KelabMama

Lindungi Anak Dari COVID-19, Ini Tipsnya!

Lindungi anak kita dari wabak yang membahayakan ni. Sekarang kita dah masuk fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), boleh dikatakan 90% rakyat Malaysia mengikuti arahan yang diberikan dan kawalan dari pihak berkuasa makin ketat. Buat yang masih berdegil, tolonglah ikut arahan ini ye. Kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk membendung wabak ini dari menjadi semakin serius. Kesiankanlah, petugas kesihatan yang bersusah-payah di hospital. Sekiranya, barisan Frontliners lumpuh, amat sukar bagi kita untuk membendung wabak ini.

Bagi yang dah berkeluarga, jangan dilupakan anak yang masih kecil ya. Mereka ni perlu sentiasa dilindungi terutamanya dalam keadaan sekarang ni. Sebagai mama dan papa, kita mestilah sentiasa lindungi anak agar dijauhi dari penyakit ni. Berikut merupakan tips yang diberi oleh Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Universiti Malaya tentang cara untuk melindungi anak-anak dari COVID-19.

Tips Lindungi Anak Dari COVID-19

WHO menyarankan agar semua melakukan social distancing kerana dengan mengamalkan social distancing dapat mengekang tularnya wabak ini. Selain itu, kanak-kanak merupakan insan yang mudah dijangkiti kerana tubuh badan mereka yang kecil dan sistem imuniti mereka yang belum cukup kuat untuk melawan kuman-kuman jahat.

Kejayaan pendekatan social distance ini bergantung kepada masyarakat juga. Contohnya, Korea Selatan berjaya mengawal wabak COVID-19 ini dari terus menjadi serius kerana melakukan social distancing. Mereka tak perlu LOCKDOWN atau PKP seperti China dan Malaysia. Mereka hanya mendengar apa yang disarankan oleh kerajaan dan akhirnya wabak itu berjaya dikawal sepenuhnya.

Sumber:Jabatan Perubatan , Kemasyarakatan ,Dan Pencegahan , Fakulti Perubatan , Universiti Malaya

Langkah-langkah pencegahan :

1. Pastikan anak-anak semua cuci tangan dengan kerap selama 20 saat dan bila keluar, pakai hand sanitizer dan face mask.

2. Bila bersin atau batuk, pastikan ikut etika yang betul supaya titisan-titisan ini tak merebak kepada orang lain.

3. Pastikan anak-anak diberi makanan yang seimbang setiap masa.

4. Elakkan dari berada dekat dengan orang yang sakit seperti ke hospital atau tempat berkumpulnya orang ramai kerana kanak-kanak mempunyai sistem imuniti badan yang lemah.

5. Ajari anak agar tak menyentuh muka selepas anak-anak menyentuh benda kotor.

6. Dalam keadaan sekarang, ajari anak supaya elakkan dari bersalaman dengan orang lain.

Oleh itu, ini merupakan tanggungjawab kita bersama untuk memastikan agar anak-anak dilindungi daripada penyakit berbahaya. Ini kerana virus ini akan menyerang sesiapa pun tanpa mengira usia, bangsa dan agama.

Semoga Bermanfaat!

Sumber : Public Health Malaysia

BACA JUGA Risaunya Bila Anak Selesema! Gangguan Nafas Si Comel Pasti Meresahkan Ibu Bapa

Pesan Mama Siti :

Mama dan papa sekalian , walaupun tips ini untuk anak-anak . Kita sebagai ibu bapa juga mestilah amalkan benda ni , ini kerana anak-anak mengikuti apa yang dilakukan oleh kita. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan lupa, kerapkan basuh tangan ye .Bersama-sama , kita mengekang wabak ini . Ingat, just stay at home.