KelabMama

Membaca Amalan Mulia! Ibu Kongsi Cara-Cara Untuk Amalkan Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak

Membaca semestinya satu amalan yang amat disegani oleh orang ramai. Mama Siti pun suka tengok orang membaca buku kerana membaca akan membuat kita fokus dan dapat pelajari perkataan-perkataan baru.

Selain itu, membaca juga membantu perkembangan anak Mama! Membaca membolehkan kita mempelajari perkataan dan frasa baharu, mengalami pelbagai emosi dan memperoleh kemahiran dan pengetahuan.

Menurut High Speed Training, satu kajian tentang kesan membaca pada kemahiran literasi anak Mama adalah, ia memudahkan anak Mama berinteraksi bersama orang dewasa, dan menggalakkan kanak-kanak untuk melibatkan diri dengan dunia di sekeliling mereka.

Ia juga menyatakan bagaimana:

Membaca boleh menjadi ‘sumber maklumat yang stabil’ sepanjang hayat kanak-kanak.

Manfaat Membaca

Manfaat membaca adalah seperti:

Lagi banyak membaca, lagi mereka curious kan? Jika lebih curious, mesti mereka lebih tahu dengan environment mereka.

Kalau Mama nak tahu, seorang ibu telah mendedahkan cara-cara untuk menerapkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak Mama!

Mari kita baca dengan lebih lanjut~

7 Tips Bantu Anak Mama Cinta Pada Buku

Nampak ada yang berminat dengan tweet saya (2019) berkenaan anak saya yg gemar membaca. Saya kongsikan tips untuk galakkan anak membaca; (semoga bermanfaat utk yg lain).

1) Ibu Bapa Harus Membaca

Kredit gambar: Twitter @syikinyunusMD

Dan pastikan anak nampak anda membaca. Anak nampak, anak akan ikut insyaAllah.

2) JANGAN Paksa

Kredit gambar: Twitter @syikinyunusMD

Minat membaca tidak boleh dipaksa. Jadikan membaca suatu aktiviti yg digemari. Saya jadikan waktu membaca sebagai satu waktu “us-time”/aktiviti bersama – anak menghargai bahawa membaca adalah suatu aktiviti kekeluargaan yang menggembirakan.

3) Kenali Minat Membaca Anak Anda

Kredit gambar: Twitter @syikinyunusMD

Buku jenaka/adventure/klasik?

Ada kanak2 yg belum cenderung terhadap mana-mana topik/genre buku – tidak mengapa.
Dedahkan anak kepada pelbagai genre & beberapa jenis buku.

Layan minat mereka walaupun jenis buku itu mungkin bukanlah citarasa anda.

4) Didik Anak: Bawa Buku Ke Mana Sahaja

Kredit gambar: Twitter @syikinyunusMD

Pergi pusat membeli belah, rumah nenek, kedai makan hatta bercuti di pantai pun kami bawa buku bersama.

Sebab prinsip kami: boleh membaca di mana sahaja.
Sambil tunggu makanan, sambil rehat 5minit, sambil tunggu mak habis shopping.

5) Bacakan Buku Kepada Anak

Kredit gambar: Twitter @syikinyunusMD

“Bedtime story”/”reading aloud” Ini aktiviti kegemaran kami sewaktu anak-anak saya masih kecil. Kini, walaupun mereka sudah besar – kadangkala saya masih membuat sesi “bedtime storyreading”/mereka yang melayan saya dengan membacakan sebuah cerita buat saya.

6) JANGAN Katakan Tidak Kepada Komik/Buku Bergambar

Kredit gambar: Twitter @syikinyunusMD

Komik juga ialah bahan bacaan yang bagus sekiranya kandungan bersesuaian dengan umur. Saya pun baca/intai komik yang anak baca & sering berbincang mengenai komik dengan mereka.

7) Hadkan Gajet/Waktu Menonton TV

Kredit gambar: Twitter @syikinyunusMD

Kami bukanlah makhluk asing. Kami hadkan waktu menonton hanya di hujung minggu & memilih filem/siri/anime yang ditonton bersama *kami pilih kandungan yang sesuai & menjadi “parental guidance” (bab ini saya akan elaborate di waktu lain).

Anak-anak saya main game *selalunya dgn si ayah tapi hanya di hujung minggu & ada had masa.

Jadi untuk waktu lapang; mereka memilih untuk membaca.

Mereka tiada akses kepada handphone & tiada akaun media sosial – mereka & kami setuju bahawa tiada keperluan untuk semua itu.

Ada beberapa aspek lain; tapi insyaAllah saya kongsikan di waktu lain. Tidak semestinya apa yang saya lakukan berhasil untuk orang lain/anak anda. Sejujurnya, saya berkongsi supaya lebih ramai anak kita gemar membaca. Hadza min fadhli rabbi. Segalanya adalah rezeki dari Yangg Maha Esa.

Kredit: Twitter Syikin Yunus

Wah! Mama Siti sangat kagum dengan Puan Syikin yang berjaya menerapkan amalan membaca dalam keluarganya sejak mereka masih muda lagi!

Harap-harap perkongsian ini bermanfaat untuk Mama dan sekeluarga. Mari kita membaca! Membaca kan amalan mulia ~

Mama Siti akhiri dengan kata-kata:

“Lebih banyak anda membaca, lebih banyak hal yang anda ketahui. Lebih banyak hal yang anda pelajari, lebih banyak tempat yang anda kunjungi.” – Dr. Seuss