KelabMama

MAIN GAJET TERLALU LAMA BOLEH ROSAKKAN MATA ANAK

Perasan tak anak-anak zaman sekarang ni sikit-sikit nak minta main gajet. Ada tu kalau nak bagi anak diam pun dihulurnya gajet tu. Biar anak main berjam-jam pun tak apa asalkan anak diam. Alahai mama/papa sedar tak tindakan macam tu boleh menjejaskan perkembangan deria penglihatan mereka?

GEJALA MYOPIA DI KALANGAN KANAK-KANAK

Sedar atau tak bila anak terlalu asyik dengan gajetnya boleh mengundang gejala myopia. Myopia atau nama lainnya rabun jauh adalah masalah mata yang dapat melihat imej dekat dengan jelas tapi imej akan jadi kabur bila dilihat dari jarak jauh.

FAKTOR YANG MENYUMBANG MYOPIA

1) belajar

2) membaca

3) penggunaan gajet

4) waktu tengok TV

5) tempoh penggunaan komputer/ handphone

6) pencahayaan

7) persekitaran rumah/ tempat belajar

8) masa terlibat dengan aktiviti dalam dan luar rumah

MAMA & PAPA KENA ‘ALERT’!

Selain dari Myopia, ada banyak lagi jenis masalah penglihatan yang berlaku dikalangan kanak-kanak yang perlu mama dan papa tahu. Ada juga yang berlaku masa awal kelahiran disebabkan faktor genetik. Kalau mama/ papa penghidap myopia, anak juga berkemungkinan tinggi untuk kena myopia. Selain keturunan, faktor persekitaran juga mempengaruhi keadaan.

#Jenis Kerosakan Mata

Ada beberapa jenis lagi kerosakan mata yang mama/papa perlu tahu selain dari Myopia. Antaranya :

1) kabur penglihatan

2) kerosakan mata saraf

3) mata kering

#Kenal Pasti Tanda-tanda Awal

Ada 10 tanda penglihatan kanak-kanak yang perlu mama dan papa ‘alert’ :

1) sukar anggarkan jarak

2) suka tengok TV dari jarak dekat

3) mengadu sakit kepala

4) membaca atau menulis pada jarak dekat

5) selalu gosok mata dan asyik kerdipkan mata

6) mengadu nampak objek menjadi 2

7) kepala jadi senget bila tengah focus tengok sesuatu

8) susah nak tulis atau salin semula apa yang ditulis oleh cikgu di papan hitam atau putih

9) juling

10) selalu tiru kawan sebab tak nampak apa yang ditulis atau ditunjuk oleh cikgu didepan

#Rutin Pemeriksaan Mata Seawal 3 Tahun

Mama dan papa kena bawa anak check mata seawal 3 tahun untuk tengok mata anak ada masalah atau tak. Kalau buat pemeriksaan sekali setiap tahun lagi bagus sebab dapat pantau kesihatan mata anak-anak.

#Tabiat Semasa Menonton

Paling penting mama papa kena kawal dan perhatikan setiap kali anak menggunakan gajet. Ada caranya untuk elakkan dari berlakunya kerosakan mata. Antaranya :

1) Jangan bagi anak tengok atau baca dalam keadaan kurang pencahayaan

2) Jangan bagi anak pegang gajet secara dekat terutamanya semasa baring sebab cara ini akan bebankan lagi penglihatan. Boleh menyebabkan sakit kepala dan penglihatan berganda!

3) Anak kecil 2-5tahun dinasihatkan meminimakan penggunaan gajet selama 1 jam sehari (dalam pantauan mama papa)

4) Anak berusia 5-18tahun perlu dihadkan penggunaan gajet dan dipantau oleh mama papa. Tak boleh guna gajet sebelum masuk tidur dan semasa waktu makan

5) Bayi bawah 18 bulan tak boleh didedahkan kepada gajet sama sekali!

#Kaedah 20-20-20

Apa 20-20-20 tu? Kaedah ini amat berguna dan mama papa perlu memahami kaedah ini iaitu:

– Berhenti dan rehat daripada melihat skrin setiap 20 min

– Make sure anak tengok sesuatu pada jarak lebih kurang 20 kaki selama 20 saat

– Make sure jarak penglihatan anak serta pencahayaan cukup

#Kaedah Alternatif

1) Ortokeratologi– penggunaan kanta lekap keras untuk ratakan bentuk kornea semasa tidur. Tapi ia perlukan penjagaan yang teliti terutama dari segi kebersihan.

2) Pembedahan refraktif Lasik – Ini adalah prosedur surgikal yang ubah bentuk kornea bagi memperbaiki myopia. Ia hanya dilakukan kepada orang dewasa selepas keadaan myopia stabil.

3) Kanta progresif kanak-kanak – boleh kurangkan perkembangan myopia tapi kesannya kecil dan tak konsisten

4) Ubat titis farmakeutikal – penggunaan ubat titis Atropine dan Perenzipine mampu bantu kurangkan perkembangan myopia.

Kesimpulannya, mama dan papa seharusnya tak ambil remeh tentang isu ini sebab isu rabun di kalangan kanak-kanak ni semakin melarat di serata dunia. Mama danpapa kena selalu pantau penggunaan gajet anak-anak supaya dapat mengelakkan isu rabun ni. Anak-anak sihat, mama papa pun happy!