KelabMama

15 Idea Makanan Bayi 7 Bulan Yang Pasti Si Manja Suka, Mama Boleh Try!

makanan bayi 7 bulan

Kredit gambar: swirlster.ndtv.com

Si manja sudah memasuki usia 7 bulan? Masa untuk terujakan hari mereka dengan pelbagai menu makanan bayi 7 bulan yang sangat menarik ini! Bagi Mama yang masih lagi tercari-cari idea mengenai menu apakah yang sesuai buat si manja tersayang, jangan risau!

Dekat bawah ini, Mama Siti telah sediakan pelbagai idea makanan yang menarik untuk Mama cuba hasil dari perkongsian oleh Puan Rosma Aiza di laman Facebook miliknya. Istimewanya setiap resepi ini cukup lengkap dengan segala nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran sihat si manja Mama. Jom kita lihat!

Resepi Terbaik Idea Makanan Bayi 7 Bulan

#1. Bubur Ayam Dan Sayur Campur

Kredit gambar: resipicitarasawan.blogspot.com

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Masak bubur nasi seperti biasa.
  2. Bila mendidih masukkan ayam dan lobak merah.
  3. Bila bubur hampir masak, masukkan bayam,mirepoix dan Chicken feet stock (CFS).
  4. Sejukkan bubur & kisar mengikut kesesuaian bayi.
  5. Hidangkan dan titiskan evoo (Extra virgin olive oil).

*Buah oren sebagai snek.

#2. Ikan Singgang Dan Sayur Sawi

Kredit gambar: www.oxo.com

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Masak bubur nasi seperti biasa.
  2. Untuk ikan singgang – panaskan air dan masukkan bawang merah (hiris), bawang putih (ketuk), kunyit (hiris), lengkuas (ketuk) dan asam keping.
  3. Bila mendidih masukkan ikan selar.
  4. Sayur sawi stim seketika sehingga layu.
  5. Campurkan bubur + ikan singgang + sawi dan kisar mengikut kesesuaian bayi.
  6. Hidangkan dan titiskan evoo.

#3. Idea Makanan Bayi 7 Bulan Dengan Sup Ikan Merah

Kredit gambar: khairulabdullah.com

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Tumiskan empat sekawan dan bawang bersama minyak masak.
  2. Masukkan air, sup bunjut dan lobak merah.
  3. Bila mendidih masukkan ikan merah.
  4. Masukkan tomato dan daun sup.
  5. Bubur nasi masak seperti biasa.
  6. Campurkan dan kisar mengikut kesesuaian bayi.

*Buah anggur sebagai snek.

#4. Ikan Tenggiri Stim Dan Sayur Labu + Bayam

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Masak bubur nasi seperti biasa.
  2. Bila air mendidih masukkan sayur labu.
  3. Bila bubur hampir masak masukkan baby bayam, mirepoix dan serbuk ikan bilis.
  4. Ikan tenggiri stim bersama halia.
  5. Sejukkan dan kisar mengikut kesesuaian bayi.
  6. Hidangkan dan titiskan evoo.

*Buah Singo pear sebagai snek.

#5. Ikan Tenggiri Grill Dan Sup Sayur

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Grillkan ikan tenggiri di atas daun pisang.
  2. Masak bubur nasi seperti biasa.
  3. Tumiskan bawang putih bersama minyak masak.
  4. Tambahkan air dan masukkan ubi keledek.
  5. Masukkan kubis bunga dan bayam merah.
  6. Campurkan bubur nasi+ikan tenggiri +sup sayur dan kisar mengikut kesesuaian bayi.

*Buah Singo pear sebagai snek.

#6. Bubur Nasi + Ikan Tenggiri Grill Dan Sayur Air Sawi + Brokoli

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Grillkan ikan tenggiri di atas daun pisang.
  2. Panaskan air dan masukkan bawang putih (ketuk).
  3. Masukkan brokoli dan biarkan sehingga lembut.
  4. Masukkan sawi pak choy.
  5. Boleh masukkan serbuk ikan bilis jika ada.
  6. Masak bubur nasi seperti biasa.
  7. Campurkan dan kisar mengikut kesesuaian bayi.
  8. Hidangkan dan titis evoo.

*Buah delima sebagai snek.

#7. Idea Makanan Bayi 7 Bulan Dengan Bubur Nasi + Sup Ayam

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Masak nasi bubur seperti biasa.
  2. Tumis empat sekawan bersama minyak masak dan masukkan bawang putih dan bawang merah.
  3. Bila dah naik bau masukkan ayam dan kacau seketika.
  4. Tambahkan sedikit air.
  5. Masukkan lobak merah dan bunga kubis.
  6. Biarkan sehingga mendidih dan sayur menjadi lembut.
  7. Masukkan tomato dan daun sup.
  8. Campurkan bubur nasi dan sup ayam dan hidangkan.

*Buah anggur sebagai snek

#8. Idea Makanan Bayi 7 Bulan Dengan Nasi Ayam

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Tumiskan empat sekawan dan bawang putih bersama unsalted butter.
  2. Tambahkan air dan masukkan beras.
  3. Masukkan hirisan halia.
  4. Panaskan air dan masukkan sup bunjut dan lobak merah.
  5. Apabila air mendidih masukkan ayam.
  6. Masukkan mirepoix, cfs, batang saderi dan daun sup.
  7. Campurkan nasi bersama sup dan kisarkan mengikut kesesuaian bayi.

*Buah oren sebagai snek.

#9. Bubur Nasi + Tomyam Ayam

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Panaskan air dan masukkan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut, mirepoix, pes tomato dan lobak merah.
  2. Apabila mendidih masukkan ayam dan biar seketika.
  3. Masukkan brokoli.
  4. Masak bubur nasi seperti biasa.
  5. Campurkan dan kisar mengikut kesesuaian bayi.
  6. Hidangkan dan titis evoo.

*Buah delima sebagai snek.

#10. Idea Makanan Bayi 7 Bulan Dengan Mee Sup Ayam

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Panaskan air dan masukkan mee apabila air mendidih.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak masak.
  3. Masukkan cfs dan tambah sedikit air.
  4. Bila air mendidih masukkan ayam dan biarkan seketika.
  5. Masukkan brokoli, sawi dan tomato.
  6. Campurkan mee dan sup ayam dan kisarkan mengikut kesesuaian bayi.

*Buah betik sebagai snek

#11. Nasi Jagung + Ayam Grill

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Masak bubur nasi seperti biasa.
  2. Bila mendidih, masukkan jagung dan mirepoix.
  3. Untuk ayam-perapkan ayam bersama bawang putih, halia dan mixed herbs.
  4. Grill ayam diatas daun pisang.
  5. Bagi sayur brokoli stimkan seketika sehingga lembut.
  6. Campurkan semua dan kisar mengikut kesesuaian bayi.
  7. Hidangkan dan titis evoo.

*Buah sebagai snek.

#12. Mee Bolognese

Kredit gambar: www.kidspot.com.au

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Cincang bawang putih dan bawang merah.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama unsalted butter.
  3. Bila dah naik bau masukkan cfs, mirepoix dan pes tomato.
  4. Tumis seketika dan masukkan ayam dan lobak merah.
  5. Tambahkan sedikit air.
  6. Masukkan brokoli dan tomato.
  7. Untuk mee- Panaskan air seketika.
  8. Bila mendidih masukkan mee dan biarkan sehingga lembut.

*Buah naga sebagai snek.

#13. Tofu Strawberi

Kredit gambar: searchingforspice.com

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Stimkan tofu selama 10 minit.
  2. Kisar buah tanpa air.
  3. Campurkan dan hidangkan.

#14. Idea Makanan Bayi 7 Bulan Dengan Jejari Kentang

Kredit gambar: Youtube @The World wide Kitchen

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Stimkan seketika lobak merah dan brokoli.
  2. Cincang lobak merah dan brokoli.
  3. Rebus ubi kentang sehingga lembut.
  4. Lenyekkan ubi kentang dan masukkan tepung jagung, lobak merah dan brokoli.
  5. Uli sehingga sebati dan bentukkan jejari.
  6. Panaskan kuali dan goreng sehingga kekuningan.

#15. Ikan Merah Stim Halia Dan Sayur Campur

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

  1. Masak bubur nasi seperti biasa.
  2. Apabila mendidih masukkan ubi keledek dan kacang peas.
  3. Bila bubur hampir masak masukkan tomato.
  4. Ikan merah stim bersama halia.
  5. Campurkan dan kisar mengikut kesesuaian bayi.

*Buah epal sebagai snek.

Semoga dengan perkongsian ini, si manja Mama akan teruja menikmati makanan yang enak dan berkhasiat ini!


Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!