdapat satu pepatah yang dianggap klise oleh kebanyakan mak ayah: “the days are long, but the years are short“.

Tetapi sebagai Mama, tidak ada keraguan mengenainya apabila— walaupun bergelut setiap hari—Mama melihat betapa cepatnya anak Mama menyerap sifat, tabiat, dan perkataan.

Fikiran mereka seperti span, menyerap pengalaman dan pembelajaran dengan cepat.

Namun, semasa zaman kanak-kanak, otak mereka yang sedang berkembang juga adalah sangat sensitif dan boleh terdedah kepada faktor luaran, termasuk jangkitan.

Meskipun adalah sangat normal bagi Mama Papa mengalami situasi anak-anak sering jatuh sakit, salah seorang perlu peka terhadap peningkatan sistem imun mereka untuk melawan jangkitan yang biasa menyerang kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai common childhood infections, termasuk penyakit saluran pernafasan, jangkitan telinga, dan demam.

Walaupun jarang berlaku, ini berpotensi menyebabkan beberapa kelemahan kognitif, terutamanya jika ia teruk atau berulang-ulang.

Kredit Gambar: Motherhood Story

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC) , selesema merupakan antara sebab-sebab yang paling biasa menyebabkan kanak-kanak tidak dapat hadir ke sekolah.

Dan selesema berlaku akibat daripada mana-mana 200 jenis virus yang tersebar melalui udara atau kontak rapat.

Bagaimana Jangkitan Membawa Kesan terhadap Perkembangan Otak Kanak-Kanak

Kredit Gambar: Motherhood Story

Adakah Mama Papa tahu bahawa jangkitan boleh memberi kesan terhadap perkembangan otak?

Ini bukan bertujuan untuk menakutkan atau mengejutkan Mama Papa.

Walau bagaimanapun, kita perlu tahu bahawa jangkitan dikaitkan dengan pertumbuhan dan perkembangan yang terganggu (Dewey & Mayers, 2011).

Apabila kanak-kanak jatuh sakit, badan mereka secara semula jadi akan lebih mengutamakan dan mengalihkan nutrien-nutrien untuk menguatkan sistem imun mereka untuk melawan patogen.

Dalam kes jangkitan dan penyakit yang kerap berlaku, nutrien-nutrien yang dialihkan boleh menjejaskan pertumbuhan, perkembangan kanak-kanak, termasuk perkembangan kognitif (Dewey & Mayers, 2011).

Walaupun Mama Siti perlu menekankan bahawa kesan ini jarang berlaku, tetapi masih penting untuk memperkuatkan sistem imun anak Mama Papa.

Walaupun selepas pulih daripada demam tinggi dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh jangkitan seperti selesema yang teruk, mereka mungkin masih menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan semasa sesi pembelajaran di prasekolah atau tadika.

Sekiranya Mama Papa perasan, Mama Papa mungkin akan mendapati mereka juga menghadapi kesukaran dengan kerja-kerja yang mudah.

Salah satu jangkitan yang paling ketara pada abad ke-21 yang telah memberi kesan kepada hampir semua orang di seluruh dunia adalah virus COVID-19 dan banyak yang mengalami ‘brain fog, yang dipercayai disebabkan oleh kesan kepada batang otak atau lebih dikenali sebagai ‘brainstem’.

Perkara yang sama turut berlaku kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Dan berada dalam keadaan brain fog semasa peringkat kehidupan mereka ini mungkin boleh menyebabkan mereka terlepas pembelajaran yang penting.

Kredit Gambar: Motherhood Story

Apabila kanak-kanak melawan jangkitan, tubuh mereka mengalihkan tenaga dan sumber pada tindak balas imun.

Ia boleh menyebabkan keletihan, yang boleh menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada perhatian dan tumpuan yang lemah, seterusnya menyebabkan kanak-kanak sukar untuk melibatkan diri dalam sesuatu tugas dan aktiviti.

Seperti yang dinyatakan di atas, penyakit yang berpanjangan atau berulang mungkin menyebabkan masalah ketidakhadiran ke sekolah, yang mungkin memberi kesan kepada prestasi akademik kanak-kanak dan menyebabkan mereka ketinggalan berbanding dengan rakan sebaya mereka.

Untuk mengejar prestasi akademik selepas pulih daripada penyakit yang berpanjangan juga agak mencabar.

Ketidakhadiran kronik biasanya menjejaskan prestasi akademik, terutamanya dalam kemahiran sosial dan membaca.

Di samping itu, ketidakhadiran kronik seawal pra-sekolah dan tadika telah terbukti berkaitan dengan ketidakhadiran kronik pada masa hadapan juga.

Satu kajian tentang kebersihan tangan di kalangan kanak-kanak pra-sekolah di Lembah Klang mendapati penyakit merupakan penyebab utama kepada ketidakhadiran.

Ketidakhadiran kronik boleh menjadi peramal prestasi akademik yang lebih baik berbanding dengan markah ujian kanak-kanak.

Dalam satu laporan, pelajar yang mempunyai markah ujian tinggi yang terlepas sekurang-kurangnya dua minggu persekolahan semasa semester lebih cenderung mempunyai gred yang lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya yang mempunyai markah ujian rendah yang kerap hadir ke sekolah.

Kepentingan Sistem Imun Kanak-kanak

Kredit Gambar: Motherhood Story

Ini kata-kata klise yang lain: ‘Better safe than sorry‘.

Dan ia sangat sesuai apabila dikaitkan dengan peningkatan sistem imun kanak-kanak.

Tanya mana-mana guru tadika, dan mereka akan memberitahu bahawa sesetengah kanak-kanak di dalam kelas mereka lebih cenderung jatuh sakit berbanding dengan yang lain.

Dan jelas kepada mereka bahawa kanak-kanak tertentu mungkin mempunyai sistem imun yang lebih baik daripada yang lain.

Sebagai Mama Papa, kita mahu anak-anak kita sihat sepanjang masa.

Tetapi adakah Mama Papa turut menyumbang kepada pembentukan sistem imun yang baik kepada mereka?

Salah satu caranya ialah dengan menyediakan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak dan produk tenusu.

Senarai makanan ini menawarkan vitamin dan mineral penting untuk menyokong sistem imun yang baik.

Berikan mereka galakan untuk mengambil pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni agar mereka mendapat pelbagai nutrien.

Mama Papa juga boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan Anmum Essential Gold sebagai sebahagian daripada pengambilan makanan harian mereka.

Ia dirumus secara saintifik dengan Probio DR10~, tahap DHA tertinggi# dan Gangliosida. Gabungan nutrien ini berfungsi secara harmoni untuk membantu menyokong perkembangan kanak-kanak, termasuk otak dan imuniti.

Kredit Gambar: Motherhood Story

Kanak-kanak juga memerlukan tidur dan rehat yang secukupnya.

Tetapkan jadual tidur yang konsisten untuk anak Mama Papa, memastikan mereka mendapat jumlah tidur yang disyorkan untuk umur mereka (biasanya 11 hingga 14 jam setiap 24 jam untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun dan 10 hingga 13 jam setiap 24 jam untuk kanak-kanak tadika).

Kanak-kanak yang berehat dengan baik lebih bersedia untuk melawan jangkitan dan mengekalkan sistem imun yang baik.

Sesetengah Mama Papa mungkin bergelut dengan waktu tidur, tetapi Mama Siti ingin tekankan bahawa konsistensi adalah kunci kepada rutin dalam jangka masa panjang.

Buat rutin waktu tidur yang santai untuk membantu anak Mama Papa berehat sebelum tidur dan memastikan persekitaran tidur mereka selesa dan kondusif untuk berehat.

Kredit Gambar: Motherhood Story

Walau bagaimanapun, apabila anak Mama Papa mempunyai imuniti yang kuat, mereka juga mempunyai lebih banyak masa pembelajaran—tidak kira di sekolah atau di rumah.

Semakin banyak mereka meneroka, semakin banyak mereka belajar, terutamanya dengan pelbagai aktiviti luar dan permainan tidak berstruktur.

Apatah lagi, aktiviti luar meningkatkan kecergasan fizikal, merangsang rasa ingin tahu tentang dunia semula jadi dan memberikan rehat daripada skrin.

Hanya ada kebaikan dan tiada keburukan dalam taktik ini!

Berikan Kanak-kanak Anmum Essential Gold BAHARU yang Dipertingkatkan

Kredit Gambar: Motherhood Story

Formulasi Susu untuk kanak-kanak yang BAHARU dan dipertingkatkan, Anmum Essential Gold, dirumus secara saintifik untuk menyokong keperluan nutrisi kanak-kanak yang sedang membesar.

Ia adalah penting bagi setiap Mama Papa untuk memberikan yang terbaik dan memberikan sokongan maksima bagi perkembangan otak dan imuniti anak mereka.

Anmum Essential Gold dirumus secara saintifik dengan Probio DR10~, tahap DHA tertinggi#, dan Gangliosida.

Ayuh besarkan kanak-kanak yang kuat dan minda cerdas hari ini!

Terdapat beberapa kajian yang telah menerangkan tentang manfaat luar biasa Probio DR10~.

Probio DR10~ adalah selamat dan boleh ditoleransi dengan baik yang juga memainkan peranan penting dalam menyokong fungsi usus.

Yang paling penting, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa gabungan Probio DR10~ dengan prebiotik membantu tubuh melawan jangkitan.

Kredit Gambar: Motherhood Story

Kajian menunjukkan bahawa Probio DR10~ dan Prebiotik mengurangkan jangkitan saluran pernafasan sebanyak 35% dan tempoh demam pada kanak-kanak1.

DHA dan Gangliosida memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan otak, yang merupakan asas untuk perkembangan IQ2 dan memori3,4, membentuk landasan untuk masa depan anak Mama Papa.

DHA adalah asid lemak omega-3 yang penting dalam perkembangan otak dan penglihatan.

Walau bagaimanapun, keperluan adalah berbeza mengikut peringkat umur.

Pakar-pakar mengesyorkan pengambilan 100 hingga 150mg EPA dan DHA untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun, 150 hingga 200mg untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun, dan 200 hingga 250mg untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 10 tahun dalam sehari (FAO, 2010).

Anmum Essential Gold yang baharu dan dipertingkatkan ini mengandungi 50mg dalam setiap hidangan dan 150mg sehari (berdasarkan 3 hidangan sehari), iaitu tahap tertinggi# berbanding dengan produk bagi jenama utama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak setakat Julai 2023.

Segelas Anmum Essential Gold menyediakan 50mg DHA.

Dengan hanya meminum 3 gelas sehari (sarapan, makan tengah hari, dan makan malam), kanak-kanak akan mendapat 150mg DHA sehari, memenuhi pengambilan DHA harian yang disyorkan oleh pakar untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun.

Anmum Essential Gold merupakan satu-satunya jenama di dunia^ dengan Probio DR10~, tahap DHA tertinggi#, dan Gangliosida.

Ia juga tidak mengandungi Gula Tambahan**, pastinya merupakan pilihan yang baik untuk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak.

Kredit Gambar: Motherhood Story

Diet yang tinggi kandungan gula sepatutnya dielakkan bagi anak-anak.

Jika seorang kanak-kanak mengambil gula secara berlebihan semasa fasa kanak-kanak, ia boleh memberikan kesan terhadap kesihatan mereka pada masa hadapan.

Pengambilan gula yang tinggi juga mungkin boleh memberi impak kepada ingatan dan pembelajaran anak Mama Papa.

Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan minuman bergula yang semakin banyak, skor kecerdasan verbal akan berkurangan sebanyak 2.4 mata bagi setiap hidangan/hari5.

Dalam usaha untuk membesarkan kanak-kanak yang lebih kuat dan minda cerdas, adalah penting bagi Mama Papa untuk memahami hubungan simbiotik antara perkembangan otak dan peningkatan sistem imun.

Menjaga keseimbangan yang tepat boleh memastikan anak-anak membesar menjadi individu yang intelektual dan mempunyai fizikal yang cergas.

Cuba Anmum Essential Gold Hari Ini

Kredit Gambar: Motherhood Story

Dapatkan sampel Anmum Essential Gold di https://www.anmum.com/my/ms/sample-request.

Penafian:

*Dengan stimulasi yang sesuai dan nutrisi yang baik. | ~Bifidobacterium lactis HN019
#Berbanding dengan label produk bagi jenama utama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak setakat Julai 2023.
35% hanya merujuk kepada jangkitan saluran pernafasan sahaja.
^Merujuk kepada label produk bagi jenama utama kategori produk yang sama di pasaran.
** Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih ditakrifkan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah Piawaian Codex 212-1999 dan CAC/GL23-1997. CODEX merangka garis panduan piawaian antarabangsa yang selaras dan kod amalan. Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa, Madu adalah ditakrifkan sebagai bahan-bahan pemanis.

Rujukan:

1. Sazawal et al. (2010). PLoS ONE. 5(8): e12164.
2. Kuratko et al. (2013). Nutrients. 5, 2777-2810.
3. Palmano et al. (2015) Nutrients. 7(5), 3891-3913.
4. Mulder et al. (2022). Curr. Dev. Nutr. 6 (7), nzac099.
5. Cohen et al. (2018). Am J Prev Med. 54(6), 727-735.

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.


Dapatkan lebih banyak info tentang perkembangan bayi Mama Papa di SINI.