KelabMama

MATA BERAIR DAN BERTAHI MATA. MAMA INGAT IA NORMAL TAPI SEBENARNYA…

Mama paling tak boleh kalau anak tak sihat kan? Tak tentu arah dibuatnya. Nak buat kerja pun tak senang hati. Ditambah pula anak kecil ni memang mudah sangat kena sakit sebab antibodi tak kuat lagi. Selain demam,selsema, batuk, penyakit mata juga salah satu darinya. Jangan ingat anak kecil tak kena sakit mata ye!

JENIS SAKIT MATA BAYI YANG MAMA PERLU TAHU

#Mata nampak berair dan ada tahi mata

Nampak macam normal tapi sebenarnya ia adalah penyakit mata. Ini kerana salur mata bayi mama tersumbat dalam erti kata lain blocked tear duct.

Puncanya: salur-salur halus di bahagian tepi mata anak mama tersumbat dan tak terbuka sepenuhnya. Jadi airmata akan terkumpul di dalam mata dan buatkan mata anak mama berair. Bila airmata tak keluar secara normal, ia akan dijangkiti kuman dan menyebabkan tahi mata terbentuk.

Cara rawat : Ubat mata, urutan lembut, guna air garam untuk bersihkannya.

#Ambliopia a.k.a mata malas

Ini juga penyakit mata. Hanya sebelah mata anak mama yang mempunyai fokus berbanding mata yang sebelah.

Punca: selalunya disebabkan cahaya yang terang sangat seperti flash camera atau spotlight. Nak kesan dia senang je. Mama boleh nampak mata anak mama bergerak-gerak dan susah nak fokus pada sesuatu.

Cara rawat : penggunaan cermin mata atau kanta sentuh kalau dapat dikesan dari peringkat awal.

#Jangkitan infeksi

Penyakit ni bayi paling senang kena. Bila terjadinya infeksi, bahagian mata putih akan berubah menjadi kemerahan.

Punca: jangkitan bakteria yang mengakibatkan konjuktivitis a.k.a pinkeye

Cara rawat : kena cepat bawa jumpa doktor untuk rawatan, ubat mata

#Strabismus a.k.a mata juling

Satu lagi penyakit mata ni berlaku disebabkan otot yang kawal mata masih dalam keadaan yang lemah. Tapi kalau bayi mama dah berusia 4 bulan atau lebih dan mata masih begini kena segara bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan. Sampai harini masih tak ada lagi rawatan untuk betulkan mata bayi juling.

LEBIH BAIK MENCEGAH SEBELUM KENA

Mama Siti paham mesti ada parent yang panik bila anak kena sakit mata. Yelah kita yang besar ni pun kalau sakit mata pun tak tahan, inikan pula anak kecil. Jangan risau, mama / papa boleh ambil praktikkan langkah-langkah ini untuk mencegah anak dari kena sakit mata.

1)bawa bayi mama ke taman permainan atau mall untuk dedahkan dia kepada suasana yang sibuk

2)hias bilik bayi mama dengan mainan yang bergantung pada siling supaya bayi mama boleh melatih mata untuk fokus

3) bila suap anak makan suapkan dari kedua-dua arah iaitu arah kiri dan kanan. Cara ini dapat bantu untuk bayi fokus pada segenap sudut

4)ubah suai lampu untuk bilik tidur bayi mama sedikit malap. Kena selalu ubah kedudukan bayi untuk biasakan bayi tengok sekeliling

5)cuba borak dengan bayi mama dari arah berlainan supaya anak mama cari dari mana arah suara mama

Kena selalu tengok-tengokkan keadaan anak mama. Anak mama mungkin nampak macam biasa tapi sebenarnya tak. Anak mama masih kecil dan dia tak tahu bagaimana nak bagitahu kesakitannya atau ketidakselesaannya. Kita sebagai mama papa yang kena pantau perkembangan anak.