KelabMama

Lindungi Si Manja dari Denggi Dengan 5 Langkah Berkesan Ini!

Denggi dan si manja- apa yang perlu mama lakukan?

Jauhi si manja dari nyamuk aedes.

Tengah jerebu ni Mama Siti risau pula dengan wabak demam denggi. Yalah, musim jerebu ni mama mesti hadkan aktiviti luar kan? Even kat luar rumah sekali pun, nak keluar mesti fikir dua kali.

Kes denggi pula saban tahun meningkat, walaupun dah banyak inisiatif diambil oleh pihak berkaitan. Tapi kita sebagai mama tak boleh putus asa. Kalau kerajaan lepaskan nyamuk berWolbachia untuk halang penyebaran virus denggi, apa langkah yang mama boleh ambil untuk elak anak mama dari hidap demam denggi ni?

Pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan untuk membasmi wabak denggi namun hasilnya masih mengecewakan.

Langkah pencegahan buat mama dan si manja:

1. Hapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk

Pastikan rumah mama serta kawasan sekitar bebas daripada air bertakung. Contohnya pasu bunga kosong, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan sebagainya, BERSIHKAN!

Pesan Mama Siti, kalau mama susah nak buang air yang bertakung dekat tempat atau bekas tersebut, mama beli serbuk jentik-jentik kat kedai dan tabur saja. At least, anak-anak nyamuk dalam bekas tu mati and itu yang kita nak.

Hapuskan air yang bertakung untuk elak nyamuk aedes membiak.

2. Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang, terutamanya apabila si manja ke taman atau taman permainan.

Tips ini bukan untuk anak-anak je tau. Mama pun sama. Bila keluar rumah, pastikan mama dan si manja pakai baju lengan panjang dan seluar panjang yang longgar dan tak nipis. Takdelah nanti mama dengan si manja digigit nyamuk kalau baju or seluar tu nipis sangat.

3. Pakaian berwarna cerah VS pakaian berwarna gelap.

Buat pengetahuan mama, nyamuk suka sangat dengan suhu badan yang panas. Jadi, kalau mama bawa si manja keluar ke atau duduk di rumah sekalipun, cuba elak pakai baju yang warna gelap-gelap ni. Mama Siti sarankan pakai baju yang warnanya ala-ala pastel contohnya, baby pink, baby blue, putih dan sebagainya.

Pakaian berwarna cerah dapat mengelakkan si manja digigit nyamuk.

4. Pasang kelambu pada tingkap.

Untuk mencegah denggi, cara ni sangat berkesan. Tapi, bila pasang kelambu tu pastikan kain kelambu tu jauh dari kulit si manja. Kain kelambu ni nipis jadi kalau boleh, letak anak-anak di tengah-tengah tilam supaya tak digigit nyamuk.

5. Gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau penghalau nyamuk jenis herba.

Mama mesti tak suka bila orang pakai perfume, dia sembur habis satu badan sampai sekilometer boleh bau kan? Nyamuk pun macam tu. Krim yang diperbuat daripada minyak tea tree, lemon, bawang putih atau herba seperti kulit kayu manis dan cengkih dapat mengelakkan anak kesayangan mama daripada digigit nyamuk.

Sumber: babycenter

BACA JUGA DOKTOR INI KONGSI KISAH IBU HAMIL DEGIL DAPATKAN RAWATAN UNTUK DENGGI YANG KRITIKAL

Pesan Mama Siti:

Nyamuk dan serangga biasa masuk rumah pada waktu fajar dan senja. Jadi, pastikan mama tutup semua tingkap dan pintu sebelum waktu tersebut okay?