KelabMama

Kenali Kuih Tradisional Semasa Perayaan Deepavali

jenis kuih tradisional perayaan deepavali

Selain dari ritual keagamaan yang melibatkan penyalaan lilin dan dekorasi rumah, makanan dan kuih tradisional pun memainkan peranan penting dalam sambutan perayaan Deepavali.

Mama nak tahu tak jenis kuih perayaan Deepavali ni. Jom, tengok jenis-jenis kuih tradisional masyarakat India time perayaan Dewali.

11 Jenis Kuih Tradisional Masyarakat India Semasa Deepavali

1. Marukku

Murukku ialah sejenis kuih bukan je kegemaran kaum india, malah menjadi kegemaran kaum-kaum lain jugak. Rasanya yang berlemak dan ranggup memang sedap untuk dimakan seisi keluarga.

Kuih ini digoreng sehingga garing dan mempunyai rasa masin yang enak diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras dan tepung jagung. Ia antara kuih yang wajib ada time Deepavali.

2. Achu Murukku

Kuih Goyang pun termasuk jugak dalam jenis kuih perayaan Deepavali. Tapi dipanggil sebagai achu murukku atau kuih ros. Kuih ni favourite anak Mama Siti tau.

Cara nak buat achu murukku ni pun sama jugak. Cuma nama je yang berbeza. Kalau makan sambil borak ni mesti tak perasan pun dah habis satu balang.

3. Laddu

Laddu adalah kuih bulat manis yang terbuat daripada minyak sapi, tepung kacang dan gula. Ia sering dihiasi dengan badam cincang atau kismis. Laddu merupakan kuih semasa Deepavali yang sangat popular.

Biasanya laddu akan dihidangkan time majlis perayaan atau majlis keagamaan.

4. Jalebi

Jalebi adalah kuih manis yang terbuat daripada tepung beras dan adunan gula. Ia dibentuk dalam bentuk spiral dan digoreng sehingga garing sebelum direndam dalam gula sirap. Kuih ini mempunyai rasa manis dan berperisa berwarna oren yang menarik.

Ramuan untuk kuih ni pula tepung pewarna, sirap gula dan air.

5. Samosa

Samosa adalah sejenis pastri yang diisi dengan kentang, daging atau kacang hijau. Ia digoreng hingga garing dan disajikan dengan pelbagai sos, seperti cili atau mint. Samosa sering disediakan semasa Deepavali sebagai hidangan pembuka atau hidangan ringan.

Kalau makan panas-panas ni memang sedap!

6. Gulab Jamun

Gulab Jamun adalah kuih manis yang terbuat daripada susu tepung dan gula. Ia adalah manisan atau pencuci mulut yang terkenal di India.

Pencuci mulut ini akan dihidangkan dalam sirap gula dan dihias dengan kacang badam atau pistachio.

7. Rava Laddu

Rava Ladoo adalah kuih manis yang diperbuat daripada semolina, gula, ghee (mentega tepung), dan kacang gantung. Kuih ini mempunyai rasa yang sedap dan manis yang khas.

8. Barfi

Barfi adalah sejenis kuih manis yang dibuat daripada susu dan gula. Ia mempunyai tekstur lembut dan sering dihias dengan badam, pistachio, atau kunyit.

9. Nei Urundai

Kuih ni dipanggil jugak sebagai bebola minyak sapi, nei urundai sangat diminati oleh kanak-kanak yang sukakan dengan makanan yang manis.

Antara bahan penting untuk membuat kuih ini adalah tepung kacang dal, minyak sapi, rempah dan buah kismis.

Oh ye, kuih ni kadang-kadang akan dibuat sebagai hadiah tau.

10. Sippi

Kalau masyarakat Melayu panggil kuih ini sebagai kuih siput, betul kan Mama? Tapi bagi masyarakat India pula memanggilnya dengan gelaran sippi.

Sippi ni ada beberapa cara untuk kita menghidangnya. Sama ada ia digoreng dalam minyak penuh lalu dimakan begitu sahaja atau boleh jugak menyalutinya dengan serbuk gula sebelum di makan.

11. Athirasam

Bentuknya yang seakan-akan dengan kuih donut ini dikenali sebagai athirasam. Rasa kuih ni memang manis dan sangat digemari oleh kanak-kanak.

Bahan untuk buat kuih ini daripada campuran tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam, kelapa parut dan minyak masak. 

Banyak jugak kan jenis kuih tradisional masyarakat Indian ni. Mama Siti dah rasa excited ni, tak sabar nak makan kuih ni time pergi rumah jiran nanti.

Mama Siti dah double confirm dengan kawan Mama Siti, mostly nya kuih tradisioanal Indian ni vegetarian. Jadi boleh lah makan tanpa was-was.

Tapi untuk lebih selamat mungkin boleh check ingredients kuih dengan tuan rumah boleh atau tidak anak-anak Mama makannya.


Nak tahu kisah disebalik Pesta Cahaya? Klik di SINI.