KelabMama

Letak Minyak Dalam Makanan Bayi? Ini Panduan Berguna Dari Pakar Nutrisi

Pasti ramai mama yang tertanya-tanya tentang keperluan letak minyak dalam makanan bayi kan? Yelah ada yang kata perlu, ada yang kata tak perlu. Ini penjelasan dari pakar nutrisi, Dietitian Fizah Sobri tentang penggunaan minyak dalam makanan bayi. Semoga ia membantu!

APA GUNA TAMBAH MINYAK DALAM MAKANAN BAYI?

Banyak kali juga saya berdepan dengan soalan 
Perlu ke saya tambah minyak dalam bubur anak?
Minyak apa yang sesuai?
Tak boleh minyak kelapa sawit kan? Olive oil je kan?tu pun extra virgin..tapi kalau tak mampu macam mana?
Kalau tak letak takpe ke?
Cukup zat tak anak?
.
Mommies mommies semua
Fahami dulu konsep MENGAPA minyak dicadangkan untuk tambah dalam masakan
.
Apakah fungsi minyak?
Sebagai sumber lemak yang memberi kalori kepada yang memerlukan
1 sudu kecil minyak memberi 45kcal berbanding dengan 1 sudu kecil simple karbohidrat iaitu 20 kcal
.
Siapakah yang memerlukan lemak/minyak tersebut?
SEMUA ORANG termasuk bayi memerlukan lemak tetapi yang penting adalah KUANTITI.
Jika lebih lebih badan senang gemuk sebab kalori nya yang extra.

Bagi baby RUJUK BUKU PINK/BIRU baby

 6- 8 BULAN
1 sudu kecil sahaja atau bersamaan dengan beberapa titis dalam makanan 2-3x sehari

9 – 11 BULAN
1 1/2 sudu kecil sahaja. Jika ibu sudah masukkan sumber lemak dari sumber lain seperti minyak semasa menumis, margarin atau butter dalam resipi TIDAK PERLU tambah sumber lemak yang lain.
Jika tiada cukup sekara beberapa titis sahaja. Yang jadi berlebihan tumis pun ye, tambah lagi titisan minyak pun ye.

Atas 1 tahun 
Sudah cukup melalui makanan yang disediakan tak perlu tambah lagi sumber minyak sebab sudah mencukupi dari masakan dan lauk
.
.

Jika nak bantu pertambahan berat baby yang kurang berat pula perlu pertambahan kalori….
Secara ASASNYA (saya kata asas sebab banyak lagi aspect yang perlu dilihat secara mendalam)
Pertambahan kalori = pertambahan berat badan
Maka pertambahan minyak = tambah kalori = tambah berat badan
SALAH SATU cara untuk tambah berat adalag melalui pertambahan lemak, tapi tak semestinya minyak. Boleh tambah dalam bentuk butter,marjarin,santan,susu, keju dan macam macam lagi.
Jangan mommies ingat asik kena tambah minyak.
.
.
Walaupun membantu tapi MOMMIES PERLU INGAT…
Tugas mommies adalah memastikan MAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG
(Tiada gula,garam,perasa tambahan dan mengandungi gabungan karbohidrat,protein dan serat dalam setiap hidangan utama)
.
.
Bagaimana pulak dengan jenis lemak yang nak diguna?
Apakah minyak yang sesuai?

Semua jenis minyak sayuran adalah sesuai. Minyak kelapa sawit
Minyak sunflower
Minyak jagung
Minyak zaiton

….dari segi KALORI semua memberi nilai yang SAMA.
.
.
.
MAKA

JIKA PERLU TAMBAH KALORI boleh tambah dalam pelbagai bentuk lemak dalam menu bayi (kes baby kurang berat)

JIKA TAK PERLU (berat bayi cantik,pertumbuhan konsisten) jangan tambah lebih dari yang diperlukan

JIKA PERLU minyak mana mana boleh, ada budget lebih boleh beli EVOO takde minyak sawit juga boleh

TAKNAK MINYAK
sumber lemak lain juga ada seperti butter dan santan juga boleh tapi jangan lebih lebih ye..
.
Apa yang penting? SIHAT SEIMBANG dan anak mommies juga enjoy makan

Harap membantu

Sekian 
Dietitian Fizah Sobri

Sumber : Dietitian Fizah Sobri

BACA JUGA CARA EFEKTIF UNTUK DIDIK SI MANJA MAKAN SAYUR

Pesan Mama Siti

Semoga penjelasan dari pakar nutrisi ni membantu mama yang buntu nak letak minyak dalam makanan anak atau tak. Apa-apa pun kena ikut sukatan yang dibenarkan supaya tak memudaratkan.