KelabMama

3 Manfaat Utama ‘Steam Cleaning’ Dalam Pembersihan Rumah

Sebagai Mama, sudah menjadi rutin untuk saya bersihkan rumah hampir setiap hari. Untuk ‘deep cleaning’ pula, saya akan pastikan untuk melakukannya seminggu sekali atau sekali dalam dua minggu. Ini adalah untuk memastikan rumah kekal bersih, bersinar dan wangi tanpa sebarang habuk dan kotoran. Bukanlah seorang mak yang ‘OCD’, tetapi hati rasa lebih tenang dan seronok melihat rumah yang bersih dan teratur.

Kebersihan isi rumah sangat penting ya Mama semua. Ia menjamin kesihatan seisi keluarga, terutamanya untuk mak-mak yang mempunyai anak kecil di rumah. Tetapi, Mama yakin ke rumah Mama betul-betul bersih? Bagaimana dengan ancaman kesihatan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita seperti hama habuk, pepijat dan bakteria? Inilah yang membuatkan badan kita gatal-gatal, bersin dan juga boleh menyebabkan resdung menjadi semakin teruk.  

Sumber: livingholistichealth.com

Dulu Mama Siti selalu rasa seronok tengok rumah dah bersih dengan aktiviti cucian mingguan. Tetapi, hakikatnya, rumah kita tidaklah sebersih yang disangka ya Mama! Mama Siti rasa dua kali ganda lebih seronok selepas mengubah cara pembersihan mingguan rumah iaitu dengan menggunakan kaedah ‘steam cleaning’!

Mama Siti baru sahaja berjinak-jinak menggunakan kaedah ini dan apa yang saya boleh katakan, rumah menjadi lebih bersih dan segar kerana saya yakin pepijat dan bakteria semua telah tiada. Ini merupakan faedah menggunakan ‘steam cleaner’ dalam pembersihan di rumah (atau di mana sahaja):

(1) Membunuh Virus Sehingga *99.999% dan Bekteria **99.99% 

Sumber: theweek.in

‘Steam cleaning’ membersih setiap permukaan secara mendalam dan menghapuskan virus yang boleh menyebabkan coronavirus atau influenza sehingga *99.999% yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. Malah, ia juga boleh membunuh bakteria yang sering ada di permukaan di dalam rumah kita sehingga **99.99%. 

Hasil haba yang dikeluarkan membantu menghilangkan segala ‘anasir jahat’ yang mengancam kesihatan dan melindungi keluarga kita daripada sebarang bahaya. 

(2) Lebih Selamat dan Mesra Alam 

Lagi satu sebab mengapa Mama Siti sarankan Mama turut ubah cara pembersihan ke ‘steam cleaning’ adalah kerana ia hanya menggunakan air dan TANPA sebarang bahan kimia untuk nyahkuman sebarang permukaan. 

Selain selamat untuk diri sendiri dan keluarga, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan pendedahan bahan kimia yang boleh membahayakan ekosistem kita. ‘Steam cleaning’ juga dapat meningkatkan penampilan keseluruhan ruang yang dibersihkan kerana kalau Mama perasan, pembersihan yang menggunakan bahan kimia sering meninggalkan kesan-kesan yang membuatkan permukaan tersebut kelihatan lembap dan agak kotor. 

Tapi, macam mana dengan kos penggunaan air? Tak banyak guna air ke…

Jangan risau Mama. 1liter air yang digunakan mampu menghasilkan 1,700 liter ‘steam’ yang cukup untuk membersihkan sesuatu kawasan yang berkeluasan sehingga 75 meter persegi. 

(3) Teknik pembersihan yang mudah, selesa dan berkesan! 

Sumber: cdnparenting.com

Alergen yang berada di udara di dalam rumah merupakan antara penyebab utama kita sering mendapat alahan dan bersin. 

Pengeluaran wap bersuhu tinggi yang dihasilkan oleh ‘steam cleaner’ memberi pembersihan yang lebih berkesan berbanding kaedah biasa yang kita gunakan setiap hari. Malah, pembersihan wap secara berkala di rumah akan menghapuskan segala alergen, bakteria dan virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, menjadikan keluarga lebih sihat. 

Sejak diperkenalkan kepada ‘steam cleaning’ ini, Mama Siti boleh katakan ia seperti sudah menjadi satu hobi pula. Rasa lebih seronok dan tak sabar untuk membersihkan rumah. Untuk Mama yang ingin mengubah sesi pembersihan rumah dengan menggunakan kaedah ‘steam cleaning’, Mama Siti mencadangkan anda untuk dapatkan Kärcher Steam Cleaners. 

Kärcher Steam Cleaners 

Dihasilkan dengan menggunakan teknologi di Jerman, Kärcher Steam Cleaners sangat terkenal dengan produk pembersihan mereka yang genius dan berkesan. Dengan sekali penggunaan sahaja anda sudah boleh nampak akan kesannya. Mama Siti perasan ada sedikit perubahan warna pada permukaan barang-barang yang dibersihkan. Nampak seperti baru! 

Kärcher Steam Cleaners juga mempunyai ciri-ciri di atas dengan mengeluarkan haba pembersih wap sehingga suhu 100°C untuk pembersihan dalaman yang berkesan. Yang paling Mama Siti suka semestinya kemampuan mesin ‘steamer’ ini yang boleh menyingkirkan sehingga *99.999% virus dan **99.99% bakteria yang tidak dapat dihapuskan dengan pembersihan biasa, menjadinya satu jenama yang dipercayai para pengguna.  

Sumber: Facebook @karcher.my

*Berdasarkan keputusan ujian yang menunjukkan bahawa pembersihan ‘steam’ pada tahap maksima yang dijalankan selama 30 saat yang dilakukan secara langsung pada permukaan tersebut dengan menggunakan Kärcher steam cleaner, 99.999% virus seperti coronavirus atau influenza (tidak termasuk virus Hepatitis-B) boleh dihapuskan pada permukaan licin dan keras yang terdapat di dalam rumah (bakteria yang dikaji: Modified-Vaccinia-Ankara-Virus).

**Apabila dibersihkan secara menyeluruh dengan menggunakan Kärcher Steam Cleaner, semua bakteria yang ada pada permukaan licin dan keras yang terdapat di dalam rumah dapat dihapuskan sehingga 99.99%, dengan syarat pembersihan tersebut dilakukan pada kelajuan maksima, 30cm/s dan secara langsung pada permukaan tersebut (bakteria yang dikaji: Enterococcus hirae).

Khas untuk Mama!

Mama Siti taknaklah kongsikan keseronokan membersih rumah pada diri sendiri. ‘Sharing is caring’ bukan?

Jom tukar cara pembersihan kita dengan menggunakan ‘steam cleaner’ untuk kebersihan yang berganda. Yang lebih menarik, Mama boleh mendapatkan Kärcher Steam Cleaners pada harga diskaun sebanyak 10% untuk beberapa ‘steam cleaners’ yang terpilih. 

Bermula 1 hingga 31 Mac 2021, Mama boleh mendapatkan Kärcher’s NEW SC 2 Upright EasyFix dan juga Kärcher’s SC 2 Deluxe EasyFix pada harga yang berpatutan. 

Kärcher’s NEW SC 2 Upright EasyFix

Kärcher SC 2 Upright EasyFix ini mampu membersihkan apa sahaja jenis lantai, walaupun lantai kayu.

Kawalan aliran wap yang dikeluarkan telah ditetapkan dalam 2 peringkat untuk permukaan yang berbeza. Selain itu, dalam hanya 30 saat sahaja, Mama sudah boleh menggunakannya di kawasan yang diinginkan.

Yang paling best mengenai Kärcher SC 2 Upright EasyFix ini, teknologi ‘hook-and-loop’ memudahkan Mama untuk membersihkan kain yang telah digunakan tanpa perlu memegangnya. Lebih ‘hygenic’ bukan?

Bersempena dengan diskaun 10% yang sedang berlangsung sepanjang Mac ini, Mama kini boleh mendapatkan Kärcher SC 2 Upright EasyFix pada harga RM539.10 sahaja! Harga asalnya adalah RM599.

Kärcher’s SC 2 Deluxe EasyFix

Rekaannya yang kompak dan ringan menjadikan Kärcher SC 2 Deluxe EasyFix ini juga sangat mudah untuk dikendalikan. Dengan peraturan stim dua langkah, Kärcher SC 2 Deluxe EasyFix sesuai untuk digunakan di pelbagai jenis permukaan.

Mama hanya perlu menggunakan aksesori yang bersesuaian bergantung kepada permukaan atau ruang yang ingin dibersihkan, untuk memastikan ia menjadi lebih bersih walapun pada ruang yang sangat kecil.

Sama seperti Kärcher SC 2 Upright EasyFix di atas, Kärcher SC 2 Deluxe EasyFix kini boleh didapati pada harga promosi iaitu RM539.10 sahaja! Sangat berbaloi untuk Mama dapatkan sebelum berakhirnya bulan Mac ini tau.

Inilah masa terbaik untuk melakukan ‘steam cleaning’ di rumah kita. Hapuskan bakteria dan virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dengan mendapatkan Kärcher Steam Cleaners di laman rasmi Kärcher hari ini.