KelabMama

‘Gentle Parenting’ Dalam Melatih Anak Berpuasa di Bulan Ramadan Tahun Ini!

“Entah, mak ayah puasa, saya ikut je lah.”

Kita tak nak anak jawab macam ni bila ada orang tanya kenapa dia berpuasa. Kita nak anak kita faham prinsip seiring dengan amali berpuasa. 

Bila teguh kefahaman tentang ibadah di bulan Ramadan itu, mudah-mudahan lebih kuat pegangan agama mereka apabila dewasa nanti. 

Ali bin Abi Talib telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاَثَةٍ عَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَبْلُغَ وَعَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنِ الْمَعْتُوهِ حَتَّى يَبْرَأَ

Maksudnya: Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras. (Sunan Abu Daud)

Kredit gambar: iStock

Tidak perlu terlalu keras dalam mendidik anak dalam berpuasa. Walhal, jika anak masih belum mumayyiz mereka tidak dituntut untuk berpuasa. 

Usia yang sesuai untuk melatih anak berpuasa ialah pada umur tujuh tahun. Jika usia anak sudah menjejak 10 tahun, pukulan ringan yang tidak menyakitkan dibenarkan jika mereka enggan berpuasa.  

Begitulah apa yang disampaikan oleh Imam Zainuddin Ahmad al-Malibari dan Syeikh Dr. Muhammad Hassan Hito.

10 Cara Melatih Anak Berpuasa

#1 Beri Pendedahan Awal

Kenapa kena puasa? Siapa yang kena puasa? Kenapa kawan dekat sekolah tak puasa pun? 

Jenis perumahan dan persekitaran kita dah berubah. Kalau dulu di kampung, kawan di sekolah dan kawan main petang-petang ialah orang yang sama. 

Bayangkan kalau anak kita berkawan dengan orang bukan Islam, mesti mereka banyak persoalan berkaitan puasa kan. 

Mama dan Papa ambil peluang ini untuk mendidik anak-anak tentang ibadah puasa. 

#2 ‘Step By Step’

Baru hari pertama, dah nak kena puasa penuh. Kalau anak baru pertama kali puasa, dibolehkan untuk puasa setengah hari sahaja. 

Selepas beberapa hari, Mama boleh galakan anak untuk berpuasa hingga waktu maghrib. 

#3 Ikut Kemampuan

Kredit gambar: iStock

Anak pertama dan 10 tahun manakala anak baru masuk 6 tahun. Kadar kemampuan si adik dan abang akan berbeza. 

Jadi sesuaikan latihan berpuasa dengan usia anak masing-masing. Ini kerana, jika kita terlalu memaksa bimbang akan mempengaruhi kesihatan anak nanti. 

#4 Mula di Bulan Ramadan

Kredit gambar: Zakat Foundation

Proses membina rutin berpuasa akan lebih mudah bila persekitaran kita pun melakukan hal yang sama. 

Anak-anak akan mengikuti contoh ibu dan bapanya. Dalam masa yang sama, mereka juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. 

#5 Baca Niat Puasa Sama-sama

Kredit gambar: iStock

Kalau Mama Siti dulu, mesti akan nyanyi lagu puasa daripada kumpulan nasyid Raihan. 

Tapi sekarang, kan dah ada banyak lagu niat puasa. Jadi, Mama boleh tampal lafaz niat puasa dan baca sama-sama sebelum tidur dengan alunan yang anak-anak suka. 

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala

#6 Menu Sahur Mengenyangkan

Kredit gambar: iStock

Utamakan makanan yang tinggi serat kerana ia boleh membekalkan tenaga lebih lama berbanding makanan lain. 

Sekurang-kurangnya ada satu menu tinggi serat yang dihidangkan untuk anak makan ketika bersahur. 

#7 Senarai Aktiviti Waktu Siang

Kredit gambar: iStock

Pastikan aktiviti itu tidak terlalu memenatkan dan dalam masa yang sama tidak membosankan. 

Cari aktiviti yang tak perlu banyak bergerak untuk mengelakan anak menjadi penat dan mula bertanya “Lambat lagi ke nak buka ni Mama?”

#8 Sorokkan Makanan  

Elakkan anak melihat makanan dan minuman di waktu siang, lebih-lebih lagi makanan kesukaan mereka. 

Anak akan mudah terliur ketika melihat bungkusan makanan itu. Sayanglah kalau kita bagi anak puasa setengah hari tanpa alasan munasabah kan? 

#9 Sediakan Makanan Dengan Anak

Kredit gambar: iStock

Jadikan pengalaman berpuasa anak-anak jadi suatu yang menyeronokkan dengan menyediakan juadah berbuka bersama-sama. 

Sebagai ganjaran kepada usaha mereka berpuasa, masak makanan kegemaran anak agar mereka terus bersemangat berpuasa untuk hari seterusnya. 

#10 Pujian dan Galakan

Kredit gambar: iStock

Akhir sekali, puji lah anak-anak untuk pencapaian mereka pada hari tersebut. Contohnya, “Hari ini kakak puasa sampai maghrib lah, Mama bangga dengan kakak”

Sentiasa beri galakan kepada anak-anak terutamanya ketika mereka rasa ketinggalan dengan rakan sebaya yang sudah berjaya berpuasa penuh.

Kredit gambar: iStock

Secara kesimpulan, Mama Siti rasa sangat penting untuk kita semua ajar anak berpuasa sedari kecil lagi. 

Umur yang disarankan untuk melatih anak berpuasa ialah pada 7 hingga 10 tahun. Kelak bila dewasa, anak jadi orang yang teguh pendirian agamanya.   

Inilah hak anak yang wajib diberikan kepada anak-anaknya iaitu mendidik dengan nilai-nilai Islam. 


Dapatkan tips keibubapaan dan kebahagiaan rumah tangga di SINI!