KelabMama

Ke Arah Masa Depan yang Lebih Cerah Bersama Jordan Steps

Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 7 tahun yang agak riuh dan dia benar-benar sangat menyeronokkan apabila berada bersama. Dia suka bermain secara aktif dan cergas, menceritakan jenaka yang kadang-kadang tidak masuk akal, sangat suka makan dengan penuh bersemangat (kecuali sayur-sayuran! Hmm), membongkarkan rahsia dengan menceritakan apa sahaja yang kita bualkan, oh, dan menonton televisyen merupakan perkara yang paling dia gemari. Anak lelaki yang paling cergas dan paling sempurna untuk keluarga kami.

Satu-satunya masalah mengenai anak saya? Dia jenis tidak mempedulikan penjagaan giginya dan hal ini yang membuatkan saya sentiasa geram dengannya.  

Kesan Domino

Saya yakin terdapat banyak ibu bapa di luar sana yang menghadapi masalah yang sama; kita nak sangat melatih anak kita untuk lebih berdikari dengan pandai menyiapkan diri sendiri – menggosok gigi, memakai baju, mandi, dan juga membersihkan diri sendiri. Ini semua adalah kemahiran asas kehidupan bukan? 

Kredit: Pexels

Tetapi pada masa yang sama, saya pasti ibu bapa juga sangat prihatin dengan seberapa baik anak-anak kita dalam membersihkan diri mereka, terutamanya apabila mereka tidak terlalu gemar atau menikmati rutin penjagaan diri ini dan tidak terlalu mempedulikannya! Sebagai mak, kitalah yang akhirnya melakukan semua itu semasa anak-anak sedang bertenang atau membiarkan mereka melakukannya separuh hati dan seterusnya berisiko memberi kesan kepada kesihatan mereka. Saya pasti inilah dilema setiap ibu bapa bukan?

Bila kita sudah selalu mengalah dengan anak-anak hanya kerana tidak ingin mereka mengamuk atau menangis apabila mereka tidak mahu memberus gigi, lama-kelamaan kita akan lihat kerosakan pada gigi mereka, karies dan kaviti, gusi lemah, dan pelbagai masalah kesihatan mulut yang lain. 

Lama-kelamaan, Mama dan Papa yang teliti pasti akan perasan personaliti anak-anak berubah menjadi lebih pendiam, pemalu, dan kurang keyakinan diri. Ya, anak-anak yang masih kecil pun boleh terkesan dengan imej badan mereka ya Mama Papa.

Kredit: Pexels

Sebab itu penting untuk kita mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan anak-anak terkesan dengan kitaran yang tidak sihat dan membantu meningkatkan keyakinan diri anak-anak.  

Mengenai Kebersihan Gigi dan Huruf K Yang Ditakuti

Sejujurnya, penjagaan gigi adalah perkara yang mudah diabaikan ketika anak-anak masih kecil. Mama mesti fikir bahawa tidak banyak (atau tidak ada) kaviti pada gigi si manja, bukan? Salah tu Mama!

Kerosakan gigi berlaku apabila kuman di dalam mulut menghasilkan plak pada permukaan gigi. Kuman-kuman ini memakan gula yang terkandung dalam makanan dan minuman yang kita makan, dan menghasilkan asid yang boleh merosakkan permukaan gigi. Asid tersebut kemudian “menyerang” enamel, sehingga berlakunya kaviti, atau bahasa mudahnya lubang pada gigi yang “merampas” senyuman indah anak-anak kita!

Kredit: Pexels

Kerosakan gigi bukan sahaja akan menyebabkan kesakitan dan jangkitan, ia juga akan mempengaruhi pertumbuhan anak-anak, pengambilan nutrisi, pertuturan, dan perkembangan rahang dalam jangka masa panjang.

Membina Keyakinan Diri

Selain aspek fizikal, masalah pergigian pada kanak-kanak juga dapat memberi kesan yang sangat besar terhadap kualiti hidup mereka dan keluarga. Masalah kekurangan keyakinan diri mungkin tidak terlalu ketara pada awalnya, tetapi lama-kelamaan ia akan memberi kesan kepada si anak dan seterusnya memberi kesan kepada personalitinya.

Perkara ini boleh dielakkan dengan bantuan daripada Mama dan Papa, yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran yang sesuai dengan usia anak-anak mengenai topik kesihatan gigi.

Salah satu sifat positif kanak-kanak adalah mereka cepat belajar. Mereka belajar dengan cepat apabila aktiviti tersebut dilakukan dengan cara yang menyeronokkan dan menarik, namun praktikal.

Melangkah Bersama Jordan

Sebagai jenama yang terkemuka dalam penjagaan kesihatan mulut, Jordan sangat percaya bahawa penjagaan mulut dan kebersihan diri daripada usia muda boleh meningkatkan keyakinan, yang seterusnya membina asas yang diperlukan anak-anak untuk membesar dan menjadi apa sahaja yang mereka idamkan di masa hadapan, dengan berkesan membuka pelbagai peluang dan kemungkinan untuk mereka di dunia sebenar.

Dedikasi Jordan untuk mengeluarkan produk penjagaan mulut terbaik untuk kanak-kanak telah menghasilkan Jordan STEPS – rangkaian penjagaan mulut kanak-kanak yang dipercayai ramai, yang direka khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak pada semua peringkat usia.

Sentiasa mengambil kira akan kepentingannya untuk kanak-kanak, Jordan teruskan usaha mereka menambahbaik formulasi dan juga reka bentuk produk mereka. Lalu terhasillah pelancaran semula rangkaian produk Jordan Kids STEPS.

MEMPERKENALKAN…!

Berus gigi Jordan’s Kids STEPS dihasilkan untuk 3 tahap umur yang berbeza (0-2 tahun, 3-5 tahun, dan 6-9 tahun); dedikasi pasukan Jordan terhadap penghasilan berus gigi ini jika dilihat secara teliti – pemegang berus gigi yang ergonomik, penunjuk ubat gigi, bahagian lehernya yang pendek untuk mengelakkan daripada tercekik, berus yang lembut dan reka bentuk karakter yang menarik dan BARU!

Kredit: Jordan

Seperti yang Mama tahu, karakter kartun yang comel sentiasa memikat hati kanak-kanak seperti magik! Jordan sangat teruja untuk memperkenalkan empat karakter yang sangat comel dan ‘whimsical’, setiap satu mempunyai personaliti dan bakat tersendiri.

Bagi ubat gigi Jordan pula, formulasi baru terbukti lebih lembut dan lebih berkesan untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur. Ia mengandungi tahap fluorida yang disyorkan dan dengan penanda abrasif dentin relatif gigi yang rendah (RDA <70). 97% daripada bahan-bahannya adalah semula jadi dan bersumberkan vegan, menjanjikan 0% alergen, paraben, dan gula. Dengan rasa ‘signature’ buah strawberi, ubat gigi Jordan yang popular ini pasti memberi inspirasi kepada anak-anak untuk sentiasa memberus gigi!

Kredit: Jordan

Semuanya Untuk Kesihatan Mulut & Gigi

Produk penjagaan kesihatan mulut Jordan tidak ragu lagi adalah mesra kanak-kanak. Apa yang Mama berikan pada anak-anak bukan hanya berus gigi untuk dia membersihkan giginya, tetapi juga sebagai alat untuk melatih cengkaman mereka, seterusnya membantu kemahiran motor halus dan juga sebagai alat yang dapat mengeratkan hubungan dan menghasilkan pelbagai memori indah.

Berus gigi ini yang dihasilkan dengan karakter yang comel, warna-warna yang menarik, dan seperti alat permainan pasti akan mudah memikat hati anak-anak, dan membuatkan mereka lebih gemar untuk menjadikan aktiviti memberus gigi sebagai salah satu ‘game’ membersihkan diri yang menyeronokkan bersama ibu bapa.

Anak-anak sangat cepat belajar, lebih-lebih lagi daripada apa yang mereka lihat dengan mata sendiri. Apabila kita sebagai ibu bapa memberikan berus gigi yang sesuai mengikut umur mereka dan juga menunjukkan contoh yang terbaik, anak-anak akan belajar dan terikut secara semula jadi cara untuk menjaga kebersihan mulut mereka sehingga mereka dewasa nanti.

Dunia yang Penuh Dengan Pelbagai Kemungkinan!

Kredit: Jordan

Mama dah bersedia untuk memenangi hadiah-hadiah menarik? Jom sertai peraduan Jordan Steps World of Possibilities yang bermula daripada 15 Ogos hingga 30 September 2021 ini!

Dengan pembelian di Jordan Official Brand Page di Motherhood.com.my dengan menggunakan kod baucer diskaun: JORDANSR15 (dapat digunakan bermula dari 15 Ogos sehingga 31 Oktober), ambil gambar resit pembelian dan anda akan layak untuk menyertai peraduan ini! Mudah bukan!

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian Jordan STEPS yang telah diperbaharui dan sertai peraduan Jordan World of Possibilities dengan klik di sini hari ini!

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.