KelabMama

Diet Makanan Untuk Ibu Yang Berpantang Selepas Pembedahan Czer

Sumber: thevocket.com

Melahirkan seorang insan ke muka bumi ini bukanlah suatu proses yang mudah dan tidak pula ia berlaku sepintas lalu. Seorang wanita yang mengandung terpaksa berlawan dengan emosi yang tidak stabil, kudrat yang tidak kuat, dan nafsu yang pelbagai. Setiap detik menghitung hari, dan debarnya pasti bertambah setiap saat. 

kredit: Erin Sakura News

Apabila tiba waktu melahirkan, ada wanita yang ‘beruntung’ dapat melahirkan secara normal (vaginal birth). Tak kurang juga ada yang ‘diuji’ dengan pembedahan C-section (Czer). Menurut Islam, antara perkara yang membolehkan seorang ibu melahirkan melalui Czer adalah:

i.   Keadaan darurat/terdesak demi menyelamatkan nyawa ibu dan/atau janinnya

ii.  Keadaan yang diharuskan untuk menghilangkan sesuatu bahaya

iii. Keadaan di mana ada kekhuatiran menurut pendapat profesional yang lebih baik seperti mengelakkan kecacatan bayi atau kematiaan.    

Merapikan dan menjaga ibu yang baru melahirkan bukanlah suatu yang patut dipandang remeh. Apatah lagi ibu yang baru menjalani Czer. Proses penyembuhan memerlukan lebih banyak masa berbanding dengan kelahiran secara normal.

Perbezaan Antara Ibu Bersalin Normal Dan Bersalin Secara Czer 

Pengalaman seorang ibu, Syaheerra Khairuddin, yang pernah melalui kedua-dua proses melahirkan, tidak merasakan kesakitan semasa Czer berbanding sakit beranak normal. Namun demikian, waktu sembuh beranak secara normal hanya mengambil masa 4 ke 5 hari untuk pulih, manakala 2 minggu selepas pembedahan CZer, masih belum pulih sepenuhnya. Hinggakan kini, setelah beranak tiga, kadang-kadang datang rasa ngilu dan kebas di dalam badan tempat dibedah itu. 

Bahagian perut ibu akan dibelah lapisan demi lapisan hingga mengenai rahim ibu untuk mengeluarkan bayi. Ibu akan dibius separa sedar. Selepas selesai proses pembedahan, bayi sudah dikeluarkan, perut ibu akan dijahit semula. 

Jika jari ibu pernah terluka semasa siang ikan, luka perut dibedah memang takkan sama gambarannya dan sakitnya jika tidak dibius. Apatah lagi ketika hendak menjaganya semasa di dalam pantang. 

Kredit: myartis

Waktu berpantang mungkin berbeza mengikut adat dan kepercayaan sesetengah keluarga. Ada yang berpantang selama 30 hari, 40 hari, 60 hari dan ada juga yang hingga 100 hari. 

Perkara penting yang diutamakan dan dititikberatkan semasa berpantang ialah diet pemakanan ibu.        

Diet Pemakanan Berpantang Bersalin Secara Czer 

Bagi memastikan ibu yang bersalin secara Czer sentiasa di dalam kesihatan yang terbaik, diet pemakanan yang betul penting untuk usus dan sistem penghadaman ibu. Masalah penghadaman akan menyukarkan proses penyembuhan dan boleh memberi tekanan emosi dan fizikal kepada ibu. 

Perbanyakkan mengambil makanan yang penuh dengan vitamin and mineral untuk membantu menyembuhkan luka pembedahan. Zat besi juga perlu ditambah di dalam diet makanan bagi membina lebih banyak sel darah yang sudah hilang semasa pembedahan. Makanan pemberi tenaga seperti karbohidrat dan protein membantu membina sel-sel baru yang juga membantu mempercepatkan kesembuhan. 

Serat fiber sangat penting untuk ibu sedang berpantang yang bersalin secara Czer. Ia dapat membantu melancarkan sistem penghadaman badan dan mengelakkan atau mengurangkan berlakunya sembelit yang pasti akan menggangu kesembuhan luka jika berlaku. 

Pastikan ibu-ibu mengambil air yang mencukupi bagi memastikan badan sentiasa terhidrasi. Ibu digalakkan untuk minum 8 hingga 10 dalam ukuran 8-auns gelas air sehari. Susu dan jus buah tanpa gula juga baik untuk ibu yang sedang berpantang. 

Makanan Yang Boleh dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Berpantang Bersalin Secara Czer 

Tidak semua makanan boleh diambil oleh ibu berpantang, apatah lagi ibu-ibu yang berpantang selepas bersalin secara Czer. Ini kerana, ada sesetengah makanan yang mempunyai kandungan air dan serat yang agak tinggi dari yang diperlukan dan dikategorikan ‘makanan berangin’ atau ‘sejuk’. 

Boleh Dimakan

Antara makanan yang boleh ibu-ibu ambil semasa berpantang selepas bersalin secara Czer termasuklah:

Kredit: mamamend.com

Kurangkan atau Elakkan Ketika Berpantang

Walaupun banyak makanan masih boleh dimakan semasa berpantang, ibu yang bersalin secara Czer dinasihatkan untuk kurangkan atau mengelakkan dari mengambil makanan-makanan berikut:

Resepi Singgang Tenggiri Yang Mudah dan Sedap Untuk Ibu Berpantang

Mama Siti rasa berbesar hati untuk berkongsi resepi singgang kegemaran Mama Siti yang menjadi amalan semasa berpantang, hinggalah ke hari ini. 

Ada banyak kebaikan singgan untuk diet pemakanan ibu yang boleh diamalkan dan mudah pula untuk disediakan. Mama-mama bolehlah berkongsi resepi ini dengan kaum bapa yang membantu menyediakan makanan terbaik untuk isteri tercinta yang sedang berpantang. 

Kredit: Wanista.com

Bahan-bahan yang diperlukan termasuklah ikan tenggiri, 2 biji kunyit hidup dan lengkuas (sebesar ibu jari)  ditumbuk kasar, cili padi (mengikut tahap toleransi pedas masing-masing), 4 hingga 5 ulas bawang putih, 2 keping asam keping. 

Mama hanya perlu masukkan semua bahan-bahan tersebut di dalam periuk, tambahkan air yang mencukupi untuk merendam semua bahan-bahan tersebut. Tutup periuk, dan renehkan ia sampai masak sepenuhnya. Tambahkan sedikit garam mengikut perasa dan tutup api serta hidangkan untuk santapan. 

Pesan Mama Siti, pengalaman bersalin pastinya sesuatu yang berbeza bagi setiap wanita. Emosi yang bercampur-baur membuatkan kita mudah berasa sensitif, apatah lagi jika ibu yang terpaksa mengambil masa untuk sembuh dari pembedahan Czer. Banyakkan berzikir dan berdoa pada Tuhan agar diberi kemudahan dan kekuatan untuk diri kita. Selamat berpantang!