KelabMama

MAMA TAHU TAK RANSANGAN BANTU HUBUNGKAN SEL-SEL MINDA SI MANJA

Rangsangan bayi yang diterima melalui sentuhan individu paling rapat dengannya bukan saja membantu perkembangan minda yang baik malah menyebabkan proses pembesarannya menjadi lebih hebat. Tidak semua ibu bapa mahupun penjaga menitikberatkan waktu memandikan si kecil tersayang namun hakikatnya, saat itu antara detik paling istimewa yang mampu digunakan untuk mengoptimumkan perkembangan otak mereka. Sehingga 85 peratus daripada perkembangan otak bayi dicapai menjelang usia tiga tahun dan disebabkan itu, setiap pengalaman yang dilalui sehingga usia itu banyak membantu pembentukan otak bayi terutama ketika waktu mandi. Proses pembelajaran otak si kecil dapat dipertingkatkan apabila pelbagai deria dirangsang ketika waktu mandi berbanding penggunaan satu deria saja. Sentuhan, percakapan dan usapan yang diterima si manja ketika saat dimandikan ternyata waktu paling sesuai yang boleh digunakan dalam menjana perkembangan minda mereka. Oleh itu, setiap ibu bapa mahupun penjaga perlu menyedari kepentingan waktu mandi bayi atau kanak-kanak untuk memperoleh hasil yang istimewa terutama dalam perkembangan dan tumbesaran mereka.

 

Hasil penyelidikan menunjukkan rangsangan berbilang deria penting dalam tiga tahun pertama untuk perkembangan laluan yang menyokong komunikasi, kefahaman, perkembangan sosial dan kesejahteraan emosi. Otak bayi mencipta sehingga 1.8 juta sambungan sinaps baru setiap saat dan pengalaman ini akan menentukan kesinambungannya. Rangsangan berbilang deria iaitu apa yang dirasa, dihidu, didengar dan dilihat oleh bayi dapat membantu memupuk kelangsungan jangka panjang.

 

 

Sumber: Internet