KelabMama

Maternity Leave Sektor Swasta

Kalau dulu tak semua company swasta diberi maternity leave 90 hari. Kini semua mama yang bekerja di syarikat swasta boleh menarik nafas lega kerana bakal menikmati maternity leave daripada 60 hari kepada 90 hari. Lepas ni boleh lah mama berehat lama sikit hehe.

Mama Siti paham lepas kita berpantang 44 hari tu lah baru boleh plan kat mana nak hantar anak, siapa akan jaga anak semua tu kan. Kalau cuti 60 hari je pasti kesuntukan masa nak uruskan semua. Takkan nak keluar rumah waktu dalam berpantang. Nanti badan jatuh sakit satu hal pula.

Kementerian Sumber Manusia akan meminda Akta Kerja 1955 bagi membolehkan pekerja wanita di sektor swasta menikmati cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.

Timbalan menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya juga akan meminda akta sama bagi membolehkan golongan bapa turut diberi cuti ‘paterniti’ (cuti isteri bersalin) selama tiga hari.

Beliau berkata, draf pindaan berkenaan sudah disiapkan sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet dan akan dibentangkan di Parlimen dalam tempoh terdekat.

Kami sudah mengadakan perbincangan dengan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLEC), wakil kesatuan sekerja dan wakil majikan berhubung perkara ini.

Kerajaan amat prihatin terhadap permintaan kesatuan sekerja dan akan mempertimbangkan setiap cadangan yang dikemukakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Hari Bertemu Pelanggan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) serta Majlis Pelancaran Bayar dan Menang, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK, Saraswathy Kandasami dan Pengurus Besar (Pengurusan) PTPK, Mohd Fathullah Mustafa.

Sebelum ini, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa supaya cuti paterniti sekurang-kurangnya tujuh hari diperkenalkan dalam sektor swasta berikutan pindaan Akta Kerja 1955.

Pada masa ini, golongan bapa di sektor swasta tidak layak daripada segi perundangan untuk cuti paterniti manakala golongan bapa dalam sektor awam menikmati tujuh hari cuti paterniti bergaji.

Sementara itu, Mahfuz berkata, pihaknya menggesa lebih 300,000 peminjam PTPK membayar balik pinjaman membabitkan tunggakan lebih RM1.2 bilion sejak 2001.

PTPK mengambil peluang mempromosikan pemberian insentif kepada peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman latihan kemahiran melalui promosi bayar dan menang bernilai RM40,000.

Promosi ini berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Julai hingga 30 September depan di mana penyertaan terbuka kepada semua peminjam PTPK,” katanya.

Menurutnya, PTPK dijangka menerima peruntukan wang pembangunan di bawah pelbagai skim pembiayaan bagi membantu negara mencapai 32 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2020.

Sumber : hmetro

BACA JUGA TIP UNTUK MAMA YANG BERPANTANG SENDIRI SELEPAS BERSALIN

Pesanan Mama Siti

Semoga berita baik untuk mama yang bekerja di sektor swasta ni buat mama lega ye. Manfaatkan cuti bersalin sebaiknya okay! Bagi mama yang nak merasa cuti lama sikit tu boleh start dah plan baby baru. Ops!