KelabMama

Majlis Aqiqah Berjalan Lebih Lancar dengan 10 Checklist Khas Ini

majlis aqiqah di malaysia

Kredit gambar: deni pranata / Shutterstock.com

Akikah atau aqiqah berasal dari kalimat bahasa Arab عقيقة. Hukum mengerjakan ibadah aqiqah bagi anak lelaki dan perempuan ialah sunat dari hari ke tujuh hinggalah sebelum mereka baligh. 

Majlis aqiqah yang diadakan mestilah dirancang sebaik mungkin agar semuanya berjalan lancar. Lumrah apabila ingin mengadakan sesebuah majlis, pelbagai perkara perlu difikirkan sampai sakit kepala dibuatnya. 

Namun kita tidak lagi kerana Mama Siti senaraikan 10 checklist sambutan majlis aqiqah bayi, tak kisah sama ada majlis aqiqah untuk anak lelaki mahupun puteri kecil Mama.

Bila selesai susun satu persatu barulah kita dapat pastikan semua perkara penting telah sedia untuk majlis aqiqah tersebut.

10 Checklist Majlis Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan

#1 Tarikh & Masa

Kredit gambar: Freepik

Pilih tarikh dan masa yang berkelapangan agar semua individu penting dapat hadir ke majlis aqiqah. Tarikh dan masa perlu ditetapkan awal supaya hal-hal lain dapat diselesaikan dengan sempurna.

#2 Lokasi Majlis Aqiqah

Kredit gambar: diarymamacom.tumblr.com

Rumah, event space, dewan mahupun hotel antara lokasi yang boleh dipertimbangkan dijadikan tempat sambutan majlis aqiqah. Apa-apapun semuanya bergantung kepada kemampuan Mama dan Papa. Paling penting, semua tetamu dan bayi kita mendapat keselesaan.

#3 Senarai Jemputan

Kredit gambar: phillymag.com

Buat anggaran bilangan tetamu yang bakal hadir. Senarai jemputan membantu kita menyediakan bajet makanan dan bungkusan goodie bag.

#4 Kad Jemputan

Kredit gambar: azhafizah.com

Sertakan maklumat seperti nama bayi, tarikh dan masa serta lokasi majlis berlangsung. Arus teknologi zaman ini telah menjadikan sebahagian orang memilih untuk membuat e-invitation atau kad jemputan elektronik. Lebih mudah dan lebih jimat.

#5 Menu Makanan & Kambing Aqiqah

Checklist paling utama dan sangat penting. Menu paling populer di majlis aqiqah ialah kambing golek. Tidak dilupakan untuk menyediakan menu utama dan kuih-muih.

#6 Marhaban

Kredit gambar: Mohd Shukri Mohd Yassin / Shutterstock.com

Tujuannya adalah supaya majlis lebih diberkati dan semoga anak kita didengarkan dengan alunan yang terbaik dari puji-pujian kepada baginda Nabi SAW. 

Kehadiran kumpulan marhaban melengkapkan majlis cukur jambul anak kesayangan. 

#7 Jurugambar (Photographer)

Kredit gambar: Csrousell

Tips memilih jurugambar ialah lihat portfolio mereka terlebih dahulu. Kos upah jurugambar boleh tahan besar, kita mahukan hasil yang terbaik. 

Dibuatnya hasil karya jurugambar sering mendapat komen negatif, menyesal tak sudah.

#8 Buaian Berendoi + Pelamin Mini

Kredit gambar: srimunuracatering.com

Checklist nombor lapan ini bukanlah satu kewajipan. Walhal majlis masih boleh berjalan walaupun tiada buaian berendoi. Tetapi kalau ada bajet lebih apa salahnya kita raikan anak kesayangan dengan pelamin mini dan hiasan buaian.

#9 Outfit Bayi, Mama dan Ayah

Kredit gambar: Pinterest

Paling penting ialah pakaian anak. Kemudian Mama dan akhir sekali barulah Papa. Beri perhatian pada jenis bahan dan rekaan baju bayi. Bahan yang terlalu tebal dan rekaan yang berlebihan mungkin membuatkan anak tidak selesa dan meragam.

#10 Goodie Bag

Kredit gambar: Pinterest

Sediakan goodie bag berdasarkan anggaran tetamu yang hadir. Jangan ambil mudah perihal goodie ini ya. Kesian pada tetamu yang telah bersusah-susah datang ke majlis aqiqah anak kita. Beri mereka goodie bag sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan. 

Idea goodie bag: buku yassin, tasbih, hand sanitizer dan sebagainya.

Tingkatkan Rasa Kesyukuran Dengan Majlis Aqiqah 

Majlis aqiqah bertujuan untuk meraikan anak yang selamat dilahirkan. Namun begitu proses dari awal hingga akhir boleh jadi agak memeningkan. 

Checklist majlis aqiqah anak lelaki dan perempuan yang Mama Siti kongsikan boleh dijadikan sebagai panduan merancang majlis yang sempurna. 

Bila ada checklist barulah kita dapat pastikan semua perkara telah disediakan dan ditempah. Paling penting kambing aqiqah. Pastikan betul bilangannya untuk anak lelaki dan perempuan. 

Kredit gambar: hkhtt hj / Shutterstock.com

Mama Siti ucapkan tahniah atas kelahiran ahli keluarga baru Mama. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan bermanfaat kepada kepada ramai orang didunia. 

Semoga juga majlis aqiqah berjalan dengan lancar dan sempurna hendaknya.


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.