KelabMama

Mask N95 Pilihan Mama Ketika Jerebu, Bukannya Surgical Mask

Mask N95 Pilihan Mama Ketika Jerebu, Bukannya Surgical Mask

Musim jerebu ni la yang mama paling risau sangat. Yalah, mama tengok ramai yang keluar dengan anak, relax je tak pakai mask.

Mama tahu tak yang jerebu ni boleh bagi kesan yang teruk kalau mama tak ambil langkah pencegahan dari sekarang?

Untuk peringatan mama sekeluarga, jom kita tengok satu video yang dikongsi oleh Aina Syaqilah tentang udara jerebu ni. Semoga bermanfaat buat mama dan ahli keluarga mama.

Partikel kecil jerebu (yang kita takkan dapat lihat dengan mata kasar) akan masuk dalam sistem pernafasan kita bila kita bernafas.

Lepas tu, partikel tu akan masuk ke alveoli kita dan terus masuk ke salur darah. Dari salur darah tu tadi, partikel kecil tu akan travel ke organ-organ penting dalam badan.

Organ-organ kritikal yang mama kena take note adalah paru-paru, sistem imunisasi badan, jantung dan juga otak kita yang sedang berkembang. Buat pengetahuan mama, otak kita paling laju berkembang masa lahir, dan ia terus berkembang waktu kita kanak-kanak dan meningkat remaja.

Perkembangan otak sangat penting untuk memori kita, attention span, emotional control dan juga social interaction dengan orang lain. Particle jerebu ni boleh rosakkan sel-sel otak bila dia enter otak kita.

Untuk MAMA YANG SEDANG MENGANDUNG, tolong ambil perhatian!

Anak mama berisiko untuuk mendapat pelbagai penyakit berbahaya sekiranya terdedah dengan jerebu.

Anak mama mungkin ada possibility untuk dapat stroke, pneumonia, ischemic heart disease, chronic obstructive pulmonary disease dan juga kanser paru-paru once partikel udara jerebu tu sampai dekat janin melalui salur darah uri.

Bahaya kan? So, kat bawah ni Mama Siti listkan safety measures yang mama boleh ambil untuk pastikan keluarga mama sentiasa sihat:

Pemakaian mask N95 dapat menapis udara kotor sekiranya mama berada di luar rumah.

Sumber: Aina Syaqilah

BACA JUGA KISAH DUKA DI SEBALIK JEREBU TEBAL DI INDONESIA: BAYI BERUSIA 4 BULAN MAUT

Pesan Mama Siti:

Jerebu tak elok lagi. Jadi Mama Siti nasihatkan kurangkan lah aktiviti di luar rumah. Seeloknya duduk je dalam rumah. Keluar bila perlu saja. Kalau nak keluar, pakai mask N95, bukannya surgical mask warna biru tu. Mask biru tu kita guna untuk lindungi diri daripada percikan darah atau bendalir manusia. Tak ada fungsi air filter pun. Jadi, mama jangan tersilap beli mask pula ye!