KelabMama

Mohon Sekarang! Cara Memohon & Keistimewaan Kad Orang Kelainan Upaya (OKU)

Kredit gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

Jika Mama ataupun keluarga Mama adalah warganegara dan berkelainan upaya, jom mohon kad OKU untuk mendapat faedah-faedah yang dapat mengurangkan beban anda!

Mama Siti nak share macam mana nak berdaftar, faedah yang hanya OKU berdaftar sahaja dapat, kategori mana yang layak untuk mendaftar, dan macam-macam lagi di sini. Jom baca dengan lebih lanjut.

Terdapat beberapa cara untuk merdaftar, antaranya:

Pendaftaran OKU Di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Kredit gambar: Jabatan Kebajikan Masyarakat

Untuk pengetahuan Mama, pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) harus dibuat secara sukarela. Agensi yang Mama boleh daftar bersama adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kepada warga OKU yang belum mendaftar, pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/ Bahagian yang berdekatan.

Dengan berdaftar, ia membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka berdasarkan tahap ketidakupayaan dan juga menerima pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan, NGO dan badan-badan kebajikan.

Kategori OKU Yang Boleh Memohon

Terdapat 7 Kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:

Sekarang, OKU masalah pembelajaran juga dikenali sebagai OKU Pembelajaran. Terdapat 6 sub kategori di bawah kategori OKU Pembelajaran iaitu:

Jika Mama dan keluarga Mama adalah dalam kalangan kategori tersebut, boleh daftar sekarang.

Cara Mendaftar Dengan JKM

Kredit gambar: Genius Kurnia

A. Pendaftaran Baharu

Pendaftaran baharu adalah permohonan pendaftaran OKU yang dibuat untuk kali pertama.

Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:

B. Pendaftaran Semula

Pendaftaran semula adalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011. Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.

Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:

C. Perubahan Kategori / Sub Kategori OKU

Bagi perubahan kategori / sub kategori OKU pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register (NSR) dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/ Klinik Swasta.

D. Penggantian Kad

Permohonan penggantian Kad OKU adalah untuk keadaan seperti berikut:

Selain itu, Mama juga boleh berdaftar secara dalam talian di Mydaftar OKU.

Cara Daftar Online di MyDaftarOKU

Kredit gambar: Jabatan Kebajikan Masyarakat

MyDaftar OKU merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya proses pendaftaran lebih lancar.

Sistem ini akan menjadi lebih cekap untuk penyampaikan perkhidmatan kepada OKU dalam urusan pendaftaran selari dengan Teras Strategik 8: Pelan Tindakan OKU 2016-2022 yang menggariskan tentang keperluan mewujudkan pangkalan data OKU dan sistem maklumat yang komprehensif bagi meningkatkan pendaftaran OKU.

Dengan adanya sistem MyDaftar OKU ini, ia boleh menolong pihak Kerajaan membuat perancangan teliti secara holistik dan dapat menggubal dasar yang bersesuaian dengan keperluan OKU berdasarkan data-data yang tepat.

Selain itu, inisiatif ini juga bagi memastikan tiada golongan OKU yang ketinggalan daripada perhatian Kerajaan serta mendapat kesaksamaan dan peluang penyertaan golongan OKU ke dalam masyarakat.

Mama boleh CETAK dan MUAT TURUN Borang Permohonan Pendaftaran OKU (Orang Kurang Upaya) di SINI.

Kenapa nak kena daftarkan mereka yang kekurangan upaya ni Mama Siti?

Kenapa OKU Perlu Didaftarkan

Kredit gambar: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Tujuan pendaftaran OKU adalah:

Manfaat Kepada OKU Yang Berdaftar Dengan JKM

Kredit gambar: Genius Kurnia

Antara manfaat OKU berdaftar termasuklah:

  1. Bantuan Kewangan (Bantuan Am) -bayaran bulanan berbeza mengikut negeri
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  3. Bantuan bagi OKU yang tidak berupaya bekerja
  4. Bantuan penjagaan OKU Terlantar
  5. Geran Pelancaran
  6. Bantuan Alat Tiruan/Alat sokongan
  7. Pengurangan Lesen Kenderaan Motor kepada Kadar RM2.00 bagi Kenderaan Nasional Tanpa Ubahsuai dan RM1.00 bagi Kenderaan yang Diubahsuai
  8. Potongan harga sebanyak 50% diberikan kepada OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua pengangkutan awam dan potongan 50% penerbangan domestik bagi Malaysia Airline (MAS) (tidak termasuk pembelian secara online)
  9. Program Pendidikan Nasional
  10. Bantuan Kewangan Pelajar OKU di Sekolah
  11. Bantuan Kewangan Pelajar OKU di IPT
  12. Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas
  13. (PPK) di Politeknik/Kolej Komuniti
  14. Saluran Khas Bagi Pengambilan OKU Di IPTA
  15. Peluang Pemulihan/Latihan di Institusi Pemulihan/Latihan kepada OKU
  16. Pengecualian Bayaran dan Pembaharuan Daftar Syarikat di SSM
  17. Kemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan
  18. Kadar Sewa Rumah yang Rendah (DBKL)
  19. Potongan Harga 20% Pembelian Rumah daripada SPNB
  20. Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
  21. Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan (Pasport)
  22. Pengecualian Bayaran Membuat MyKad, Carian Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian

Rujuk terma dan syarat dan cara memohon bantuan OKU di SINI.

Sekarang Mama dah tahu tentang cara berdaftar, prosedur, manfaat jika berdaftar OKU. Jom daftar sekarang atau war-warkan kepada mereka yang berkenaan.


Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang tips lain untuk Mama dan Papa, klik SINI!