KelabMama

Tolong Berhati-hati Dengan Kulat/Fungus Yang Ada di Kulit

Masalah alahan kulit tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia, bahkan penduduk dunia. Kulit merupakan organ yang banyak besar bagi manusia, dan merupakan anggota badan yang paling banyak. Perlu diingatkan bahawa penyakit kulit tersebut adalah penyakit yang sentiasa datang dan pergi. Ia tidak akan dapat dihilangkan secara sepenuhnya tetapi boleh dikawal seperti penyakit-penyakit kronik yang lain. Ini adalah kerana punca utama penyakit tersebut adalah lebih kepada hubung kait antara faktor dalaman dan luaran, bukannya jangkitan kuman semata-mata yang boleh dihilangkan dengan rawatan antibiotik. Dan salah satu masalah pada kulit adalah alahan. Perkara ini terjadi disebabkan banyak faktor termasuklah gangguan pada sistem imun, perubatan ataupun jangkitan.

 

PENYAKIT RADANG KULIT

Penyakit atopik dermatitis (eczema) sering kali dikaitkan dengan faktor keturunan dan alahan. Ia adalah penyakit radang kulit yang menyebabkan rasa gatal teruk serta boleh mengganggu kualiti tidur dan kehidupan seharian. Kebiasaannya, ia mula muncul pada kanak-kanak sebelum berusia dua tahun dan sering kali menunjukkan gejala dalam bentuk ‘pasang dan surut’, iaitu ada kalanya kelihatan terkawal (remission) dan ada kalanya bertambah teruk (exacerbation). Namun, bagi tahap yang teruk, pesakit mungkin akan mengalami gejala kegatalan dan radang kulit secara berpanjangan. Antara tanda-tanda penyakit atopik ekzema ini termasuklah keadaan kulit kering, merah dan kelihatan bersisik. Ia bertambah teruk apabila digaru berulang kali.

Sekiranya dibiarkan, kulit akan tercedara akibat kesan garuan yang berterusan menyebabkan kuman boleh memasuki kawasan kulit yang lebih dalam dan mengakibatkan jangkitan. Jangkitan ini sekali gus memarakkan lagi kitaran gejala atopik eczema. Tambahan pula, kawasan kulit yang cedera akibat garuan berterusan juga akan meninggalkan parut dan kulit menjadi keras, bersisik dan kering.

Radang kulit ini melibatkan kawasan kulit tertentu mengikut umur pesakit tersebut. Secara umum, atopik ekzema sering kali melibatkan kawasan muka, badan, hadapan lutut dan belakang siku atau kawasan tidak berlipat (extensor surface) dalam kalangan bayi. Manakala bagi kanak-kanak lebih berumur dan dewasa, ia seringkali melibatkan kawasan kulit yang belipat (flexor surface) seperti belakang lutut, hadapan siku, hadapan pergelangan kaki, tengkuk dan sekitar mata. Pesakit atopik eczema juga sering kali mengalami beberapa penyakit alahan yang lain seperti radang alahan pada mata (allergic conjunctivitis), alahan pada hidung (allergic rhinitis) dan juga penyakit asma atau lelah (bronchial asthma).

Ahli keluarga terdekat juga sering kali mengalami masalah kulit atau penyakit alahan yang sama. Penyakit eczema dan alahan ini seringkali menjadi teruk apabila mereka terdedah kepada bahan-bahan yang menggalakkan pengeluaran dan pengaktifan sel-sel radang dan alahan. Sebagai contoh makanan laut, cuaca yang panas dan kering, habuk, tekanan atau kemurungan, hama mahupun akibat jangkitan kuman. Apa yang memeranjatkan adalah bahan-bahan yang terdapat dalam produk pencuci muka dan badan juga mampu meningkatkan keradangan kulit pada pesakit eczema.

 

CARA PENJAGAAN KULIT YANG CENDERUNG TERHADAP ALAHAN

  1. Elakkan produk yang diketahui sebagai alergen yang biasa, contohnya lateks.

  1. Berhati-hati: Sekiranya ingin mencuba detergen, item penjagaan seperti losen pelindung matahari atau mekap yang baru, ujinya terlebih dahulu. Pastikan anda mempunyai pengganti lain sekiranya kulit anda mula memberi tindak balas.
  1. Ikut regimen yang sama bagi sebarang produk yang akan menyentuh kulit anda. Ini mungkin kedengaran remeh-temeh berbanding penggunaan terus “produk ajaib”. Namun, kulit anda merupakan organ yang sensitif dan apabila ia tidak gembira, tiada siapa akan gembira.
  1. Alergen boleh membunuh. Prinsip “Terdapat cara untuk berjaya jika anda terus mencuba” tidak boleh digunakan di sini. Jangan menduga nasib dengan mencuba alergen yang sama berulang kali. Ia tidak akan meredakan simptom anda. Malah, ia akan menjadikannya lebih teruk.
  1. Jika anda mendapati diri anda tiba-tiba mengalami alahan, jumpa doktor atau pergi ke bilik kecemasan dengan segera. Kejutan anafilaktik boleh membawa maut. Jangan menjadi mangsa.

 

APA ITU FUNGUS / KULAT DAN BAGAIMANA KULAT TERJADINYA KULIT

 

FAKTOR-FAKTOR KULAT BOLEH MEMBIAK

 

KULAT BOLEH BERLAKU PADA BAHAGIAN

 

PUNCA-PUNCA PENYAKIT/FAKTOR RISIKO

 

 

 

Sumber: Internet