KelabMama

Memupuk Generasi Kanak-kanak Bijak: Fernleaf Lancar Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-kanak dengan Nutrisi SmartGro™ Dipertingkat untuk Memenuhi Keperluan Kanak-Kanak Moden Kini

Kanak-kanak masa kini membesar dalam dunia yang serba pantas, digital dan penuh cabaran, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa tentang sama ada anak-anak mereka menerima sokongan yang mencukupi untuk perkembangan yang sihat.

Situasi ini jelas melalui trend gaya hidup semasa, di mana lebih daripada 90% kanak-kanak di bawah umur lima tahun didapati melebihi had masa skrin yang disarankan1, mencerminkan tahap pendedahan awal yang tinggi terhadap peranti digital. 

Pada masa yang sama, kajian daripada organisasi penyelidikan global bukan untung, Our World in Data, menunjukkan jurang pemakanan dan tumbesaran yang berterusan.

Di Malaysia, kadar kebantutan dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun telah meningkat daripada 19% pada tahun 2000 kepada 24% pada tahun 20242, sekali gus menekankan cabaran berterusan dalam menyokong perkembangan fizikal yang optimum pada peringkat awal kanak-kanak. 

Seiring dengan perubahan cara kanak-kanak membesar hari ini, ia semakin penting untuk menyokong perkembangan mereka secara menyeluruh, daripada perkembangan kognitif, kesihatan mata hinggalah tumbesaran fizikal yang lebih kuat dan berdaya tahan.

Menyedari keperluan yang semakin berubah ini, Fernleaf memperkenalkan Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak yang kini dipertingkatkan dengan nutrisi SmartGro™.

Dirumus berdasarkan pemahaman akan cara kanak-kanak membesar pada masa kini, ia menggabungkan nutrien penting untuk menyokong tiga aspek utama perkembangan:

Lim Siew Poh, Pengarah Pemasaran Lactalis-Mainland Dairy Malaysia3 berkata formulasi yang dipertingkatkan ini mencerminkan komitmen Fernleaf dalam menyokong ibu bapa dengan penyelesaian nutrisi yang dipercayai untuk anak-anak mereka. 

“Setiap ibu bapa inginkan terbaik untuk anak mereka, iaitu membesar dengan baik, belajar dengan baik, dan mendapat permulaan hidup yang terbaik. Seiring perubahan zaman kanak-kanak hari ini, pemakanan yang menyokong mereka juga perlu turut berkembang. Di Fernleaf, kami percaya pemakanan yang baik bukan satu kemewahan, tetapi sesuatu yang setiap keluarga berhak nikmati dengan penuh keyakinan,” kata Siew Poh.

Dr. Nisa Khalil, Pakar Pediatrik dengan Minat Khas dalam Perkembangan Kanak-kanak, menekankan bahawa tahun-tahun awal merupakan fasa penting dalam perkembangan kanak-kanak, khususnya dari segi perkembangan otak, penglihatan dan tumbesaran fizikal. 

“Perkembangan kanak-kanak ibarat membina sebuah rumah, ia bermula dengan asas yang kukuh untuk kekal teguh dalam jangka masa panjang. Asas ini datang daripada nutrisi yang seimbang, termasuk susu sebagai sumber nutrien penting yang menyokong perkembangan otak, kesihatan mata dan tumbesaran keseluruhan pada tahun-tahun awal, sekali gus membantu mempersiapkan mereka untuk peringkat pembelajaran seterusnya.”

Dr. Fatin Liyana, Doktor Perubatan dan Penyokong Keibubapaan, turut menyatakan bahawa ibu bapa masa kini perlu mengimbangi gaya hidup yang serba pantas sambil menguruskan jadual harian yang padat serta memastikan anak-anak menerima pemakanan yang seimbang.

“Amalan harian yang ringkas seperti menggalakkan anak-anak kekal aktif secara fizikal, mengurus masa skrin dengan baik, memupuk rasa ingin tahu melalui pembelajaran dan permainan, serta mewujudkan rutin harian yang positif boleh memberi impak yang besar terhadap perkembangan kanak-kanak.”

Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran ialah pasangan selebriti, Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir, turut berkongsi pandangannya, 

“Setiap peringkat dalam keibubapaan hadir dengan cabarannya tersendiri, daripada mengurus masa skrin hinggalah memastikan anak-anak kekal aktif dan sentiasa ingin belajar. Sebab itu kami memilih Fernleaf Growing Up Milk Powder dengan nutrisi SmartGro™. Ia memberi ketenangan kepada kami kerana mengetahui anak-anak mendapat sokongan untuk perkembangan otak, kesihatan mata dan tumbesaran keseluruhan, sementara kami terus konsisten dan saling menyokong sebagai satu pasukan.”

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, Fernleaf akan mengadakan siri jelajah (roadshow) di seluruh negara di lokasi terpilih, dengan pelbagai aktiviti interaktif dan ganjaran menarik.

Antaranya termasuk blind box edisi terhad Fernleaf Famooly serta beg tote DIY, dengan pembelian minimum RM40 dan RM60 masing-masing.

Pengunjung juga berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana nutrisi SmartGro™ membantu menyokong perkembangan minda, kesihatan mata dan tumbesaran fizikal kanak-kanak.

Didapati dalam pek saiz 250g, 500g, 850g dan 1.6kg, Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Fernleaf boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara, serta secara dalam talian melalui Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan butiran jelajah (roadshow), sila layari Facebook Fernleaf (@FernleafMalaysia), Instagram (@fernleaf_malaysia), TikTok (@fernleafmy), atau laman web mereka di https://www.fernleaf.com.my/en.html

Rujukan

  1. Raj D, Mohd Zulkefli N, Mohd Shariff Z, Ahmad N. Determinants of Excessive Screen Time among Children under Five Years Old in Selangor, Malaysia: A Cross-Sectional Study. Int J Environ Res Public Health. 2022 Mar 17;19(6):3560. doi: 10.3390/ijerph19063560. PMID: 35329247; PMCID: PMC8951484.
  2.  Ritchie, H. (2026). Malaysia is an outlier: Richer than its neighbors but doing worse on child nutrition. Our World in Data.
  3.  Fonterra Brands Malaysia Sdn.Bhd. is no longer owned by, affiliated with, or acting on behalf of Fonterra Co-operative Group Limited, following its acquisition by the Lactalis Group. The acquired group of companies are now collectively known as Lactalis – Mainland Dairy and Fonterra Brands Malaysia Sdn.Bhd. will update its company name in due course.

Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Terokai lebih banyak tip keibubapaan untuk Mama Papa dan anak-anak di SINI.