KelabMama

MAKANAN YANG DILARANG MAKAN DALAM TEMPOH BERPANTANG

Tak semua makanan kita boleh makan sewaktu dalam tempoh berpantang. Kalau semua makanan boleh makan tu bukan berpantang namanya hehe. Malah masih ada juga yang tak percaya dengan pantang makanan ni. Katanya karut, merepek. Tapi percayalah mesti ada sebab kenapa orang dulu-dulu melarang kita dan suruh berpantang.

MAKANAN APA YANG TAK BOLEH DIMAKAN SEMASA DALAM PANTANG?

#Kekacang

Jaga-jaga ye sebab ada bayi alah dengan kacang dan sumber kekacang ni. Kalau bayi alah dengan kacang dia akan mengalami ruam, bintik merah atau bengkak. Contoh : tempe, tauhu, taufufah, kacang merah, kacang hijau, barli, kacang kuda, kacang tanah dan taugeh

#Buah-buahan yang berangin dan sejuk

Buah memang bagus tapi tak semua buah yang boleh dimakan semasa dalam pantang kerana bersifat sejuk dan dingin. 

#Makanan laut

Makan ikan boleh tapi tak semua jenis ikan yang boleh dimakan terutamanya ikan yang jenis berbisa sebab akan buatkan darah mama turun. Udang dan sotong pula akan buatkan mama alahan dan gatal pada kawasan jahitan (jika dijahit).

#Sayur yang menjalar

Kalau mama makan sayur menjalar sewaktu dalam pantang akan menyebabkan mama dan bayi kembung serta sakit-sakit badan

#Daging dan ayam

Daging atau ayam yang tak dimasak sepenuhnya akan buatkan mama terdedah kepada bakteria yang tak sihat. Kalau nak makan kenalah masak betul-betul. Tapi seeloknya tunggulah habis pantang dulu kerana takut mama akan alami gatal

#Makanan lain

Selain dari yang diatas, makanan lain yang mama tak boleh makan semasa berpantang ialah keju, nasi sejuk, budu, laksa dan mee kuning.

SENARAI IKAN YANG PERLU DIELAKKAN

SENARAI SAYUR YANG PERLU DIELAKKAN

SENARAI BUAH YANG PERLU DIELAKKAN

Tempoh berpantang ni sebenarnya tak lama pun. Pejam celik pejam celik je dah habis pantang. Mama kenalah sabar sikit ye kalau betul-betul nak kembali sihat dan cergas seperti biasa semula.

Semoga bermanfaat!