KelabMama

Kutu Beras Menyerang? Ikuti 9 Petua dan Cara Paling Berkesan Hilangkan Kutu Beras

cara hilangkan kutu beras

Kutu beras, bila ada dalam kuantiti yang banyak boleh buat kita merinding kan. Tegak semua bulu roma membayangkan kutu beras bergerak-gerak di tangan kita. 

Tetapi yang sebenarnya kewujudan kutu dalam beras melambatkan proses memasak kita. Sudahlah banyak kerja rumah dan kerja di pejabat yang perlu diselesaikan, ada pula masalah kutu beras. 

Nasib baiklah ada cara nak hilangkan dan mencegah kutu beras dari menjangkiti beras dalam bekas penyimpanan. Kalau betul caranya, kutu beras tak berani datang lagi. 

Mari, kita lihat cara halau kutu beras yang paling berkesan sekali. 

Petua dan Cara Hilangkan Kutu Beras

#1 Rice Protector Chili Pepper

Kredit gambar: Facebook 

Cara paling moden dan praktikal. Mama tak perlu susah-susah membeli cili kering di kedai semata-mata untuk menghilangkan kutu beras. Beli sahaja rice protector chili pepper di Daiso dan ataupun secara atas talian. 

Ramai yang memberikan komen positif setelah menggunakan cara ini. Mungkin dah sampai masa kita mencuba cara moden pula kan. 

#2 Bekas Vakum/Kedap

Kaedah seterusnya memerlukan peralatan moden untuk menjayakannya. Mama perlu ada vacuum sealer dan plastik khas untuk mencegah kutu beras. 

Perlu diingat kaedah ini bertujuan untuk menghalau kutu beras dari menjangkiti beras. Beras yang berada dalam keadaan vakum dan tidak mempunyai udara meningkatkan jangka hayat beras

Sebelum menggunakan cara vakum sealer, Mama perlu halau kutu dewasa dan bunuh telurnya terlebih dahulu. 

#3 Jemur Bawah Matahari

@sajiansedap

Hayo siapa yang beras di rumahnya kutuan ? ikutin tips ini yuk #sajiansedap #tipsandtricks #beras

♬ Fortune Cookie in Love – JKT48

Serangga kecil seperti kutu beras sangat sensitif dengan suhu yang keterlaluan. Keadaan terlalu panas dan terlalu sejuk membuatkan kutu beras tidak selesa. 

Caranya adalah dengan menjemur beras di bawah terik matahari. Untuk mendapatkan hasil lebih berkesan, Mama jemurkan beras di atas permukaan yang luas seperti talam.

#4 Cili Kering

Kredit gambar: cookpad.com

Dulu-dulu Mama Siti tak pasti kenapa setiap kali nak masak nasi, mesti ada cili kering dalam kantung beras. Bila tanya dekat mak, barulah tahu rupa-rupanya itu ialah cara menghalau kutu beras. 

Selain bau menjadi faktor kutu beras ‘lari’, cili kering juga bersifat panas. Keadaan itu sangat tidak selesa untuk menjadikan habitat oleh koloni kutu beras. 

#5 Letak Dalam Penyimpanan Beku

Suhu melampau boleh mematikan kutu beras. Cara hilangkan kutu beras adalah dengan meletakkan beras ke dalam freezer kira-kira semalaman. 

Suhu terlalu sejuk menghalang kutu bernafas dan sekaligus membunuh mereka. Setelah itu, apabila ingin menanak nasi, Mama hendaklah buangkan kutu beras yang timbul semasa mencuci beras. 

#6 Asam Keping

Kredit gambar: myresipi.com

Selain sensitif terhadap suhu, kutu beras juga sensitif terhadap bau-bauan yang menyengat. Bau asam keping juga tidak digemari kutu beras. 

Bau masam kutu beras memaksa mereka meninggalkan ‘tempat tinggal’ mereka itu. 

Caranya sangat mudah, hanya letakkan beberapa helai asam keping ke dalam bekas penyimpanan beras. Cara ini mampu menghilangkan kutu beras. Selain itu, ia dipercayai menghalang pembiakan kutu beras. 

#7 Bawang Putih

@nz.pgs

Beras ada kutu ups!! jangan buang ikut tips cara saya nimoga beri manfaat pada semua para emak2 part 2 result nya #tiktoksabahan #foryoupage

♬ Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) – Bro Az Berkongsi Rezeki

Kalau orang barat percaya bawang putih boleh halau drakula, Mama jangan tak percaya pula di negeri nusantara kita percaya bawang putih mampu menghalau bubuk nasi. 

Caranya, ambil satu labu bawang putih dan belah kepada dua bahagian. Kemudian, letakkan di dalam beras sambil ditutup beras. 

Berdasarkan petua orang lama, lepas semalaman kutu beras akan hilang. Ini kerana kutu beras tidak menyukai bau bawng putih yang kuat. 

#8 Daun Pudina

Kredit gambar: Lazada

Kaedah hilangkan kutu beras yang seterusnya katanya paling berkesan. Pertama sekali, keringkan daun pudina. Terpulang kepada Mama samada ingin mengeringkan di bawah cahaya matahari atau menggunakan oven. 

Kemudian, kisar daun pudina hingga menjadi serbuk. Selepas itu, campurkan serbuk daun pudina ke dalam bekas berisi beras. 

Memang padanlah cara ini paling berkesan, lihat sahaja cara penyediaan petua ini. Boleh tahan rumit juga ya. 

#9 Tutup dengan Kain Lembab

Tahukah Mama, kutu beras sukakan permukaan yang lembab. 

Jadi kita boleh manfaatkan tempat kegemaran mereka sebagai cara menghalau kutu beras dengan mudah. 

Masukkan beras dalam satu bekas. Kemudian, tutup dengan kain lembab buat beberapa waktu. Oh ya, jangan sampai kain menjadi kering ya.

Kutu beras akan menempel di permukaan kain itu. Ambil kain tersebut dan buangkan kutu beras yang melekat. 

Kutu beras sememangnya mengganggu proses memasak. Nak buangkan kutu beras sahaja memakan waktu. 

Oleh sebab itu, kita perlu bertindak bijak dengan menggunakan sembilan cara menghilangkan kutu beras seperti yang Mama Siti kongsikan tadi. 

Bila kutu beras sudah tiada, barulah mudah nak memasak kan. 

Dapatkan tips hal-hal dapur yang berguna DI SINI.