KelabMama

IBU HAMIL MAKAN UBAT BAHAYA, BAYI LAHIR TANPA KULIT

Di Thailand baru-baru ini digemparkan dengan kelahiran seorang bayi tanpa kulit. Disebabkan peristiwa tergempar ini, sebuah kajian kes telah diterbitkan Journal of the Pakistan Medical Association untuk meneliti apakah punca bayi lahir tanpa kulit.

Bayi tanpa kulit kerana ibu ambil ubat bahaya ketika hamil.

Sejak dari dalam kandungan, pertumbuhan bayi tanpa kulit ini memang menunjukkan tanda-tanda lambat. Berbeza dari bayi yang normal, ketika bayi ini lahir, 90% tubuhnya tidak memiliki kulit. Malah, dia juga tidak memiliki kuku, rambut, bulu mata mahupun kening!

Bukan tu je, bayi ini pun tiada puting di payudaranya dan pertumbuhan telinga bayi ini tak sempurna. Oleh sebab tiada kulit, semua saluran darah di tubuh bayi ini kelihatan dengan jelas.

Semasa lahir, beratnya hanyalah 1.02kg dengan lingkaran kepala 26.5cm sahaja. Oleh sebab keadaannya agak kritikal, bayi ini mendapat rawatan intensif di dalam inkubator. Walau bagaimanapun, selepas 4 hari menerima rawatan, bayi ini tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Bayi tanpa kulit : Bagaimana bayi lahir tanpa kulit?

Keadaan bayi lahir tanpa kulit ini diberi nama Aptasia Cutis Congenita. Tapi kes seperti ini jarang berlaku. Sebahagian besar bahagian badan yang akan terjejas adalah di kawasan kepala dan ia boleh terjadi pada bayi lelaki mahupun perempuan.

Apa yang menyebabkan bayi tanpa kulit boleh dilahirkan?

Menurut si ibu, dua anaknya sebelum ini sihat, kuat dan tidak memiliki penyakit yang aneh seperti ini. Malah, si ibu juga tidak mengalami sebarang cacar air mahupun ruam-ruam ketika kehamilan. Jadi, mengapa bayi tanpa kulit ini boleh dilahirkan?

Rupa-rupanya, si ibu menghidap penyakit Pemphigus Vulgaris (sejenis penyakit autoimun) yang menyebabkan dia terpaksa memakan ubat yang diberi doktor. Penyakit yang melibatkan disfungsi kekebalan tubuh badan ini akan menyebabkan si penderita berasa tak selesa, hilang selera makan dan suara menjadi serak. Si ibu juga mengaku dia harus mengambil ubat-ubatan yang ternyata memberi risiko pada janin.

Bahaya mengambil ubat yang berisiko ketika hamil

Salah satu ubat yang diambil ibu ini adalah azathioprine. Menurut FDA, ubat ini dikategorikan sebagai Kategori D, iaitu tidak digalakkan untuk diambil.

Jika ubat ini diambil oleh ibu hamil, maka akan ada risiko pertumbuhan janin yang tidak maksimum. Malah, ia juga boleh membawa gangguan kepada janin. Menurut kajian , ibu hamil yang ambil ubat ini akan menderita pertumbuhan janin yang lambat, bayi pramatang, berat lahir kurang, gangguan kepala dan leher pada bayi dan lain-lain.

Tentu saja, tiada mana-mana ibu hamil mahupun doktor yang ingin bayi dalam kandungan menghadapi gangguan dan pertumbuhan yang gagal.

Oleh sebab itu, ibu hamil perlu memastikan ubat yang dimakan sepanjang kehamilan itu tak berbahaya hingga mampu mempengaruhi pertumbuhan janin.

Seorang ibu wajib menjaga kesihatannya untuk memelihara pertumbuhan janin yang sempurna. Jangan lupa untuk elak orang atau area yang berisiko mendatangkan jangkitan pada anda. Semoga info ini memberi manfaat.