KelabMama

LUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA DAPAT MENYIHATKAN FIZIKAL DAN MENTAL

Adakah anda tahu bahawa ibu bapa yang bekerja kebanyakannya meluangkan masa hanya 3 minit setiap minggu untuk berbual dengan anak-anak mereka?

Dengan secara purata kanak-kanak menonton televisyen selama 1,680 minit (28 jam) dalam minggu yang sama? Sudah pasti tiada masa yang berkualiti bersama keluarga bukan?

Banyak faedah dan kelebihan jika kita luangkan sedikit masa berkualiti dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Berikut adalah 7 cara untuk anda meluangkan masa yang berkuali bersama keluarga.

1. Makan bersama-sama

Bunyinya sangat “simple”, tetapi majoriti keluarga tidak lagi makan bersama-sama. Seorang makan didapur, seorang lagi penuhkan pinggan dan duduk di depan TV. Walaupun kebanyakkan orang mengatakan makan bersama-sama adalah penting, hakikatnya masih ramai yang tidak mengamalkannya.

Apa kata kita buat perubahan dengan mewajibkan semua orang makan bersama pada waktu malam. Nampak janggal pada awalnya, namun lama-kelamaan akan jadi biasa juga.

2. Bermain bersama-sama

Permainan adalah sangat menyeronokkan, betuk tak? Bermainlah bersama ahli keluarga walaupun sekejap.

Contohnya permainan congkak, dam aji, dam ular, catur, main olok-olok atau apa-apa sahaja yang boleh dilakukan bersama. Kalau sebagai seorang ayah, anak perempuan ajak bermain masak-masak, layankan sahaja. Kalau dia mahu ‘make-up’ kan kita, biar muka kita comot.

Apabila anak tertawan, terubat luka kita.

  1.  Meraikan majlis atau ‘event’ bersama-sama

Raikanlah apa sahaja bersama keluarga, contohnya ulang tahun kelahiran, kenaikan pangkat, lulus akedemik dan sebagainya.

Tiada apa yang dapat menyatukan keluarga selain daripada meraikan bersama-sama. Tidak kira sama ada meraikan secara sederhana hanya di rumah ataupun secara besar-besaran di luar.

  1. Lawatan atau ‘shopping’ bersama-sama

Tidak kira sama a masa dengan keluarga pada hari biasa ataupun hujung minggu, lawatan bersama keluarga sangat penting.

Ini kerana, di waktu ini lah segala perkara dapat dilakukan bersama-sama. Tidak salah sekali sekala melaburkan duit untuk membeli tiket zoo, tiket wayang atau apa sahajam kerana ianya sangat berbaloi untuk anda sekeluarga dan dapat merakamkan memori yang indah bersama.

  1. Ulangkaji atau buat ‘homework’ bersama-sama

Tiada kanak-kanak yang menyukai “homework”, malah kebanyakkan ibu bapa pasti teringat ketika zaman kecil dahulu.

Tapi ia perlu dilaksanakan juga, menonolong anak anda untuk mengulangkaji pelajaran adalah sangat penting kerana ia membolehkan anda tahu tahap pembelajaran mereka. Disini lah anda memainkan peranan sebagai cikgu untuk anak anda. Ingat, jangan biarkan meraka ulangkaji berseorangan supaya mereka tidak bosan. Khususnya berumur didalam lingkungan 6 ke 10 tahun.

  1. Bersenam atau ‘exercise’ bersama-sama

Senaman mempunyai banyak kelebihan, bayangkan meluangkan masa bersama keluarga dapat memperbaiki kesihatan diri dari segi fizikal, rohani dan mental.

Sama ada berjalan kaki, berbasikal atau bersenam ianya pasti dapat mengembirakan anak-anak anda kerana aktiviti beriadah ini sememangnya kegemaran pada mereka.

  1. Membaca buku bersama-sama.

Kanak-kanak sangat suka buku cerita, bacalah buku cerita kegemaran mereka bila-bila sahaja.

Ini dapat menarik minat mereka untuk membaca walaupun masih belum pandai mengeja, luangkan sedikit masa untuk membawa mereka ke perpustakaan, tentu mereka sangat teruja.