KelabMama

MASA TERBAIK MELAYAN SUAMI SELEPAS BERSALIN

Secara amnya anda dan pasangan perlu menunggu sehingga sebarang pendarahan selepas bersalin (lokia) atau darah nifas si isteri berhenti, iaitu biasanya kira-kira tiga minggu selepas bersalin. Luka yang berlaku dalam rahim akibat uri keluar daripadanya masih dalam proses penyembuhan. Jika anda mengadakan seks sebelum pendarahan berhenti, anda dan pasangan boleh mengalami jangkitan. Setiap orang adalah berbeza. Kebanyakan ibu di Malaysia menunggu sehingga habis tempoh berpantang. Namun begitu, tidak ada waktu yang ditetapkan bila anda seharusnya mula memikirkan tentang seks semula. Apa yang penting ialah tunggu sehingga anda sedia dari segi fizikal dan mental. Bertolak ansur lah!

 

Ada juga pasangan yang mula mengadakan seks semula dalam bulan pertama selepas si ibu bersalin, tetapi kira-kira separuh daripada pasangan menunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu kerana kebanyakan wanita mengalami kekoyakan atau episiotomi. Menjelang tiga bulan, kebanyakan pasangan telah pun cuba mengadakan seks semula, namun sesetengahnya lebih suka menunggu sehingga selepas enam bulan. Jika anda berdua rasa telah bersedia untuk mengadakan seks sebelum pemeriksaan selepas bersalin iaitu kira-kira enam minggu selepas melahirkan, anda boleh melakukannya jika anda mahu. Sesetengah pakar kesihatan menyarankan supaya cuba bersama suami sebelum pemeriksaan selepas bersalin, jika anda berdua bersedia, supaya mereka boleh membincangkan sebarang masalah mengenainya semasa pemeriksaan nanti.

Anda juga perlu memikirkan mengenai pencegah kehamilan apabila anda mula mengadakan seks semula. Walaupun jika anda masih menyusu badan, dan haid anda masih belum kembali, anda mungkin masih boleh hamil lagi. Kalau anda belum bersedia untuk mengadakan seks, anda masih boleh bermesra dan bersentuhan dengan suami. Cubalah ini dahulu, walaupun anda mungkin rasa seperti terpaksa bekerja keras apabila anda sedia letih dan sibuk dengan bayi baru anda. Namun teruslah bermesra, dan apabila seks berlaku semula, ia akan rasa kurang memenatkan seolah-olah ia  berlaku secara semula jadi.

 

Perlu Berwaspada

 

 

 

Sumber: Internet