KelabMama

KUTU BABI PENYEBAB KANAK-KANAK 5 TAHUN SEPARA LUMPUH SELAMA 12 JAM

kutu babi

Mama ada terlihat gambar viral seekor ular yang dikerumuni ratusan kutu babi hingga harus diberi rawatan kecemasan apabila ia diselamatkan? Kutu babi ataupun orang kita memanggilnya dengan nama sengkenit, merupakan serangga parasit yang biasa ditemui di persekitaran kita.

Dalam bahasa saintifiknya, kutu babi ini adalah arakanid kecil dan juga serangga parasit luaran yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia burung, dan ada juga yang menghisap beberapa jenis reptilia dan amfibia.

Kutu Babi juga Membahayakan Manusia

Kutu Babi juga dipanggil sebagai sengkenit.

Tahukah anda, kutu babi juga sebenarnya membahayakan manusia, terutamanya kanak-kanak? Hanya dengan satu gigitan, kutu babi ini berisiko membawa virus berbahaya kepada nyawa kita dan anak-anak. Contohnya kisah yang berlaku di Grenada, Mississippi pada tahun lalu ini.

Kanak-kanak 5 Tahun Didiagnos Tick Paralysis  

Jessica Giffin, ibu kepada anak perempuannya yang berusia 5 tahun, telah bergegas ke wad kecemasan setelah doktor mengesahkan anak perempuannya didiagnos ‘tick paralysis’, yang disebabkan oleh kutu babi. Tick Paralysis yang dialami anaknya adalah diakibatkan oleh neurotocin daripada air liur serangga itu.

Griffin memberitahu, beliau perasan keadaan anak perempuannya tidak seperti biasa pada pagi Rabu, 6 Jun 2018, apabila anak perempuannya mempunyai masalah untuk bangun dan bersiap ke pusat asuhan seperti biasa.

Anak saya jatuh sejurus dia turun dari katil dan memijak lantai. Walaupun beberapa kali cuba untuk bangun dan berjalan, tapi dia tetap jatuh,

kata Griffin kepada CBS News.

Dalam masa yang sama, anaknya juga seperti mempunyai masalah untuk bercakap tidak seperti hari-hari biasa. Seperti ibu bapa yang lain, Griffin hanya menyangkakan mungkin kaki anaknya masih lemah ketika pagi. Namun, ketika dia sedang menyikat rambut anaknya, dia menemui seekor kutu babi di kulit kepala anaknya. Jessica Griffin terus buang kutu babi tersebut dan bergegas bawa anaknya ke hospital berdekatan.

Anak Griffin Masih Boleh Diselamatkan

Setelah pemeriksaan dan rawatan dibuat, doktor yang merawat anak perempuan Griffin memberitahu bahawa anaknya akan kembali normal seperti biasa antara 12-24 jam. Kini, anak perempuannya sudah mampu kembali aktif seperti hari-hari biasa.

Kutu Babi Membawa Virus Bahaya

Untuk pengetahuan Mama, kutu babi ini membawa virus Congo atau CCHF yang boleh menyebabkan demam, sakit otot, pening, sakit kepala dan sakit mata. Jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan demam berdarah serta masalah kesihatan yang lebih serius hingga membawa maut.

Malah, pesakit juga berisiko untuk mendapat pembesaran limfa dan bintik-bintik merah yang menyebabkan pendarahan pada permukaan mukosa dalaman seperti mulut, tekak, dan kulit.

Jadi, dari kisah Jessica Griffin ini, beliau sendiri menasihatkan untuk ibu bapa lain supaya segera mencabut dan membuang apa jua serangga yang ada dibadan anak-anak dan dapatkan rawatan segera untuk mengelakkan daripada berlaku kejadian yang tidak diingini.