KelabMama

Mama, Lindungi Si Kecil Anda Daripada Gigitan Nyamuk Dalam Apa Sahaja Keadaan Sekalipun!

Mama Siti ingat lagi bagaimana ketika saya masih kecil, saya sangat mudah mendapat gigitan nyamuk di mana-mana anggota badan saya, terutamanya ketika berada di luar bersama ibu bapa.

Ada masanya saya sendiri tidak perasan kewujudan nyamuk tersebut dan tiba-tiba sahaja tangan saya akan berasa gatal. Yang paling teruk adalah gigitan tersebut boleh membesar daripada normal dan ada juga sehingga meninggalkan parut. Haa, dah asyik sangat menggaru, tetiba je dah meninggalkan kesan dan parut.

Sekarang, sebagai seorang ibu, saya sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi anak kesayangan daripada terkena gigit nyamuk. Seboleh-bolehnya taknak anak kena gigit dengan segala jenis serangga pun. Lagi-lagi kalau nyamuk tu nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan demam denggi. Ibu mana sahaja yang tidak risau bukan?

Sebagai ibu yang penyayang, beribu ikhtiar sudah dicari dan diguna pakai khas untuk melindungi anak-anak daripada gigitan nyamuk. Bukan untuk anak je, untuk diri sendiri dan suami juga. Tak salah bukan – sambil menyelam, minum air.

Sedang asyik mencari penyelesaian dan sambil ‘stalk’ ibu-ibu di media sosial, Mama Siti terpikat dengan satu rekomendasi oleh mereka iaitu produk penghalau nyamuk dari jenama ‘balm’ yang menjadi kegemaran klasik: Tiger Balm.

Eh, sejak bila Tiger Balm ada produk penghalau nyamuk?

Bukan satu, dan bukan dua, TAPI TIGA produk Tiger Balm yang sangat sesuai untuk seisi keluarga!

Tengok ibu-ibu di Instagram punya ‘review’ yang amat positif ni pun dah buat Mama Siti ingin terus mendapatkannya.

Mengapa Harus Pilih Tiger Balm?

Kalau nak tahu, Tiger Balm kini mempunyai varian khas yang dapat melindungi anak-anak dari nyamuk, iaitu Tiger Balm Mosquito Repellent Range.

Tiger balm ni memang ‘legend’ betul. Dah berketurunan keluarga Mama Siti pakai sejak zaman atuk nenek lagi. Dan sekarang, Mama Siti lah penyambung generasi untuk menggunakannya. 

Seperti yang Mama Siti katakan sebelum ini, ‘balm’ Tiger Balm klasik telah diketahui sebagai kegemaran semua orang sejak zaman nenek moyang kita lagi. Keluarga Mama Siri sudah menggunakannya semasa saya masih kecil dan sekarang, Mama Siti pun turut menggunakannya pada diri sendiri dan anak-anak.

And now that we have this mosquito repellent range by our side, it really does complete my ‘emergency kit’ for my children.

Sekarang dengan adanya produk Tiger Balm yang khas untuk menghalau nyamuk, akhirnya sempurna koleksi kit kesihatan dan kecemasan anak-anak Mama Siti.

Tiger Balm Repellent Range dihasilkan dalam 3 variasi – Tiger Balm Mosquito Repellent Patch, Tiger Balm Mosquito Repellent Aerosol, dan Tiger Balm Mosquito Repellent Spray.

Tiger Balm Mosquito Repellent Patch

Produk Tiger Balm terbaru yang menjadi kegemaran Mama!

Patch ini membantu melindungi anak-anak anda daripada gigitan nyamuk, di mana sahaja anda berada – sama ada di dalam rumah mahupun di luar.

Formulasi unik yang digunakan sangat berkesan dalam menghalang nyamuk.

Patch ini dihasilkan dengan menggunakan formulasi penghalau nyamuk semula jadi dengan 10 ‘sealed patch’ dalam satu kotak yang membuatkan ia juga sangat ‘travel friendly’.

Apabila berada di kawasan yang mempunyai banyak nyamuk, Mama Siti akan pastikan untuk melekatkan patch ini dekat anak-anak, terutamanya apabila semasa melakukan aktiviti di luar rumah.

Mama hanya lekatkan patch tersebut pada baju dan juga boleh dilekatkan di katil anak-anak.

Tiger Balm Mosquito Repellent Aerosol

Produk ini pula sangat sesuai digunakan apabila melakukan aktiviti di luar rumah! Bahan-bahan berasaskan tumbuhan yang digunakan dalam aerosol ini adalah selamat dan sangat berkesan dalam menghalau nyamuk.

Isipadu botol penyembur ni adalah 120ml dan dengan sekali semburan sahaja akan memberikan semburan yang rata.

Mama Siti suka sangat menggunakan Tiger Balm Mosquito Repellent Aerosol ini kerana ia boleh digunakan di mana-mana sahaja. Nak ‘spray’ dekat badan ke, baju ke, atau ‘stroller’ bayi pun boleh.

Keberkesanan produk ni dapat bertahan berjam-jam lamanya. Jadi, Mama tidak perlu risau pasal kewujudan nyamuk-nyamuk yang ‘annoying’ tu lagi.

Tiger Balm Mosquito Repellent Spray

Produk ni tidak melekit dan menggunakan adunan yang unik daripada formula Tiger Balm dan mempunyai minyak citronella yang melindungi kita daripada nyamuk. Ia datang dalam botol spray yang berisi padu 60ml dan sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Bebas-DEET

Yang paling best sekali pasal ketiga-tiga produk Tiger Balm Mosquito Repellent ini adalah kesemuanya bebas daripada ‘DEET’! DEET adalah bahan aktif yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit kita dan anak-anak kecil.

Sebab inilah Mama Siti sentiasa memilih produk yang memang berasaskan bahan semula jadi supaya rasa lebih selamat, lagi-lagi yang akan digunakan pada anak-anak.

Sebab-sebab lain mengapa Mama harus menggunakannya:

Sudah tentu semua orang tahu akan risiko gigitan nyamuk. Lagi-lagi jika gigitan itu adalah gigitan nyamuk Aedes. 

Nyamuk Aedes ni ada di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Aedes boleh menyebabkan demam denggi, demam panas, sakit kepala yang teruk, dan juga sakit otot dan sendi. 

Kalau Mama ingin keluar bersenam atau beriadah bersama anak-anak, Mama Siti cadangkan supaya Mama lekatkan satu atau dua Tiger Balm Mosquito Patch pada baju mereka.

Untuk perlindungan tambahan, jangan lupa untuk semburkan Tiger Balm Mosquito Repellent Aerosol sebelum anda keluar rumah!

Mama Siti dah bebel banyak mengenai kebaikan produk Tiger Balm Mosquito Repellent dengan Mama semua. Mama mesti tak sabar untuk mendapatkannya untuk melindungi anak-anak bukan?

Mama boleh layari laman rasmi Facebook dan Instagram Tiger Balm untuk mendapatkan lebih banyak info dan promosi menarik tentang produk mereka. Jom dapatkan sekarang!

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.