KelabMama

Tampil Menawan Walau Tak Pandai Bersolek. Cara Ringkas Naikkan Seri Wajah

Bak kata orang ‘beauty is pain’. Mama Siti bukanlah pakar untuk mengesahkan kenyataan tersebut. Ada masa ianya adalah betul, namun dia tidak memberi makna apa-apa.

Cantik itu bersifat subjektif. Lain orang, lain tafsirannya. Bagi Mama Siti, jika seseorang itu mempunyai wajah yang berseri, tidak kusam dan ceria, sudah menunjukkan mereka cantik secara fizikalnya. Mungkin cantik di mata Mama Siti, tetapi lain pula pendapatnya bagi orang lain.

Tetapi, jika Mama adalah salah seorang dari golongan profesional yang bekerja, memang solekkan tidak dapat dipisahkan dari rutin harian. Manakan tidak, make up boleh buatkan kita lebih bersemangat, meningkatkan keyakinan diri, dan menampakkan kita lebih bersedia.

Memang tidak dinafikan, yang tidak semua memiliki kemahiran untuk bersolek atau make up. Ada yang perlu berlatih berbulan-bulan lamanya sebelum pandai meriaskan kening. Ada pula yang ingin fokus pada bahagian mata, lalu mereka meluangkan banyak masa untuk eyeliner. Penat memang penat tapi hasilnya memuaskan. 

Artikel kali ini, kita akan fokuskan cara paling senang menaikkan seri wajah khas untuk wanita bekerjaya mahupun surirumah.

‘NO MAKE UP, NO PROBLEM’

Sekiranya Mama bukanlah seseorang yang tahu atau mahir dalam make up. Yelahkan, banyak sangat produk dan tatacara yang harus dilakukan jika ingin mendapatkan make up yang cantik dan tahan lama. Daripada warna eye shadow ke warna gincu, terdapat beberapa tips yang harus dilakukan untuk mendapatkan make up yang bersesuaian dengan wajah kita.

Jangan risau jika Mama masih belum pandai memilih warna-warna tersebut. Ini kerana, dengan hanya satu alat riasan sahaja sudah mampu menampakkan Mama seolah jaduh dalam solekan.

1. GINCU/LIP MATTE/LIP GLOSS

Rasanya, ini adalah satu-satunya alat solek yang tak perlukan banyak masa untuk belajar. Boleh kata orang, yang tak pernah pakai pun dah boleh buat sendiri hanya dengan satu tontonan video. 

Mungkin bagi yang belum pernah menggunakan lip matte atau lip gloss perlu membiasakan diri untuk memegang applicator dan mengoleskannya di bibir.

Oh ya walaupun nampak remeh, jangan pandang ringan dengan pemilihan warna gincu untuk dioleskan ya. Untuk gincu kelihatan kemas dan menarik serta warna yang boleh menaikkan seri wajah Mama, Mama perlu menitikberatkan sesuatu yang dipanggil undertone.

Kredit gambar: Google

Undertone ialah warna dari bawah permukaan kulit Mama yang mempengaruhi keseluruhan penampilan diri. 

Pernahkah Mama melihat rakan Mama memakai lip stick pada suatu hari dan ianya menampakkan mereka pucat? Pada keesokan harinya pula, rakan Mama memakai pula warna yang berbeza dan kini dia kelihatan sangat cantik.

Begitulah bagaimana undertone berfungsi. Mama hanya perlu tahu samada kulit Mama dalam kategori warm, neutral atau cool undertone. Rujuk gambar di bawah dan lihat warna yang sepadan dengan undertone masing-masing. 

Kredit gambar: Google

2. PILIH PAKAIAN SESUAI

Cantik pada orang lain, belum tentu indah di badan kita. Sebenarnya, kalau nak dibahaskan tentang pemilihan baju, memang panjang. 

Ada yang pilih berdasarkan bentuk tubuh badan iaitu;

Ada pula yang melihat pada saiz badan sama ada berbadan kecil atau besar, tinggi atau rendah. Sebahagian wanita pula memilih untuk memadankan warna baju dengan undertone mereka. 

Jika Mama seorang yang berbadan besar Mama boleh cuba tips-tips di bawah ini untuk tampil lebih berkeyakinan.

Kredit gambar: Pinterest
Kredit gambar: Pinterest

Buat mereka yang berbadan kecil pula mesti sering mendengar ayat-ayat begini, “Alah, badan kurus senang. Boleh pakai apa sahaja.”

Namun, ada salahnya juga dengan tanggapan tersebut. Untuk tingkatkan keyakinan Mama yang berbadan kurus dan kecil, jom cuba tips dibawah untuk tampil lebih menawan.

Kredit gambar: Fesyenmoden.com

Apa-apa pun, semuanya perlu disesuaikan dengan keadaan semasa. Jika perlu hadir ke pejabat, sesuaikan dengan pemakaian rasmi seperti suit atau baju kurung dengan corak yang minimal. 

Jika Mama hanya berada di rumah, atau ke majlis santai (casual), pilihlah pakaian yang ringkas. Oh ya, jangan lupa tambahkan sedikit perhiasan untuk tampak lebih anggun. 

3. PENGGAYAAN TUDUNG

Cara kita styling tudung pun main peranan juga tau. Penggayaan yang lebih ringkas dan dengan corak yang minimal, tetapi terletak menampilkan kekemasan dan keanggunan pada si pemakai.

Teori lain kenapa perlu pilih styling dan corak yang sederhana adalah kerana tidak mahu kedua-dua elemen ini menenggelamkan keayuan seseorang. Bak kata orang putih ‘less is more’

Kalau Mama sedang bersiap ke pejabat atau ke majlis rasmi, Mama sarankan untuk padankan pakaian Mama dengan shawl atau tudung jenis satin atau chiffon. Kedua-dua material ini membuatkan si pemakaian tampak melebih mewah dan bergaya.

Coraknya juga perlu sepadan dengan pakaian yang dipakai. Jika baju Mama sudah mempunyai pelbagai corak, pilih tudung dengan satu warna sahaja dan warna tersebut mestilah warna dominan pada baju yang Mama ingin pakai.

Ini supaya tampak lebih kemas, berketerampilan dan matching.

4. KEKAL HIDRAT

Tahukah Mama, 60% dari berat badan orang dewasa adalah air. Peratusan ini bersamaan dengan 40 liter air dalam badan manusia. Secara purata kita disarankan untuk mengambil kira-kira 2 liter air setiap hari. 

Sumber air tidak terhad pada minuman sahaja tetapi juga melalui makanan. Berdasarkan kenyataan Doktor Umum di Glasgow, Scotland, Dr Margaret McCartney,

Ramai doktor telah maklum bahawa tiada bukti saintifik yang mengatakan manusia perlu minum banyak air kosong.

Minum bila Mama rasa dahaga, jangan paksa diri untuk ambil sesuatu yang tidak diperlukan. Apabila badan dan kulit menerima air yang mencukupi;

Minum air dengan cukup juga membuatkan kita kelihatan sihat dan segar. Malah, skincare dan make up juga akan tahan lebih laam dan kualiti solekan juga akan berpanjangan kerana tiada lagi masalah kulit berminyak atau kering yang mengakibatkan kita kelihatan bercapuk.

Satu lagi pesanan Mama Siti, pelbagaikan pengambilan air ya. Ini termasuk makan dari sumber buahan dan sayuran yang kaya kandungan air seperti tembikai dan timun. 

5. SAYANGI DIRI SENDIRI

Yang mahal dari seorang wanita adalah cara mereka membawa dirinya. Peribadi yang yakin, merendah diri dan menghormati selalu menjadi nilai kebanggaan seorang perempuan. 

Mama Siti suka untuk tambahkan satu lagi perkara penting dalam menjaga keterampilan diri. Seseorang itu sangat menyayangi dirinya apabila mereka bangkit mempertahankan diri. 

Kredit gambar: Pexels

Orang perlu tahu bahawa kita tidak sewenang-wenangnya menjadi bahan jenaka. Jika ada perkara yang dirasakan tidak selesa, suarakan dengan penuh hormat tanpa menyakiti hati sesiapa. 

Jadilah wanita yang bersuara untuk hak diri mereka. Bukan diam dan hanya terima apa sahaja yang berlaku dalam hidupnya. 

Dengan perkongsian ringkas pada kali ini, diharap ramai wanita diluar sana mendapat manfaat dan mempraktikkan nya. Ingat ‘good thing takes time’. Putus asa tidak ada dalam kamus kehidupan kita, yang ada hanya berhenti untuk rehat.