KelabMama

Sudah Lama Terperap di Rumah? Ini Masa Yang Terbaik Untuk Menjaga & Merawat Kulit Wajah Anda

“Mama, jaga kulit anda dengan baik kerana ia akan mewakili penampilan anda untuk jangka masa panjang.” 

Saya percaya tempoh ‘lockdown’ sepanjang beberapa bulan yang lalu merupakan satu tempoh yang sukar buat ramai orang, terutamanya para ibu. Tempoh kuarantin di rumah bersama anak-anak disamping risau memikirkan keselamatan anak-anak daripada virus COVID-19 telah menggunakan sebahagian daripada tenaga kita. 

Untuk Mama yang bekerja dari rumah pula, boleh dikatakan tugas tersebut sebenarnya agak sukar. Malah, ada juga yang mustahil. Ada sahaja cabaran dan halangan apabila kita hendak bekerja di hadapan laptop. Yelah, sebelum ini, tidak ada sesiapa yang pernah mengajar kita cara terbaik untuk menguruskan tangisan anak-anak, disamping kerja-kerja yang menjadi amanah kita secara serentak! 

Keadaan tersebut menjadi sangat rumit sehingga kita rindukan ‘sweet escape’ kita sendiri. 

Mama, jangan risau. Ianya adalah sangat ‘OK’ untuk Mama merindui dan menginginkan ‘sweet escape’ sendiri atau masa untuk diri sendiri, walaupun jauh dari anak-anak. Tak salah untuk Mama melaburkan sedikit wang dan masa selepas penat ‘berperang’ dengan anak-anak dan tugasan harian di rumah.

Tetapi, bagaimana?

Apa kata Mama menenangkan diri dan mengembalikan kesegaran wajah dengan rawatan ‘facial’ yang boleh membantu Mama mendapatkan kulit wajah yang lebih sihat? 

Umum mengetahui bahawa sekarang negara kita berada di tahap Pemulihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP), dimana salon penjagaan kulit juga telah dibenarkan beroperasi di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Syarikat dan perniagaan di setiap negeri di Malaysia sudah mula beroperasi seperti biasa dan mengharapkan perniagaan mereka kembali normal. Namun begitu, sukar untuk kita jangkakan bilakah keadaan akan kembali normal seperti sebelumnya. 

Eh? Jadi, bagaimana pula dengan cadangan untuk rawatan wajah yang menenangkan dan menyegarkan? 

Kami mengesyorkan Mama untuk teruskan, tetapi pastikan salon penjagaan kulit anda dan pakar kecantikan mereka mengamalkan langkah keselamatan yang harus diikuti agar keselamatan anda terjamin. 

SOP Salon Penjagaan Kulit

Memastikan keselamatan semua orang bukan hanya tanggungjawab kedai perniagaan, tetapi juga menjadi tugas setiap orang untuk memastikan salon yang dikunjungi mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Sebagai salon penjagaan kulit profesional, AsterSpring telah meningkatkan langkah keselamatan mereka untuk membantu mengelakkan penularan virus disamping memberi ketenangan kepada pelanggannya. Mereka telah mencari cara terbaik untuk mematuhi SOP ketat yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan mempraktikkan ‘New Safety Preventative Protocol’.

Ini bermakna Mama boleh membuat janji temu tanpa rasa takut kerana AsterSpring menjadi lebih teliti dalam hal amalan kebersihan mereka di setiap premisnya. Dibawah merupakan beberapa prosedur yang harus anda lakukan apabila tiba di salon AsterSpring. 

  1. Pemeriksaan kesihatan: Sebelum memasuki premis, setiap pelanggan harus mengisi Akuan Kesihatan AsterSpring atau mengimbas kod QR untuk mengisi butir-butir yang diperlukan. Sekiranya anda mengalami simptom batuk, selesema atau demam, janji temu anda harus dijadualkan kepada hari lain. Pra-pemeriksaan juga diwajibkan untuk semua kakitangan AsterSpring.
  2. Jarak sosial: Hanya dua pelanggan yang dibenarkan masuk pada satu masa, dan setiap orang diwajibkan memakai pelitup muka.
  3. ‘Personalisation’: Ahli terapi kulit anda akan menggunakan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) sepenuhnya sepanjang sesi rawatan. Semua katil rawatan akan dilapikkan dengan ‘non-woven sheets’ pakai buang dan tuala katil juga akan ditukar dan dibasuh selepas setiap rawatan. Alatan yang digunakan semasa rawatan juga akan dibuang untuk mengurangkan risiko pencemaran dan jangkitan. 
  4. Kawalan jangkitan dan pensterilan: Setiap salon AsterSpring akan dibersihkan dan dinyahkuman setiap hari dengan Mesin Penyembur Steriliser. Alat dan mesin yang tidak boleh dibuang juga akan kerap dicuci dan disterilkan.
  5. Dermalogica Clean Touch Certified‘: Ahli terapi kulit di AsterSpring telah dilatih untuk mematuhi standard keselamatan dan sanitasi profesional.

Sekiranya Mama ingin mengetahui lebih lanjut mengenai langkah-langkah yang diambil oleh AsterSpring untuk melindungi anda dan para pelanggan lain, lihat FAQs mengenai langkah keselamatan yang diamalkan di setiap premis AsterSpring di sini

Pengalaman Rawatan Wajah di AsterSpring Semasa ‘Normal Baru’

Setelah berbulan-bulan terkurung di rumah, Intan Ezreena, wartawan TV3 yang cantik, penyampai berita, influencer, dan ibu kepada seorang anak telah bersedia untuk ‘me-time’ yang telah lama diimpikan. 

Intan Ezreena akui bahawa dalam beliau teruja dan seronok, beliau turut gusar dan agak risau untuk keluar dan mendapatkan rawatan tersebut kerana berisiko terdedah kepada ‘musuh ketat’ seluruh dunia, iaitu virus COVID-19. 

Walau bagaimanpun, sejurus beliau tiba di salon AsterSpring, beliau merasa lebih tenang dan selamat kerana langkah keselamatan yang dipraktikkan AsterSpring adalah teliti dan teratur dalam memastikan beliau berada di zon yang bersih dan selamat. 

Intan Ezreena telah mencuba Terapi Facelift Intensif Baru AsterSpring dengan HIFU.

Jom lihat rawatan yang dicuba personaliti TV3 yang menawan ini! 

Mengenai AsterSpring 

AsterSpring telah menjadi jenama utama dan rangkaian terkemuka salon dan kiosk penjagaan kulit profesional di ASEAN dan Hong Kong sejak tahun 1984. AsterSpring telah merawat lebih dari 10 juta wajah dalam 36 tahun perkhidmatan mereka. Mereka terus komited untuk memberikan yang terbaik dengan:

  1. Para pekerja yang terlatih dan terbaik – hanya pakar terapi kulit yang diperakui secara profesional dan terlatih telah dipilih menjadi sebahagian daripada AsterSpring.
  2. Menggunakan produk terbaik – jenama penjagaan kulit terkemuka di dunia (termasuk Dermalogica, jenama penjagaan kulit global no.1) dan produk kesihatan dan kecantikan yang menggabungkan teknologi canggih.
  3. Membina nama di seluruh Asia – dengan lebih daripada 70 cawangan di Malaysia, Singapura, Thailand, dan Hong Kong.

AsterSpring dimiliki sepenuhnya dan diuruskan oleh EIG Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di Saham Bursa Malaysia sejak tahun 2004.

Terapi Facelift Intensif Baru AsterSpring dengan HIFU

Sentiasa berinovasi, berkembang dan menambah baik servis dan rawatan, adalah tidak mengejutkan apabila AsterSpring memperkenalkan rawatan ‘state-of-the-art’ terbaru mereka, Terapi Facelift Intensif Baru dengan HIFU.

Rawatan ini merupakan rawatan baru yang menggunakan teknologi canggih yang mampu menangani garis halus; membolehkan Mama menginjak usia dengan lebih anggun dan ayu. Ia juga membantu dalam menjadikan garis rahang lebih jelas, mengurangkan garisan di leher, dan juga struktur wajah; menjadikan Mama kelihatan lebih muda, disamping mengurangkan tanda-tanda penuaan. 

Jadi, Apa itu HIFU?

HIFU adalah akronim untuk ‘High Intensity Focused Ultrasound (HIFU)’ atau Ultrasound Berfokus Intensiti Tinggi. Ia merawat tisu kulit yang tertentu; menjadikan kulit lebih tegang dan anjal. Ia merupakan rawatan ultrasound yang tidak invasif dan mensasarkan lapisan kulit yang dalam untuk merangsangkan pengeluaran kolagen kulit dengan lebih banyak secara semula jadi. 

Untuk pengetahuan Mama, kolagen adalah protein yang membantu struktur kulit kita. Semakin meningkat umur kita, kandungan kolagen akan perlahan-lahan berkurangan, tetapi, dengan bantuan rawatan HIFU, ia membolehkan kulit kita menghasilkan lebih banyak kolagen, menjadikan kulit lebih ‘plump’, lembab dan awet muda! 

Sekiranya Mama pernah mendengar tentang HIFU sebelum ini, anda mungkin akan sedikit terkejut kerana rawatan ini agak menyakitkan. Tetapi, jangan risau. Rawatan HIFU daripada AsterSpring ini pasti menjadi kegemaran Mama!

Tidak seperti rawatan HIFU yang agak menyakitkan sebelum ini, AsterSpring menggunakan teknologi HIFU yang terbaru yang telah dihasilkan di Korea. AsterSpring telah menggunakan teknologi yang sama untuk memberikan hasil yang terbaik dan berkesan, dengan ketidakselesaan pada tahap yang sangat minima. Ditambah dengan kepakaran AsterSpring, Terapi Facelift Intensif Baru dengan HIFU ini boleh disesuaikan mengikut jenis kulit anda; kerana tidak ada satu rawatan yang sesuai untuk semua sekaligus. 

Hasilnya, kulit wajah Mama menjadi lebih tegang dan anjal, dan struktur wajah yang lebih ‘defined’ – kerana menggunakan teknologi HIFU terkini yang cepat, berkesan, dan selamat dengan ‘zero downtime’.

Buat Janji Temu ‘Me-Time’ Anda Bersama AsterSpring Hari Ini! 

Tenangkan diri Mama selepas tertekan sepanjang PKP (sehingga berlaku beberapa garisan halus di wajah), di AsterSpring. Inilah peluang terbaik untuk Mama kembali mendapatkan kulit wajah yang tegang dan anjal. Sudah semestinya ahli terapi AsterSpring akan memberikan rawatan yang terbaik sepanjang ‘facial treatment’ Mama, tetapi lihat hasilnya yang sangat menakjubkan selepas habis rawatan tersebut. Encik suami pun boleh terkejut nanti!

Bersempena dengan Ulang Tahun ke-36 AsterSpring (siapa sahaja yang tidak suka akan perayaan seperti ini bukan?), AsterSpring menganjurkan satu peraduan istimewa, dimana anda berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM100,000! Dapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan ini disini!

Untuk membuatkan ulang tahun ke-36 mereka lebih meriah, AsterSpring juga menawarkan diskaun sehingga 50% bagi rawatan wajah (di cawangan terpilih sahaja) dengan tambahan PERCUMA LDM Brightening bernilai RM225/255, untuk 50 pembaca Motherhood & KelabMama pertama! Daftarkan untuk slot anda sekarang di link ini (untuk pelanggan baru sahaja!). 

Terapi Intensif Facelift AsterSpring dengan HIFU di beberapa cawangan terpilih:

Sekiranya Mama ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai rawatan lain dan servis yang ditawarkan AsterSpring, Mama boleh layari laman web rasmi AsterSpring, atau follow mereka di laman sosial untuk mendapatkan pelbagai promosi dan rawatan terkini dengan klik ikon-ikon di bawah! 

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.