KelabMama

Membeli Secara Online VS di Kedai Fizikal- Mana Lebih Berbaloi?

Seiring dengan era digital, kita semua sedar banyak perkara kini boleh diselesaikan dengan hanya di hujung jari je. Ia termasuklah aktiviti jual beli secara online yang Mama Siti lihat kini umpama cendawan tumbuh lepas hujan!

Daripada sekecil-kecil benda hinggalah sebesar perabot pun ada dijual di aplikasi masing-masing. Daripada harga bermula sen-sen je sampailah ke ribuan ringgit. Pendek kata apa sahaja barang Mama cari mesti jumpa.

Namun, betulkah membeli secara online sahaja dijamin lebih berbaloi berbanding beli di kedai? Atau adakah lebih baik datang sendiri ke kedai yang pastinya memberi kepuasan berganda?

Jom lihat senarai Mama Siti list kan mengenai pro and cons membeli barangan online atau better beli di kedai.

1. Harga

Daripada sudut harga barang, mesti semua menganggap beli barang online jauh lebih berbaloi. Betul, itu tidak dinafikan. Jika beli di kedai mungkin harganya dua ke tiga kali ganda mahal.

Tetapi, sebagai pengguna kita pun faham kenapa barangan di kedai sedikit pricey, sebab mereka perlu membayar sewa kedai, bil utiliti malah upah pekerja (jika ada). So, daripada sudut harga dan penjimatan, Mama Siti tak nafikan yang membeli dalam talian adalah pilihan lebih bijak dan menguntungkan kita as a consumer.

2. Masa

Berkenaan masa pula, Mama Siti berpendapat bahawa membeli di online adalah lebih cepat dan mudah. Banyak pilihan yang boleh diperoleh. Sebagai contoh jika Mama mencari baby socks, cuma search dan keluar macam-macam design. Mama pilih je nak socks tebal, nipis, panjang atau pendek.

Tak berkenan di kedai yang satu ni, boleh scroll kedai lain dan cari sampai puas. Berbanding beli secara fizikal, masuk sebuah kedai, pilihan socks tak ada yang berkenan, terpaksa cari kedai lain.

Semua ini perlukan masa dan modal, tapi itu pun tak confirm boleh jumpa jenis yang Mama inginkan.

Basically, Mama Siti beranggapan masa lebih jimat dengan membeli secara online selain tawaran pilihan yang sangat banyak.

Mesti Mama rambang mata kan bila scroll apps, daripada nak cari design yang macam tu, tengok-tengok ‘eh, design ini lebih cute!’.

Tak payah masuk sampai 10 kedai pun untuk compare pattern dan harga setiap barang tu. Bukak jerr apps dah boleh bandingkan kesemuanya!

3. Kualiti

Bagi isu kualiti pula, semua tahu beli secara fizikal confirm boleh survey dengan lebih jelas. Iyelah, bila beli di kedai, Mama dapat pegang dan lihat sendiri tekstur barang itu, boleh cuba sama ada selesa atau tidak, mahupun produk berkenaan bagus atau sebaliknya.

Sebab memeriksa kualiti ini juga penting Mama kerana barang yang dibeli nak pakai lama. Jadi mustahil Mama nak ambil yang asal boleh je tanpa mengetahui kualitinya baik atau tidak.

Jika buruk kualiti barang itu, bimbang berisiko pada keluarga pula kan, especially si kecil. So, better Mama beli sahaja di kedai jika sesuatu barang itu memerlukan ketelitian yang tinggi. Sebab tak semua barang boleh dibeli ‘ala-kadar’ jerr kan.

4. Keselamatan

Daripada segi keselamatan pula, Mama Siti berpendapat kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. Jika membeli secara online, keselamatan diri Mama lebih terjamin sebab tak perlu nak hadap risiko jenayah fizikal macam rompakan, kemalangan dan sebagainya. Duduk di rumah lebih selamat, tak perlu jumpa dengan orang-orang yang mencurigakan.

Namun, Mama berdepan dengan keselamatan berkaitan maklumat peribadi serta perbankan yang mana kesemuanya boleh diceroboh.

Kecurian siber bukan isu remeh sebab melibatkan harta benda dan silap-silap pencerobohan maklumat peribadi ini boleh menyebabkan data Mama digunakan untuk perlakuan jenayah. Bahaya kan?

Jadi, bagi Mama Siti sekiranya Mama memilih membeli di atas talian, perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang urusan. Semak segala maklumat seller bagi memastikan Mama tidak mengalami isu dengan scammer.

Namun, memilih untuk membeli secara fizikal juga berdepan ancaman keselamatan seperti yang Mama Siti nyatakan di atas tadi. Cuma data peribadi Mama dilindungi. Selain itu, Mama tak perlu risau tentang penipuan seller sebab Mama boleh tengok depan mata dan dapat barang yang berkualiti serta memuaskan hati.

Jadi, mana satu pilihan Mama?

Pendapat Mama Siti

Bagi Mama Siti, kedua-duanya memiliki pro and cons. Kecanggihan teknologi menyebabkan sistem keselamatan juga perlu ditingkatkan.

Yang penting Mama kena selalu berhati-hati dan survey setiap sudut apabila ingin membeli apa juga barang. Tak dinafikan bila dah bergelar mak-mak ni, nak pergi kedai pun rasa tak berdaya sebab banyaknya ‘handbag’ yang kena jaga kan?

Apa pun, ikut kemudahan Mama dan kesesuaian barangan itu sama ada beli secara fizikal atau online yang lebih baik. Happy shopping Mama!


Ikuti tips kewangan dan membeli-belah yang berpatutan untuk Mama Papa di SINI.