KelabMama

Mama, Ini 5 Faktor Yang Menyebabkan Bayi Batuk Berkahak

Mama, Ini 5 Faktor Yang Menyebabkan Bayi Batuk Berkahak

Macam mana la nak hilangkan batuk berkahak anak? Kesian dia saya tengok, asyik tercungap-cungap saja bila batuk.

Bila anak batu berkahak ni memang boleh buat mama dengan papa sakit kepala. Apatah lagi kalau terkena pada bayi yang baru saja lahir. Lagilah runsing. Bagi ubat pun macam tak jadi saja.

Buat mama dan papa yang anaknya menghadapi masalah batuk berkahak ni, bacalah jawapan daripada Dr. Wan Khairina Wan Mohd Nowalid, Pakar Perunding Pediatrik dari Pantai Hospital Ampang ini. Mama Siti kongsikan supaya mama dan papa dapat tahu lebih lanjut berkaitan masalah ni dan apa yang berlaku sebenarnya kepada anak mama.

Bunyi Pernafasan Bayi Tak Normal 

Kanak-kanak terutama bayi di bawah usia dua tahun amat mudah mengalami demam, batuk dan selesema.

Bayi sering menghasilkan bunyi pernafasan yang berbagai-bagai. Sebahagian bunyi tersebut tidak diiringi tanda-tanda amaran, manakala sebahagian lagi mungkin memerlukan nasihat perubatan. Saluran pernafasan bermula dari hidung hingga ke bronkiol terminal di mana udara akan tiba ke unit-unit alveoli tempat pertukaran oksigen dan karbon dioksida.

Saluran pernafasan dilapisi oleh sel epithilia yang merembeskan mucus (lendir) serta jejari halus (silia) yang beralun untuk memerangkap habuk/bendasing yang melalui saluran pernafasan.

Selain itu terdapat juga reseptor yang berhubung dengan saraf yang menghasilkan reflex batuk apabila terdapat stimulasi yang mengganggu saluran pernafasan.

Batuk berkahak terjadi kesan daripada jangkitan kuman yang masuk ke saluran pernafasan.

Kombinasi beberapa struktur di atas membentuk mekanisma penghalang daripada gangguan kepada fungsi pernafasan yang normal. Sebagai contoh, mukus memerangkap habuk dan silia membantu menggerakkan mukus serta reflex batuk bertujuan menolak mukus dan habuk keluar dari saluran pernafasan.

Bayi boleh menghasilkan pelbagai bunyi yang berbeza bergantung kepada punca dan bahagian yang mengalami gangguan kepada arus udara.

Bagaimana kahak terhasil?

Paru-paru kanak-kanak di bawah usia dua tahun masih lemah dan disebabkan itu mereka golongan paling mudah dijangkiti virus.

Perlu diingatkan bahawa bunyi pernafasan bukan saja disebabkan oleh kahak. Disebabkan struktur pernafasan yang kompleks, bunyi boleh disebabkan oleh halangan arus udara yang boleh terjadi di sepanjang laluan saluran pernafasan.

Oleh itu, sekiranya mama tak pasti, terutamanya bila bayi ada masalah pernafasan, penyusuan, gangguan tidur atau kurang berat badan yang tidak dapat dihilangkan dengan petua biasa, mama dinasihatkan untuk segera dapatkan nasihat doktor.

Semoga artikel yang mama baca ni beri ilmu dan pengetahuan yang bermanfaat kepada mama sekeluarga. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang lain ya!

Sumber: Pusat Rawatan Sonotron Tawakal-Bangi

BACA JUGA SI KECIL BERPOTENSI MENGHIDAP RADANG PARU-PARU (PNEUMONIA) JIKA BATUK BERPANJANGAN

Pesan Mama Siti:

Mama mungkin rasa batuk berkahak ni perkara biasa, macam demam selesema. Hakikatnya memang ramai ibu bapa yang pandang ringan hal ni. Tapi sebenarnya kesedaran semua pihak amat diperlukan dalam menangani penyebaran virus ni sebab ia boleh jejaskan banyak pihak termasuk prestasi kerja ibu bapa. Jadi, kalau anak mama batuk sikit-sikit pun, terus bawa dia berjumpa doktor. Jangan lengahkan. Nanti makin teruk keadaannya!