KelabMama

MABUK HAMIL DI AWAL HAMIL MELETIHKAN SI IBU

Kira-kira lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk dan separuh daripada mereka muntah-muntah. Mabuk hamil ialah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari. Kebanyakan pesakit akan mengalaminya sepanjang hari sampai ke malam. Wanita yang mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang memahami apa yang mereka sedang lalui.

Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan. Mabuk hamil yang paling teruk dipanggil hyperemesis gravidarum (bermaksud muntah berlebihan semasa hamil). Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka anda mungkin menghidap hiperemesis. Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hiperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera.

Mabuk hamil biasanya bermula sekitar lima atau enam minggu kehamilan dan berkurangan bagi kebanyakan wanita apabila menjelang 14 minggu. Sesetengah wanita berterusan sehingga 16 minggu, manakala yang lain mengalami pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah sepanjang sembilan bulan sehingga kelahiran. Keadaan ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telah mendapatkan bantuan daripada awal. Jika anda mengalami kesakitan, demam dan sakit kepala, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor sebab anda mungkin menghidap penyakit lain.

 

MENJEJASKAN BAYI

 

DAPATKAN BANTUAN DAN SOKONGAN

 

PEMAKANAN PALING PENTING

 

 

 

 

 

 

Sumber: Utusan