KelabMama

Take Note Mama! Elak 10 ‘Kesilapan’ Membesarkan Anak Introvert

Sering dibincangkan tentang personaliti anak-anak kita. Adakah mereka Extrovert, Introvert ataupun Ambivert? Semua ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri.

Dan sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, ianya lebih baik jika Mama dan Papa detect awal. Agar Mama dan Papa tidak membuat kesilapan membesarkan mereka.

Membuat salah itu, semestinya tidak dapat dielak. Cuma dengan kecuaian ibu bapa, ia terus akan membentuk anak-anak menjadi individu yang bermasalah, rumit dan sukar. Mama Siti nak share sikit tentang anak-anak introvert ni.

Adakah mereka bermasalah? Susah ke nak jaga dan bentuk anak-anak yang mempunyai personaliti introvert menjadi manusia yang berguna? Macam mana sifat ni terbentuk?

Sifat-sifat ini merupakan 50% punca daripada genetik. Mungkin di mata orang luar, introvert dianggap lemah. Tak sehebat extrovert, yang hidup dengan lebih senang lenang.

Menjadi seorang introvert adalah normal dan banyak kelebihan. Mungkin anak-anak Mama akan lebih letih berada di sekeliling orang terlalu lama.

Tetapi anak-anak introvert boleh enjoy, bersosial, dan juga mesra apabila mereka mahu dan dengan cara yang tersendiri.

Kenali Anak Introvert

Berikut adalah beberapa tanda bahawa anak Mama mungkin seorang introvert:

Pendek kata, mereka suka menyendiri. Orang mungkin kata,

“Kesiannya main sorang-sorang.”

Tapi hakikatnya mereka lebih suka menyendiri!

Mama mungkin sudah master ataupun beginner lagi bab-bab membesarkan anak-anak Introvert ni. Tidak apa jika salah, kita sebagai ibu bapa pun masih belajar. Jom kita tengok apa kesilapan yang sering ibu bapa lakukan sewaktu membesarkan anak jenis Introvert.

10 Kesilapan Yang Selalu Dibuat Ketika Membesarkan Anak Introvert

1. Bila Dia Bersuara, Mama Suruh Dia Diam

Biasanya, anak introvert tak banyak bercakap. Tetapi senyap, tidak bermakna mereka tak ada apa untuk dikatakan.

Sebenarnya, mereka mungkin tidak tahu untuk luahkan apa yang terbuku dalam hati mereka dan siapa untuk mereka bertanyakannya. Sejujurnya, mereka mempunyai fikiran yang cukup lantang dan mempunyai perasaan ingin tahu.

Tetapi bila Mama bagitahu mereka “diam” bila mereka curious dan mempunyai keberanian untuk bercakap hanya akan membunuh semangat mereka.

2. Bimbang Dia Tak Bergaul Dalam Kumpulan Besar

Dunia luar sangat kompetetif, lagi banyak bercakap lagi orang tahu perasaan dan pendirian Mama. Sebagai ibu bapa, kita risau dengan cara pergaulan anak kita.

Jangan risau sangat Mama, seorang introvert bukan bermaksud anak Mama ni boring pun. Introvert ni banyak sangat kelebihan mereka seperti cara mereka berfikir untuk mendapatkan sesuatu perkara sehinggalah cara mereka “mendapatkannya.”

Introvert perlukan kawan juga, tetapi mereka juga perlukan RUANG mereka sendiri. Fahamkan minat dan cara mereka melakukan sesuatu.

3. Mama Abai Soalan Dia

Selalu perkara ni jadi tak Mama? Kalau Mama nak tahu, anak-anak introvert kumpulkan segala keberanian mereka untuk bertanyakan sesuatu kepada Mama dan Papa.

Tak semua introvert mempunyai keberanian nak buat macam ni tau Mama. Pada mereka, lain orang, lain cara penerimaan sesuatu soalan dan ia mungkin di luar jangkaan anak introvert. Jadi, ini membuatkan mereka lebih takut untuk bertanya.

Mama Siti pun macam tu juga, akan cari jawapan sendiri dahulu sebelum bertanya kepada sesiapa. Kalau tak jumpa juga, barulah Mama Siti akan tanyakan soalan tersebut untuk mendapatkan jawapan.

Jadi jika anak introvert Mama Papa ada tanyakan sesuatu soalan, dengar dengan teliti dan jadilah pendengar mereka yang setia.

4. Desak Dia Melampau-lampau

Mungkin Mama rasa Mama membantu mereka, tetapi sebenarnya ia mungkin melampau dan melebihi had kapasiti anak-anak introvert hingga mereka berasa tertekan dan tak selesa.

Jangan, Mama Siti cakap jangan! Jangan samakan anak-anak Mama dengan anak orang lain, anak jiran ke anak sepupu. Setiap orang berbeza. Jika anak Mama introvert, jangan harap dia rasa gembira mendekati orang yang tak dikenali atau menjadi leader.

Jangan paksa mereka untuk pergi ke parti hari jadi, bermain dengan kumpulan besar, atau bersosial sampai mereka letih. Takut mereka akan menyimpan dendam sehingga mereka dewasa.

5. Tak Bagi Perhatian Secukupnya

Mereka ni ada satu habit untuk mengelak daripada meluahkan apa yang ada dalam fikiran mereka. Sebagai ibu bapa kepada anak introvert, perhatikan apa-apa perubahan dalam tingkah laku mereka.

Jika mereka kelihatan pasif daripada biasa dan ada perubahan dalam kelakuan mereka, tanyakan masalah mereka. Lebih baik cuba dan tiada hasil daripada tidak cuba langsung dan memang tiada hasil.

6. Banding-bandingkan Dia Dengan Anak Orang Lain

Mengaku cepat, mesti terlintas di dalam hati Mama walau sesaat pun untuk bandingkan anak Mama dan anak jiran sebelah tu. Mama Siti tak nak berkias lagi – perkara ni sebenarnya memang tak mendatangkan kebaikan kepada sesiapa pun, terutamanya anak Mama sendiri.

Dengan anak introvert ni lagi bahaya. Dalam standard masyarakat, mereka sudah tidak mencapai personaliti ideal oleh semua orang iaitu extrovert.

Hobi mereka mungkin sudah menjadi menilai diri bila dibandingkan dengan orang lain berulang kali sebab mereka tidak sebagus kanak-kanak lain. Sebagai ibu bapa, fahamkan anak-anak dan corak personaliti mereka.

7. Mama Tak Terima Dia Seadanya

Ia sangat mudah Mama, tunjuk Mama sayang pada mereka dan terima mereka seadanya. Ini tak bermaksud Mama tak pernah tegur kesilapan mereka, kalau tak macam mana mereka nak belajar daripada kesilapan.

Maksud Mama Siti, Mama cuba fahamkan kenapa mereka buat apa yang mereka buat. Semua orang ada sebab-sebabnya tersendiri.

Sayang bermaksud menerima diri mereka seadanya dan juga mahu mereka memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik. Tapi jangan abaikan sifat introvert mereka itu tau Mama.

8. Mama Anggap Berdiam Diri Tu Normal

“Tadi cakap memang bersendirian tu normal kan?”

Betul buat Mama yang beri perhatian! Introvert memang lebih suka bersendirian, tapi itu tak bermaksud mereka TIDAK LANGSUNG memerlukan sesiapa. Mereka ni memilih. Dia pilih orang yang dia rasa dia boleh luahkan dan berbual dengan lebih mendalam.

Anak introvert Mama mungkin lebih suka kawan rapat satu dua je berbanding sejuta kawan dan itu tiada masalah. Jika anak Mama tunjuk tanda-tanda terlalu diam, Mama cuba rapat dengan mereka, beri perhatian dan tanya dengan tenang untuk pastikan mereka baik-baik sahaja.

9. Mama Bagitahu Dia Jangan ‘Over’ Sangat

Bila ada sesuatu perkara yang menyakitkan atau mengganggu perasaan kanak-kanak yang introvert, mereka mungkin bertindak dengan segera seperti masuk bilik dan menangis. Perkara remeh mungkin perkara yang amat besar terhadap mereka.

Komunikasi itu penting walaupun mereka masih kecil dan Mama rasa mereka tak akan faham. Penting untuk ibu bapa yakinkan mereka, perasaan mereka rasa tu sah dan reaksi mereka tu bukan melampau.

Sama sahaja seperti Mama, mereka mempunyai pemikiran dan perasaan mereka sendiri dan ibu bapa mesti menghormati mereka.

10. Tak Bagi Dia ‘Me Time’ Langsung

Sifat anak introvert ni macam-macam, sebagai contoh, mungkin mereka suka habiskan masa dengan membaca buku. Mereka mungkin mempunyai tempat atau ruang istimewa untuk berbuat demikian. Selamat daripada bunyi-bunyi bising dan orang ramai.

Jangan paksa mereka untuk bergaul bersama saudara-mara, malah tegur dengan tenang tentang hubungan kekeluargaan itu penting. Mama pun perlu me time, so faham lah kenapa anak-anak introvert ni perlukannya juga.

Tip Handle Anak Introvert

Galakkan Dia Untuk Mencari Saluran Untuk Express Themselves

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak introvert, penting untuk Mama memastikan mereka mempunyai aktiviti atau sesuatu yang mudah untuk mereka meluahkan diri mereka dengan sihat. Ini adalah antara keperluan asas mereka.

Tak kisahlah dalam apa jua bentuk seperti seni, penulisan kreatif, jurnal, senaman atau apa sahaja yang memberi ketenangan untuk mereka.

Mungkin media sosial pun boleh tolong kerana ia adalah platform yang boleh memberi anak introvert kebebasan untuk berfikir dan ekspresif, tanpa menjadi seorang extrovert.

Akhir kata, personaliti introvert tidak bergantung sepenuhnya pada genetik. Ia dipengaruhi oleh persekitaran anak kita pada waktu muda.

Perkara yang paling penting untuk ibu bapa tahu ialah introvert mempunyai sifat yang luar biasa! Kanak-kanak introvert selalunya unik, berfikiran mendalam, penyayang, kreatif, dan sering dirujuk sebagai jiwa lama.

So, pesan Mama Siti, jangan risau sangat jika anak introvert mahal bangga dengan mereka kerana keunikan mereka.


Dapatkan lebih banyak tips keibubapaan di SINI!