KelabMama

MAMA HAMIL DAN KAFEIN. BAGUS ATAU BAHAYA?

Kalau sebelum hamil mama dan kopi tak dapat dipisahkan. Tapi tak bila dah hamil. Seeloknya mama tak ambil minuman atau makan yang berkafein. Kalau mama nak juga, mama hanya boleh ambil dalam kuantiti yang sikit je. Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG), adalah selamat untuk meminum kafein mempunyai sehingga 200 mg sehari iaitu bersamaan dengan 2 cawan kopi sehari.

Ini kerana bila mama hamil, mama kena beri perhatian apa yang mama ambil dan mama makan. Tak bermakna ‘makan untuk 2 orang’ tu mama boleh makan apa saja yang mama mahu. Mama kena pastikan apa yang mama ambil, apa yang mama makan adalah yang sihat dan berkhasiat untuk mama dan juga bayi dalam kandungan.

Baca lagi : LANGKAH-LANGKAH UNTUK KEHAMILAN YANG SIHAT

SELAMAT DIMINUM TAPI…

Memang kafein selamat diminum oleh mama ketika hamil, tapi ia masih boleh memberi kesan kepada mama dan juga bayi dalam kandungan tau!

#Degupan jantung meningkat

Bila mama hamil minum kafein memang akan tambahkan tenaga dan pada masa yang sama boleh tingkatkan kadar denyutan jantung serta tekanan darah. Kalau mama seorang yang susah nak tidur bila hamil, minum kafein akan buatkan mama lagi susah nak tidur tau!

#Diuretik

Apa Diuretik tu? Diuretik ni boleh kurangkan air dari badan mama. Mama akan kerap buang air kecil atau air besar. Tapi kalau mama hanya mengambil kafein dalam kuantiti yang sepatutnya ia takkan menyebabkan mama dehidrasi.

#Jadi ketagih

Kalau mama seorang peminum kopi tegar dan mama terus stop minum serta merta, mama akan rasa ketagih ditambah pula dengan sakit kepala, rasa tak selesa dan keletihan.

KESAN PADA BABY DALAM KANDUNGAN

Untuk pengetahuan mama, kafein melalui plasenta dan boleh mempengaruhi sistem badan bayi. Boleh buatkan bayi dalam kandungan jadi lebih aktif serta tingkatkan kadar jantung bayi.

Setakat ni kajian menunjukkan peningkatan kadar keguguran, kelahiran pra matang atau kecacatan bayi tiada kaitan dengan pengambilan kafein dalam kuantiti yang sederhana.

Berikut adalah beberapa minuman dan makanan ringan dengan jumlah kafein ada dalam kadar purata.

Produk Saiz Kafein
Kopi Biasa 1 cawan biasa 95 mg
Kopi Decaf 1 cawan biasa 2 mg
Black Tea 1 cawan biasa 40 mg
Teh Hijau 1 beg teh 20 mg
Coklat panas 1 cawan 5 mg
Pepsi 12 fl. oz 38 mg
Coca-Cola 12 fl. oz. 34 mg

Baca lagi : MAMA, ELAKKAN BUAT PERKARA-PERKARA INI KETIKA HAMIL!

Ni Mama Siti nak pesan, kalau mama nak minum kafein maksimum 200 mg sehari je ye. Jangan lebih! Lebih baik mama amalkan pemakanan yang sihat sebab apa yang kita pakai, kita makan akan dapat ke anak. Kesian baby dalam perut nanti. Sabar sikit je lagi ye. Lepas bersalin nanti boleh minum kopi puas-puas. Lagipun air kopi antara milkbooster yang bagus untuk tambah susu tau.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Alam Hamil Blog