KelabMama

Ada Lesung Pipit Comel Tapi Ia Juga Satu Kecacatan

lesung pipit gadis manis

Mama Siti paling suka tengok orang yang ada lesung pipit ni. Bila dia senyum alahai comel betul! Tapi tahukah mama yang sebenarnya ia adalah kecacatan genetik. Satu-satunya kecacatan yang sangat disukai dan boleh diterima ramai.

Kenapa tak semua orang ada? Macam mana ia boleh terjadi? Apa istimewanya lesung pipit ni?

Bagaimana Lesung Pipit Terbentuk?

Kalau mama nak tahu ia terjadi disebabkan oleh otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia menyebabkan otot wajah lebih pendek daripada biasa.

Sumber: Stock.Adobe

Selalunya ia akan terlihat pada kedua-dua belah pipi, tetapi ada juga yang mempunyainya hanya pada sebelah bahagian pipi je. Jom kita ikuti beberapa fakta dan kelebihan mereka yang ada ‘kecatatan’ ni! 

Jenis-jenis Lesung Pipit yang Mama Biasa Lihat.

Sumber: Babab.net

Lesung dagu pula berlaku apabila kedua-dua belah rahang bawah tidak sepenuhnya bersatu ketika perkembangan janin.

Sumber: Twitter

Kelebihan Lesung Pipit yang Patut Mama Tahu!

Laporan statistik oleh The Daily Health Gen mendapati, hanya 20% daripada manusia di dunia ini yang memilikinya. Ia sebenarnya adalah satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui ramai.

Jadi, mama bukan je salah satu daripada mereka yang amat bertuah, tetapi juga sangat unik di kalangan orang ramai tau.

Tak kiralah macam mana rupa atau ‘mood’ mama semasa memandang kamera, wajah mama tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa.

Ini sudah cukup kelihatan asli dan berhasil ‘mengaburi’ mereka yang memandang mama.

Menurut kajian dari American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa ia adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang. 

Kalau mama perasan orang yang mempunyainya nampak ‘baby face’.  Saintis sendiri mengakui bahawa kelebihan ini menjadikan seseorang itu nampak lebih muda walaupun semakin berusia.

Hal ini kerana, ia amat sinonim dengan bayi atau anak kecil. Kebiasaannya, bayi atau anak kecil yang banyak memperoleh lesung pipit.   

Bila mama tersenyum, orang sekeliling turut terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan oleh mama tau. Malah, orang yang melihat mama akan rasa seperti ‘ditusuk’ terus hingga ke jantung dengan melihat senyuman yang menawan itu. Sampai macam tu sekali ye penangan lesung pipit ni, cair habis dibuatnya.

Walaupun kebanyakan daripada selebriti memilikinya secara semulajadi, ada juga yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lesung pipit.

Bagi yang belum tahu, mesin untuk mencipta lesung pipit ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1936. Ada ramai orang di luar sana sangat menginginkannya supaya nampak lebih comel dan menarik di mata orang ramai.

Walaupun ia diwarisi oleh genetik, tapi mama tak semestinya akan memilikinya untuk seumur hidup. Ramai yang tak tahu bahawa ia masih boleh memudar dan seterusnya menghilang bergantung kepada otot wajah mama.

Selain dikaitkan dengan pertambahan berat badan, proses penuaan juga adalah antara faktor yang menjadikannya semakin kurang kelihatan.

Potensi Anak Mama Akan Mewarisinya

Tapi ada juga individu yang memilikinya walaupun mama papa mereka tak memilikinya. Ia terjadi disebabkan oleh faktor ‘Gen Skip‘ generasi. Ini kerana banyak gen yang tak diwarisi dari sesuatu generasi ke generasi yang lain.

Sebaliknya, ia berlaku secara berselang-seli. Jika keadaan ini terjadi, bermakna keturunan mama dulu ada memiliki lesung pipit.

3 Cara Mendapatkan Lesung Pipit Buatan(Palsu)

#1 Penutup Botol

Anda dapat menggunakan tutup botol yang dibuat daripada logam atau plastik. Anda harus memastikan bahwa tutup botol tersebut betul-betul bersih dari kuman terlebih dahulu.

Bukalah secara lebar mulut Anda dan masukkan tutup botol ke dalam, ganjalkan tutup botol di antara pipi dan gigi Anda.Tekan pipi Anda dari luar ke dalam secara bersamaan.

Teknik ini adalah untuk sementara sahaja dimana anda boleh cuba untuk bergambar.

#2 Gunakan Eyeshadow & Eyeliner

Pilih bahagian yang sesuai dan yang mama ingin untuk mengenakan lesung pipit dimuka mama.

Ambil eye shadow dan lukiskan koma kecil pada bahagian yang mama inginkan. Lukisan pertama biarlah nipis, ini akan lebih mudah untuk menebalkan daripada menipiskan pada lesung pipi nantinya.

Ratakan kosmetik ke kulit mama untuk kelihatan lebih serlah. Mulakan dengan makeup ringan, aplikasikan beberapa kali, berlanjut mengikut tanda lengkungan.

Pudarkan tepi setelah mama selesai meratakannya dengan berus ‘makeup’. Ratakan semula dengan berus ‘makeup’ yang lebih besar.

Mama boleh terus lihat hasilnya dengan memberikan sedikit senyuman.

#3 Lakukan tindik atau pembedahan

Jika Mama inginkan lesung pipit untuk jangka masa yang panjang tindikan pipi lah jawabnya.

Tapi ingat! Ianya amatlah berisiko dan juga memerlukan wang yang banyak.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Twitter)

BACA JUGA BETUL KE MINUM AIR PUTIH SAHAJA BOLEH KURUS & CANTIK?

Pesan Mama Siti!

Ha..beruntunglah bagi mama yang ada lesung pipit ni sebab tak semua orang ada kecacatan yang cantik macam ni tau. Siapa yang tak ada lesung pipit tapi teringin nak anak yang ada lesung pipit, banyak-banyaklah tengok gambar baby yang ada lesung pipit. Manalah tahu kenan nanti hehe.

Sumber : Bukan Aku, MingguanWanita

  1. Lesung pipit dalam bahasa inggeris.

    Dimple

  2. Jenis-jenis lesung pipit.

    -Lesung pipit panjang di kedua-dua belah pipi.
    -Lesung pipit sebelah pipi.
    -Lesung pipit di dagu.
    -Lesung pipit dibawah mulut.
    -Lesung pipit di atas punggung.

  3. Adakah lesung pipit dikategorikan sebagai kecacatan?

    Lesung pipit terbentuk daripada kecacatan pada otot zygomaticus di bahagian pipi, iaitu ia pendek dari normal. Jadi, apabila tersenyum akan berlaku ‘lekuk’ di bahagian berkenaan.

  4. 3 fakta menarik mengenai individu berlesung pipit.

    – Hanya 20% penduduk bumi yang memiliki lesung pipit secara semula jadi.
    -Lesung pipit akan mengekalkan anda kelihatan muda.
    -Ia akan mula pudar dan hilang apabila usia meningkat tua.