KelabMama

Saat-saat “Baby Bathtime” Sebenarnya Bukan Sekadar Memandikan Si Manja

Saat-saat untuk memandikan bayi baru lahir merupakan momen comel yang sangat dinantikan ibu bapa. Secara asasnya, memandikan bayi atau ‘baby’s bathtime’ kedengaran seperti rutin harian biasa. Salah tu! Sebenarnya, baby’s bathtime merupakan salah satu aktiviti atau saat-saat indah yang dapat mengeratkan hubungan ibu, bapa dan juga si manja. Walaupun ramai ibu bapa baru merasakan sukar atau takut untuk memandikan si kecil yang masih ‘fragile’, namun rutin harian tersebut dapat memberikan beberapa faedah kepada kedua si manja dan ibu bapa.

Dibawah merupakan antara cara untuk memanfaatkan dan menambah keseronokkan ketika memandikan bayi anda:

+1 Mainkan lagu atau menyanyi. 

Mama semua mesti pernah menyanyikan untuk anak-anak bukan? Haa salah satu cara untuk menjadikan waktu mandian bayi lebih bermakna adalah dengan menyanyi kepada si kecil. Bayi sangat suka mendengar suara Mamanya sendiri. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh seorang Profesor Muzik, nyanyian seorang ibu kepada bayi membantu dalam mengekalkan perhatian bayi. Ia juga dapat merangsang otak serta meningkatkan kemahiran muzik dan perkembangan bahasa mereka.

+2 Bath Toys yang menarik!

Selain itu, cara yang best dan fun ketika memandikan bayi mestilah ditemani alat permainan yang sesuai ketika mandi. Alaa, macam itik getah, bola-bola kecil berwarna-warni, dan ‘water-loving creatures’ yang lain. Mama boleh bercerita dengan menggunakan alat-alat permainan tersebut, atau memindahkannya dari satu tangan ke tangan yang lain. Mama juga boleh memperkenalkan alat permainan tersebut kepada si manja ketika mandi. Ini dapat membantu dalam penyelarasan koordinasi tangan dan mata. Aktiviti ini juga sangat menyeronokkan untuk Mama dan si manja!

+3 Mandi bersama-sama! 

Bayi sangat menggemarkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu bapa sendiri. Apabila Mama mandi bersama-sama si manja, ia dapat mengeratkan hubungan antara Mama dan bayi, membantu bayi merasa tenang dan aman, serta meningkatkan kepercayaan Mama dan si manja. Baby’s bathtime juga merupakan salah satu rutin harian yang sesuai untuk Mama meluangkan masa berkualiti dengan bayi. 

Rutin memandikan bayi juga adalah masa dimana Mama dapat melihat keadaan kulit bayi dengan lebih dekat dan terperinci. Untuk memastikan kulit bayi Mama kekal lembut dan terpelihara, cara dan produk mandian dengan bahan-bahan yang betul harus dititikberatkan. Sekiranya Mama masih rungsing dalam mencari produk mandian yang sesuai untuk bayi, Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash dapat membantu anda! Selain penjagaan kulit wajah untuk kita yang dewasa, Cetaphil juga mengeluarkan rangkaian produk mandian khusus untuk bayi.

Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash sangat menumpukan pada kesihatan dan memelihara kulit si manja. Ia dirumus khas dengan gabungan 1/3 pelembap dengan ekstrak aloe vera dan minyak badam untuk membersihkan dan melembapkan kulit halus bayi. Ini antara 6 sebab utama Mama harus memilih rangkaian produk Cetaphil Baby:

  1. Disyorkan Pakar Pediatrik – Formulanya yang hipoalergenik sangat disyorkan oleh pakar pediatrik. Malah, jenama Cetaphil ini juga mempunyai barisan dermatologi yang sangat dipercayai selama lebih 70 tahun. 
  2. Gabungan bahan pelembap semulajadi – Bahan-bahan semulajadi yang digunakan membantu membuatkan kulit bayi menjadi lebih lembut, licin, tenang dan menyegarkan!
  3. Bebas Paraben, bebas sabun dan tidak memedihkan mata – Produk Cetaphil Baby juga bebas paraben, bebas sabun dan tidak memedihkan mata. Sangat sesuai digunakan ke seluruh tubuh badan si manja. 
  4. Kandungan pH yang seimbang – Kandungan pH dalam sesuatu produk mandian juga penting untuk mengurangkan risiko iritasi berlaku pada kulit. Kulit bayi kan lembut. Sebab tu sangat penting untuk menggunakan produk dengan kandungan pH yang seimbang. 
  5. Tiada Pewarna – Cetaphil Baby tidak mengandungi sebarang pewarna atau pewarna tambahan.
  6. Tiada Mineral Oil – Produk Cetaphil Baby juga tidak mengandungi sebarang mineral oil.

Dalam pada itu, hasil kajian juga mendapati 10/10 para ibu juga bersetuju bahawa produk Cetaphil Baby Moisturising Baby Bath & Wash terbukti membersihkan dan melembapkan kulit halus bayi mereka. 

Sumber: Instagram @lisasurihani

Mama boleh mandikan bayi Mama dengan menggunakan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash melalui dua cara – ‘squeeze’ produk tersebut ke dalam air tab mandi si manja dan ‘splash’ secara perlahan-lahan semasa membersihkan bayi, atau letakkan pada tangan Mama dan sapukan pada badan bayi. Nak guna washcloth pun boleh tau. Barulah waktu mandian bayi jadi lebih seronok dan gembira! Tapi ingat, jangan mandikan anak Mama terlalu lama kerana ia boleh mengeringkan kulit si manja. 

Dapatkan produk Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash di farmasi berdekatan atau layari laman rasmi Cetaphil Baby untuk maklumat lanjut. 

Website: Cetaphil MY 

Facebook: @cetaphilmalaysia

Instagram: @cetaphilmy