KelabMama

5 Cara Mencari Arah Kiblat Di Rumah

5 Cara Mencari Arah Kiblat Di Rumah

Kredit gambar: siraplimau.com/

Walaupun bertahun dah guna kiblat yang sama, kadang-kadang timbul rasa ragu-ragu tentang ketepatan arahnya. Terutamanya buat mereka yang baru berpindah rumah, memang perlu untuk sahkan arah kiblat yang tepat.

5 Cara Mencari Arah Kiblat Di Rumah

Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mencari arah kiblat yang tepat. Di sini kami akan kongsikan 5 cara yang anda boleh cuba:

1. Guna kompas kiblat

Boleh didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan, kompas kiblat dapat membantu anda untuk mencari arah kiblat dengan tepat.

Dalam perkongsian Aku Islam, perkiraannya ditentukan dengan maklumat geofizikal dan geodetik yang terkini. Di mana-mana pun, kompas ini insyaAllah akan berguna untuk anda.

Kadang-kadang tu, tempat kita pergi tak ada internet ataupun tak kuat network nya. Ketika inilah kompas kiblat ini amat berguna.

2. Guna kaedah tradisional

Kredit gambar: www.mysumber.tv/

Yang tiada kompas tu, boleh je cuba cara tradisional untuk mencari arah kiblat. Tapi tidak boleh bila-bila masa sahaja kerana kaedahnya adalah, anda mesti tunggu pada waktu matahari berada tepat di atas kaabah iaitu 2 kali setahun: pada jam 5.19 petang pada 28 Mei dan 5.28 petang pada 16 Julai.

Halakan objek ke arah matahari pada ketika ini dan melalui bayang objek yang terlihat, anda boleh tentukan kiblat di rumah dengan tepat.

Tak salah periksa arah kiblat di rumah setiap tahun untuk pastikannya kan?

3. Guna telefon pintar

Sekarang ni dah ada banyak aplikasi yang boleh membantu kita untuk mengukur arah kiblat dengan tepat. Salah satunya adalah, aplikasi MySolat.

Muat turun je daripada Google Play, dan anda boleh akses terus aplikasi ni. Menggunakan sistem GPS dan internet, dalam masa beberapa saat je anda boleh tentukan arah kiblat di rumah.

4. Periksa di masjid terdekat atau jiran tetangga

Kalau di masjid, memang tepatlah arah kiblat yang ditentukan. Biasanya kalau nak mudah, singgah sahaja di mana-mana masjid yang paling dekat dengan rumah anda dan lihat pada arah kiblat di situ.

Kalau sebelum ni ragu-ragu dengan kompas ke apa, dengan bantuan arah kiblat di masjid dan pandangan ahli masjid yang ada di sana, anda boleh tentukan arah kiblat di rumah dengan tepat.

Kalau tiada masjid berdekatan, boleh je bertanya kepada jiran terdekat. Cuba bandingkan perkiraan tradisional anda dengan kiblat di rumah mereka ke, boleh sama-sama mencari ketepatannya.

5. Guna Qibla Finder

Kredit gambar: qiblafinder.withgoogle.com/intl/ms/desktop

Kalau tak cukup data telefon atau line internet tak kuat, jangan risau. Ada kaedah lain yang anda boleh cuba iaitu dengan menggunakan aplikasi Qibla Finder.

Walaupun ia merupakan satu aplikasi, anda tak perlu muat turun tau. Hanya taip sahaja ‘Qibla Finder’ di Google dan akan keluar pautannya.

Klik di situ dan akan keluar page seperti ini. Ikut sahaja arahannya dan akan muncul paparan kompas di skrin telefon anda.

Arah kiblat yang tepat akan keluar dan dah boleh tandakan di rumah terus.

Pentingnya Menentukan Arah Kiblat Yang Tepat

Sebagai umat Islam yang bertaqwa, kita mestilah pastikan arah kiblat kita tepat dan benar. Tidak boleh mengambil mudah arah kiblat ni ya.

Usahakanlah untuk mencari dan memastikan arah kiblat kita tepat. Moga-moga urusan anda dipermudahkan dan usaha anda diberkati Allah S.W.T..

Kredit gambar: dream.co.id

Semoga panduan mencari arah kiblat ini bermanfaat buat Mama sekeluarga.