KelabMama

Mainan Apa Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak Ya? Jom Tengok 10 Pilihan Mainan Kanak-Kanak Ini

Sumber: istockphoto

Seiring dengan usianya, minda kanak-kanak akan berkembang dan memerlukan rangsangan yang secukupnya. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di rumah tetapi dengan kekangan masa, bukanlah mudah untuk para ibu dan bapa kan?

Sebenarnya, ada alternatif lain yang ibu dan bapa boleh usahakan untuk mengembangkan minda anak-anak. Antaranya adalah dengan menyediakan mainan kanak-kanak untuk mereka.

Tips Memilih Mainan Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis mainan kanak-kanak. Boleh rambang mata jadi nya. Tentu ibu dan bapa keliru; mainan yang macam mana sesuai untuk kanak-kanak ya?

Jom tengok senarai tips untuk memilih mainan kanak-kanak ini:

1. Pilih yang bermanfaat

Kriteria yang anda harus utamakan adalah, adakah mainan ini bermanfaat untuk anak kita? Lihat pada alat mainan itu, apakah faedahnya untuk anak anda.

Jika ia sekadar kelihatan seronok untuk dimain, mungkin anda patut fikirkan lagi pilihan anda ya.

2. Tidak berbahaya dan selamat untuk kanak-kanak

Tidak dinafikan bahawa sekarang memang terdapat perlambakan mainan kanak-kanak yang tidak sesuai untuk mereka. Sebagai contoh, ada sesetengah produk slime dan playdough yang mengandungi bahan kimia terlarang.

Pastikan anda telitikan fizikal dan komposisi mainan itu ya?

3. Harga yang berbaloi

Ada juga mainan kanak-kanak yang tidak memberi sebarang manfaat dan lebih sesuai untuk dijadikan pameran sahaja. Kebanyakkannya pula, harganya agak mahal berbanding dengan mainan kanak-kanak yang lain.

Seeloknya, elakkan beli mainan sebegini ya. Kanak-kanak mungkin hanya akan bermain dengannya sekali dua sahaja.  

4. Menarik dan menyeronokkan

Bukan hanya wajah mainan itu tetapi kaedah bermainnya akan menentukan sama ada ia mampu menarik minat kanak-kanak ataupun tidak.

Para ibu dan bapa mestilah bijak dalam memilih mainan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.

5. Sesuai dengan umur kanak-kanak

Faktor lain yang harus dipertimbangkan dalam memilih mainan kanak-kanak ialah umurnya. Pastikan anda pilih mainan yang sesuai dengan usianya ya.

Biasanya pihak pengeluar akan cetak kesesuaian mainan untuk usia kanak-kanak. Cuba periksa sebelum anda beli ya?

10 Jenis Mainan Untuk Kanak-Kanak

Setiap mainan kanak-kanak mempunyai target yang tersendiri. Ada yang bertujuan untuk merangsang motor skill kanak-kanak, ada yang untuk mengasah kreativiti si cilik dan macam-macam lagi.

1. Pipeline Construction

Sumber: mommyhappygroup.com

Berdasarkan perkongsian dalam akaun Facebook milik Mawaddah Azmi, Pipeline Construction adalah mainan kanak-kanak yang telah dikeluarkan oleh Syarikat Mommy Happy Group.

Puan Mawaddah merupakan antara penjual mainan ini dan anda boleh dapatkannya hanya dengan harga RM20 sahaja.

Berkonsepkan seperti Lego, Pipeline Construction adalah mainan yang dapat merangsang kreativiti si cilik dan kemahiran motornya. Ini kerana untuk mencipta struktur, minda dan tangan kanak-kanak akan bekerja seiring.

Mempunyai pelbagai bentuk dan warna, ia pasti menarik perhatian kanak-kanak. Mereka pasti akan tekun dan leka bermain dengannya.

2. Vacuum Cleaner

Sumber: mommyhappygroup.com

Anak anda mesti pernah teringin untuk turut serta vakum rumah kan? Haa… mainan Vacuum Cleaner ini adalah mainan yang menyerupai vakum rumah ya.

Menggunakan pemegangnya, kanak-kanak perlu gelekkan tayarnya dan tangkap bola loceng ke dalam net. Ia sesuai untuk kanak-kanak yang sukakan permainan yang bergerak ke sana ke sini.

Tentunya seronok apabila dimeriahkan lagi dengan bunyi loceng di dalam bolanya.

3. Doctor Set

Sumber: mommyhappygroup.com

Terutamanya jika anak anda bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, tentu mereka akan tertarik dengan set mainan doktor ini.

Doctor Set ini didatangkan dengan sebuah beg bimbit yang dilengkapi dengan beberapa alatan perubatan seperti stetoskop dan jarum di dalamnya.

Ia diperbuat daripada plastik dan selamat untuk kanak-kanak.

4. Block ABC, 123

Sumber: mommyhappygroup.com

Mainan Block ABC, 123 ini amat bermanfaat untuk mengasah kemahiran dan ingatan kanak-kanak dalam mengenal warna, bentuk, huruf, abjad dan beberapa nama kenderaan.

Ia diperbuat dari bahan yang selamat dan tidak mempunyai bucu yang tajam. Saiznya juga sesuai untuk pegangan tangan kanak-kanak.

5. Spelling Game

Sumber: mommyhappygroup.com

Antara cabaran ibu dan bapa dalam mengasah kemahiran berkomunikasi anak-anak ialah perbendaharaan kata mereka.

Dengan mainan Spelling Game ini, si cilik akan belajar abjad sambil menyusun kata dan mengeja. Padanya juga terdapat magnetic wooden block yang boleh ditulis dan dipadam tulisan di atasnya.

6. Learn Time

Sumber: mommyhappygroup.com

Si cilik pasti pernah bertanya tentang waktu pada anda kan? Kadang-kadang susah untuk terangkan konsep waktu dan masa pada mereka.

Terutamanya untuk membaca jam analog, ia lebih sukar berbanding dengan jam digital.

Learn Time adalah mainan yang sesuai untuk kanak-kanak belajar waktu dan masa. Mereka dapat belajar konsep saat, minit dan jam dengan jarumnya yang dapat digerakkan dan board yang boleh ditulis dan dipadam.  

7. Pen Maze & Chess

Sumber: mommyhappygroup.com

Sekiranya anak anda gemar bermain board game, bolehlah belikan mereka set mainan Pen Maze & Chess ini. Ia didatangkan dengan dua reka bentuk yang berbeza di depan dan belakang iaitu Maze dan Chess.

Mainan ini adalah untuk mengasah kemahiran berfikir dan motor skill kanak-kanak.

8. Kaktus Menari Without Clothes

Sumber: mommyhappygroup.com

Mainan Kaktus Menari ini antara yang sedang popular sekarang kan? Rata-rata kanak-kanak memang berminat dan tertarik dengannya.

Memang lah, ia dilengkapi dengan bunyi dan lampu serta pergerakan kaktus yang menari. Mainan ini boleh menyanyi 120 lagu, boleh rekod suara dan tiru percakapan anda.

Ia interaktif dan merangsang banyak stimulus pada kanak-kanak dalam satu masa.

9. Junior Tool Set

Sumber: mommyhappygroup.com

Kanak-kanak lelaki terutamanya ada yang gemar bermain dengan peralatan menukang kan? Diperbuat dari plastik yang selamat, Junior Tool Set adalah mainan yang menyerupai peralatan menukang.

Selain daripada menyeronokkan, ia bermanfaat untuk kanak-kanak dalam pelbagai aspek seperti memperkasakan koordinasi mata dan tangan mereka.

10. Kitchen Storage Box

Sumber: mommyhappygroup.com

Untuk kanak-kanak yang gemar bermain masak-masak, mainan ini amatlah sesuai untuk mereka. Ia dilengkapi dengan sticker untuk ditampalkan pada peralatan memasak dan dapur.

Berwarna-warni, pasti si cilik seronok bermain!

Pilihlah Mainan Yang Sesuai Untuk Anak Anda

Sekarang ni, tak perlu dah nak ke pasaraya untuk membeli mainan kanak-kanak. Di online platform seperti Shopee terdapat pelbagai jenis mainan kanak-kanak yang berkualiti dan bermanfaat. Pilihlah yang berbaloi dan sesuai dengan keperluan anak anda ya.