KelabMama

Awas Mama Papa! Madu Punca Bayi 3 Bulan Lumpuh

madu punca bayi lumpuh

Terkejut Mama Siti bila baca berita hari ni, ada bayi baru berusia 3 bulan lumpuh disebabkan madu.

Mama Siti tahu madu ni memang baik untuk kesihatan tetapi Mama Papa pun kena tahu jugak madu ni sesuai untuk orang dewasa je atau bayi umur satu tahun ke atas. Lebih teruk lagi bila madu ini boleh membawa maut tau Mama Papa.

Kenapa Tidak Boleh Beri Madu kepada Bayi?

Kredit Gambar: ScienceDirect.com

Dr. Qarafi Tee kongsikan kes bayi lumpuh disebabkan madu. Kes ni berlaku apabila bayi berumur tiga bulan disahkan bayi tersebut hypotania (seluruh badan menjadi lemah). Ia telah menimbulkan satu pertanyaan kerana bayi pada usia ini masih menyusu badan sahaja.

Selepas dua minggu berada di hospital, keadaannya masih sama. Malah, menjadi bertambah teruk. Hasil uji kaji yang dilakukan jugak tak berhasil detect apakah jangkitan kuman atau punca yang menyebabkan bayi tersebut hypotania sehingga terpaksa dimasukkan ke NICU.

Akhirnya doktor mengambil sampel najis bayi dan terungkaplah penyebab keadaan bayi tersebut. Bayi tersebut menjadi hypotania disebabkan madu yang diberikan oleh Mama Papanya.

Madu mengandungi sejenis klostridium botulinum iaitu nama bakteria yang menyebabkan keadaan bayi menjadi sangat teruk dan bakteria ini mengeluarkan toksik yang boleh menyebabkan otot bayi paralisis (tak boleh bergerak dan lemah).

Berdasarkan kajian American Academy of Pediatrics (AAP), dalam madu ada mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh membesar dan mengeluarkan toksin dalam usus bayi, menyebabkan botulisme bayi. AAP jugak ada menasihati untuk tak masukkan madu dalam makanan, minuman serta susu formula bayi.

Sistem pencernaan bayi masih lagi lemah tak sama macam orang dewasa. Sebab tu tak boleh untuk beri madu kepada mereka. Keracunan ni boleh menyebabkan bakteria terkumpul dan berkembang dalam ususnya.

Selepas diberikan rawatan yang betul, keadaan bayi tersebut kembali sihat seperti sedia kala. Dr. Qarafi Tee jugak berpesan untuk Mama Papa lebih alert dan jangan percaya bulat-bulat dengan petua supaya anak Mama Papa tidak menjadi mangsa yang seterusnya.

Kesan Bakteria kepada Bayi

  1. Bayi akan kelesuan.
  2. Keletihan.
  3. Tangisan bayi sangat lemah.
  4. Tiada selera makan.

Cara untuk Mama Papa Mencegah Beri Madu kepada Bayi

Dr. Samhan pun ada kongsikan dalam akaun Twitter, cara untuk mencegah berikan madu kepada bayi:

  1. Hati-hati ketika makan di luar dengan bayi, Mama Papa pastikan dalam sajian yang Mama Papa order tak ada madu dalam makanan tersebut.
  2. Sekiranya ada mengambil rawatan alternatif, make sure tak ada unsur madu.
  3. Mama Papa hati-hati dengan makanan yang diproses bersumberkan madu kerana bakteria ni tak akan musnah walaupun dah diproses.

Dr. Samhan ada beritahu untuk boleh Mama Papa nak berikan madu kepada baby tapi TIDAK kepada bayi yang berumur kurang dari setahun. Kalau bayi Mama Papa termakan madu segera bawak bayi ke hospital untuk dapatkan rawatan kecemasan dengan segera.

Mama Siti faham madu ni makanan sunnah dan jugak salah satu petua orang dulu-dulu, tapi Mama Papa pun kena fikir jugak sesuai atau tidak sesuatu makanan sebelum diberi kepada bayi supaya Mama Papa tak menyesal di kemudian hari.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Macam mana nak handle sawan demam baby baru lahir? Klik di SINI.