KelabMama

Awas Mama! Penyakit Bawaan Lipas dan Cara Menghapuskannya Dengan Paling Berkesan

cara halau lipas

Sebelum Mama nak tahu cara-cara hapuskan lipas, mari ketahui dahulu kenapa serangga perosak ni sebenarnya sangat bahaya kepada manusia. 

Lipas memiliki protein atau allergen yang di bahagian badan, najis dan air liur. Allergen mengakibatkan seseorang mengalami alergi. Lebih membimbangkan jika ada gejala yang lebih berbahaya dan berpenyakit. 

Jadi, kita harus membunuh lipas sebelum ia memudaratkan kesihatan kita. Oh ya, selain di rumah, serangga perosak ini juga boleh membiak dalam kereta tau. 

Tabiat makan dan membiarkan sisa makanan dalam kereta berkemungkinan menyumbang kepada habitat lipas. 

Penyakit Bawaan Lipas

Kredit gambar: Aiken Pest Control

#1 Cholera

Lipas sebagai perumah bagi bakteria Vibrio cholerae menyebarkan penyakit ini dengan mencemari permukaan dan makanan. Rekod sains menunjukkan bakteria ini masih hidup dalam najis manusia 10 hari selepas dijangkiti.

#2 Kusta

Agen utama pembawaan penyakit kusta ialah najis lipas. Ia menyababkan kerosakkan pada kulit, saraf, mata dan kecacatan.

#3 Salmonellosis

Mempunyai gejala yang serupa dengan keracunan makanan. Contohnya, cirit-birit, deman dan muntah. Lipas menyebarkan penyakit salmonellosis melalui bakteria Salmonella [sp.]

#4 Demam Kepialu (Typhoid Fever)

Selalunya berlaku di negara membangun dengan sistem sanitasi dan akses air bersih yang terhad. Setakat ini, penyakit demam kepialu telah menjangkiti hampir 21.5 juta orang setiap tahun.

#5 Asma

Berpunca dari zarah halus yang terdapat pada lipas yang tersebar diudara. Orang yang menyedut udara yang tercemar oleh zarah lipas itu mencetuskan sistem pernafasan manusia.

#6 Wabak

Antara gejala wabak penyakit bawaan lipas ialah:

Lipas, Nyah Kau! Cara Hapuskan dan Halau Serangga Perosak Ini

Kredit gambar: CBS News

Baiklah, mari Mama Siti kongsikan sembilan cara paling berkesan halau dan bunuh serangga perosak ini. Nak guna cara semula jadi boleh, nak guna bahan kimia pun boleh. Ha, nak DIY racun serangga pun ada tau! 

#1 Ubat Gegat

Kredit gambar: BC Pest Control

Sebab-sebab serangga perosak ini tidak menyukai ubat gegat adalah kerana baunya. Ubat gegat atau istilah saintifiknya naftalena (C10H8) mengeluarkan bau yang cukup kuat bagi seekor lipas iaitu sebanyak 0.08 ppm mass.

Namun begitu, jangan lupa kalau lipas ada sepasang sayap yang membolehkannya terbang. Jadi, Mama kena bijak susun strategi macam mana nak bunuh serangga perosak ini dengan menggunakan ubat gegat. 

Contohnya, letakkan ubat gegat di kawasan yang tertutup seperti dalam almari dan kabinet dapur. Cara ini juga mungkin boleh diaplikasikan di boot kereta.

Perhatian: Kawal tempat Mama meletakkan ubat gegat dari capaian bayi dan kanak-kanak. 

#2 Baik Pulih Kebocoran Air

Kredit gambar: Prevention.com

Paling penting dan utama. Serangga perosak ini ada ‘superpower’ bertahan hidup tanpa makanan dan hanya minum air selama satu bulan. 

Oleh itu, membaiki paip yang bocor ialah langkah yang sangat diperlukan untuk menghalangnya membina habitat mereka di rumah kita. 

#3 Baking Soda + Gula

Alternatif seterusnya memerlukan Mama menyediakan dua bahan iaitu baking soda dan gula. Cara penyediaannya mudah sahaja ialah mencampurkan kedua-dua bahan tersebut dengan ratio 1:1.

Sediakan bekas, kemudian letakkan satu sudu baking soda kemudian tambahkan satu sudu gula. 

Gula berperanan sebagai umpan manakala baking soda bertindak sebagai alat membunuh serangga perosak ini.  

#4 Serai, Pandan dan Lemon

Hiriskan serai dan lemon kemudian letakkan di kawasan tumpuan lipas. Bagi daun pandan pula, boleh dipotong kecil atau ikat dan letak di ruangan kegemarannya. 

Apabila serai, pandan dan lemon sudah kering, segera gantikan dengan yang baru. Ulang langkah ini hingga serangga perosak ini tidak kelihatan lagi. 

#5 Spring Cleaning

Mungkin betul juga tu Mama. Mungkin kita perlu bersihkan rumah secara keseluruhan. Setiap ruang dalam rumah kita harus bersihkan, termasuklah bahagian luar rumah. 

Maklumlah serangga perosak ni sangat sukakan kawasan kotor seperti sisa makanan. Oleh itu, apa kata Mama mulakan dari bahagian dapur. 

Tujuannya supaya tidak menarik perhatian serangga perosak yang akan mencemarkan kebersihan di bahagian dapur. 

#6 Racun Serangga

Ada banyak jenama dan jenis racun serangga di pasaran sekarang. Setiap satu ada kelemahan dan kelebihannya masing-masing. 

Jenis semburan paling mudah digunakan. Caranya hanya semburkan pada lipas jika kelihatan kelibatnya di kawasan rumah. 

Manakala jenis serbuk pula bertahan untuk jangka masa panjang selagi serbuk halau lipas masih berada di tempat itu.

#7 Air Sabun

Kredit gambar: bughousepestcontrol.com

Cara ketujuh yang efektif membunuh lipas ialah dengan sabun dan air. Oh ya, botol semburan pun diperlukan. 

Caranya campurkan air sabun dan isi dalam botol semburan. Selepas itu, semburkan pada lipas. 

Air sabun melemaskan lipas melalui liang pernafasannya. Akhirnya lipas akan mati dalam beberapa minit. 

#8 Perangkap Lipas  

Mula-mula sekali campurkan minyak, marjerin dan susu pekat dan letakkan di dalam satu bekas. 

Kemudian, letakkan bekas di tempat tumpuan lipas dan biarkan semalaman. Keesokan harinya, ambil bekas tersebut dan buangkan lipas yang terperangkap. 

Susu pekat itu menarik perhatian atau dijadikan umpan manakala minyak dan marjerin bertujuan untuk menyukarkan pergerakkan lipas. 

Tekstur minyak yang licin menyebabkan mereka susah melepaskan diri dan akhirnya terperangkap dalam perangkap lipas. 

#9 Khidmat Profesional

Kredit gambar:Realview

Kalau rumah anda ada terlalu banyak lipas dan bilangannya sudah tidak terkawal, lebih baik dapatkan khidmat pembasmi serangga perosak. 

Mama Siti cadangkan untuk Mama dan Ayah dapatkan maklumat terlebih dahulu tentang sesebuah syarikat itu. Jika didapati pakej dan kaedah yang disediakan bersesuaian dengan rumah Mama, barulah boleh diteruskan. 

Mama Siti cuma risau kalau-kalau perkhidmatan yang dijalankan tidak bertauliah dan menghalau lipas dengan semberono sahaja. Contohnya, tidak peka dengan bahan kimia yang digunakan. 

Kesimpulannya, 

Lipas berbahaya bukan sebab badannya sahaja. Air liur dan najisnya pun mengganggu kesihatan manusia. 

Nasib baik ada sembilan cara halau dan hapuskan lipas dari rumah, pejabat dan kereta kita. Mama Siti paling suka cara hirisan serai, lemon dan pandan. Baunya pun wangi kan. 

Kalau Mama nampak ada lipas, cepat-cepat buat sembilan langkah bunuh serangga perosak yang Mama Siti kongsikan ni ya. Jangan lambat-lambat, nanti lagi banyak lipas membiak.  Jom baca cara-cara untuk halau lipan pula!


Ikuti tips dan panduan yang memudahkan kehidupan kita yang lain DI SINI.