KelabMama

Larangan Bawa Anak Ke “Mall” Kalau Masih Degil

PKPB

Larangan bawa anak ke ‘mall’? Ye lah, walaupun kita dah diberikan kelonggaran dalam tempoh PKP ni tapi tak bermakna kita boleh bawa anak keluar sesuka hati terutamanya ke ‘mall’ atau pasaraya. Mama Siti nampak ada juga yang ambil kesempatan ni bawa anak berjalan-jalan ke pasaraya. Sedangkan kita tahu keadaan masih belum clear sepenuhnya. Dengarnya larangan bawa anak ke pasaraya akan dipertimbangkan oleh kerajaan kalau masih ada mama papa yang berdegil untuk bawa anak, kata Datuk Ismail Sabri.

Sebenarnya ada sebab kenapa anak-anak tak dibenarkan masuk atau ikut sekali. Kalau difikirkan secara logiknya, mereka kan masih kecil, sistem imunisasi badan mereka pun tak sekuat kita, sebab itu kerajaan melarang ibu bapa bawa anak ke pasaraya. Bahaya. Dah tentu kita tak nak kes Covid-19 ni meningkat lagi dan lagi.

Larangan Kebenaran Bawa Anak Mungkin Diwartakan

Semakin hari, semakin banyak berita positif yang kita terima dari pihak KKM. Alhamdulillah! Namun kita semua tetap kena patuh dengan SOP dan peraturan PKPB yang kerajaan telah tetapkan. Selagi tak betul-betul clear kes wabak ni selagi itulah kita kena ikut. Mama dan papa kena prihatin dengan kesihatan anak-anak bukan je untuk elak kes kluster baru tapi untuk kesenangan mama papa dan anak-anak juga. Walaupun kita tahu masih ada yang tak nak dengar kata.

Dipetik dari ucapan Datuk Ismail Sabri, beliau berkata setakat ini, tiada lagi larangan keras yang menyatakan anak-anak tak boleh ke pasaraya. Namun jika didapati terlalu ramai yang membawa anak ke pasaraya maka kerajaan tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta 342.

Patuh Arahan PKPB

Biarpun kerajaan memberikan kelonggaran kepada kita di bawah arahan PKPB, tapi kita mesti tetap patuh dengan setiap SOP yang telah ditetapkan kata Menteri Kanan Keselamatan.

“Pematuhan orang ramai adalah agak tinggi. Jadi saya kira walaupun tidak ada peraturan yang begitu ketat seperti yang pernah kita lakukan dalam PKP 1, 2 dan 3, tetapi orang ramai mulai sedar tentang peranan masing-masing.

“Ia termasuk untuk menjaga kepentingan diri masing-masing, kawalan kendiri telah mula dilaksanakan rakyat.

“Saya bagi pihak kerajaan ucap setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada rakyat kerana mampu untuk disiplinkan diri bagi menjaga keselamatan diri,” katanya.

PKPB yang bermula pada 4 Mei lalu akan dilanjutkan hingga 9 Mei 2020. Setakat ini, respon dan feedback rakyat Malaysia berada di tahap yang memuaskan dan positif. Semoga kita semua mampu membiasakan diri dengan normal baharu dan ikut arahan kerajaan dengan sewajarnya. Bukan untuk orang lain, untuk kita dan negara kita juga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Astro Awani

BACA LAGI CEGAH KLUSTER TASKA – INI LANGKAH WAJIB DIAMBIL SEPANJANG PKPB

Pesan Mama Siti

Ingat ye Mama Papa semua, jangan kita ingkar arahan PKPB ini. Sabar sikit lagi je. Usah kita abaikan kelonggaran yang telah diberikan ini. Kira okay lah kan dah ada kelonggaran sikit, Mama Papa pun dah boleh mula kerja kan. Semoga kita terus kuat hadapi perang ini, in shaa Allah kita akan menang tidak lama lagi! #KitaJagaKita