KelabMama

VIRAL Kanak-Kanak Jatuh Dari Kereta, Ini 5 Langkah Keselamatan Untuk Anak Mama

Alamak! Seorang kanak-kanak dilaporkan cedera selepas tercampak keluar dari kereta yang sedang bergerak ketika sedang membuat U- Turn di jalan raya.

Kredit gambar: goodymy.com

Katanya, ia berpunca daripada kecuaian pengasuh yang tidak mengunci pintu penumpang belakang hingga mengakibatkan kanak-kanak itu tercampak keluar.

Lebih malang, sejurus kanak-kanak tersebut jatuh, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta berwarna putih dan Ativa merah yang gagal untuk berhenti dan mengelak perlanggaran.

Beberapa pemandu segera bergegas ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan. Di sebalik peristiwa mengerikan itu, Alhamdulillah kanak-kanak yang dilanggar tersebut masih selamat kerana dilihat dia berjaya berdiri dan berlari ke arah seorang penunggang motosikal yang berada berhampiran.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas bertambah di kawasan itu, dan kenderaan yang membawa kanak-kanak itu dikatakan tidak ditemui. Sumber: goodymy.com

Inilah antara perkara yang berkemungkinan berlaku kalau Mama Papa cuai dengan keselamatan anak-anak ketika berada di dalam kereta!

Mama Siti nak kongsikan 5 tips keselamatan untuk anak Mama Papa dalam kereta, jadi baca betul-betul sampai habis tau!

5 Tips Keselamatan Kanak-Kanak di Dalam Kereta

1. Kerusi Kanak-Kanak

Penggunaan tempat duduk kereta yang betul mengurangkan risiko kecederaan, kemasukan ke hospital atau kematian lebih daripada 70% jika dibandingkan dengan tali pinggang keledar.

Sebagai Mama Papa, tugas utama kita ialah memastikan anak selamat dan sihat sepanjang masa. Membeli kerusi kereta kanak-kanak adalah salah satu daripada banyak keputusan penting yang Mama Papa mesti buat untuk memastikan keselamatan.

2. Child’s Lock

Kredit gambar: Go Girl

Bercakap tentang memastikan keselamatan anak-anak di dalam kenderaan, Child’s Lock memainkan peranan yang sangat penting.

Idea di sebalik kunci ini adalah untuk menghalang pintu daripada dibuka secara tidak sengaja semasa kereta bergerak. Mustahil untuk membuka pintu kereta dari dalam semasa Child’s lock diaktifkan.

Oleh itu, walaupun anak anda cuba menarik pemegang pintu dari dalam apabila mereka duduk di tempat duduk belakang dan kunci child’s lock diaktifkan, pintu tidak akan terbuka. Pintu hanya boleh dibuka dari luar.

Oleh itu, sebaik sahaja anda berhenti di kawasan selamat atau sampai ke destinasi anda, anda boleh membuka pintu untuk anak-anak sebelum membuka kunci.

Dengan fungsi Child’s Lock, perkara seperti yang tular dalam video diatas pasti dapat dielakkan.

3. Penggunaan Tali Pinggang Keledar

Jangan tergesa-gesa untuk mengeluarkan anak dari peninggi tempat duduk. Tali pinggang keledar dewasa biasanya tidak muat dengan baik sehingga antara umur 8 dan 12 tahun, bergantung pada saiz anak anda.

Macam mana nak tahu sama ada anak Mama Papa sudah bersedia untuk memakai tali pinggang keledar? Ini caranya:

4. Berhenti Sekejap

Kredit gambar: PlacesandFoods

Ini perkara yang biasanya diabaikan. Kanak-kanak tidak seperti orang dewasa. Cepat bosan dan akan mula meragam. Tambah-tambah pula kalau dalam perjalanan yang lama dan memakan masa.

Bila anak-anak meragam, mula la, Mama Papa stress dan pemanduan akan terganggu. Pelbagai perkara yang amat merbahaya boleh berlaku termasuk juga anak-anak bermain dengan peralatan keselamatan dalam kereta lalu boleh terjadi perkara yang tidak diingini.

Apabila kanak-kanak selesa dan gembira di dalam kereta, ia akan memudahkan pemanduan dengan selamat. Pastikan kereta berada dalam kondisi optimum, berehat dan uruskan kebosanan anak-anak.

5. Pemanduan Selamat

Kredit gambar: Deskalerts

Apa-apa pun pemanduan Mama Papa adalah faktor yang paling penting. Tidak kira apa pun tips yang digunakan, akan membahayakan keselamatan, malah boleh meragut nyawa Mama Papa dan anak-anak!

Sentiasa patuhi undang-undang jalan raya dan memandu dalam batas kelajuan yang bersesuaian dengan keadaan jalan.

Tabiat pemanduan yang buruk seperti memandu laju, memecut secara agresif, mengambil selekoh dalam keadaan merbahaya dan gangguan pemanduan boleh menjejaskan keselamatan pemandu DAN penumpang!

Dah tahu kan tips-tips keselamatan untuk anak-anak? Mama Papa perlu pastikan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan selamat. Jangan hanya fikir nak sampai sahaja! Perlu juga fikir kepada keseluruhan pemanduan, termasuk juga keadaan anak-anak.

Jangan la sampai anak-anak lapar, Mama Papa tak nak berhenti berehat. Nanti kalau anak-anak meragam, bukan sahaja mengganggu fokus, tetapi boleh juga merbahayakan nyawa keluarga!


Untuk pelbagai lagi tips keselamatan Mama Papa boleh lihat di SINI.