KelabMama

Ibu Ini Kongsikan Kenapa Penting Untuk Kuarantin Anak Yang Tidak Sihat

Anak Mama batuk daripada malam tadi? Perlu ke kuarantin atau hantar sahaja pada pengasuh seperti biasa? Pasti kebanyakkan daripada anda menganggap gejala ringan bagi anak yang tidak sihat adalah isu kecil. Justeru, tak perlulah sampai kuarantin, bukan?

Awas Mama! Bukan semua gejala ringan bagi sesebuah masalah kesihatan itu turut boleh dipandang ringan. Lebih-lebih lagi jika anak Mama perlu bercampur dengan kanak-kanak lain tak kira sama ada di pusat asuhan atau dalam kediaman.

Mungkin nasib baik jika batuk atau selesema yang dialami mereka itu hanya isu kecil, namun simptom berkenaan juga adakalanya merupakan tanda awal bagi masalah kesihatan yang serius. Justeru, adakah Mama rasa kuarantin anak ketika mereka tidak sihat itu perkara yang tak penting?

#Kepentingan Kesihatan Anak

Dalam memastikan kesihatan kanak-kanak di sekeliling kita terus terjamin, Mama dan Papa seharusnya bertanggungjawab memastikan anak-anak anda dikuarantin sekiranya tidak sihat. Sikap tidak ambil peduli boleh menyumbang kepada jangkitan kanak-kanak yang lain pula.

Sebagai contoh mungkin bagi Mama dan Papa, masalah virus HFMD adalah tidak serius dan ia boleh pulih dengan sendirinya. Tetapi harus diingati bahawa anti-body setiap kanak-kanak adalah berbeza.

Bagi mereka yang memiliki tahap immunity rendah, jangkitan kecil ini boleh menjadi parah untuk golongan tersebut.

Sekiranya tanpa sengaja mereka berkongsi mainan atau sentuhan, kita tak akan tahu mungkin kanak-kanak berkenaan sedang dalam rawatan dan melakukan aktiviti luar kerana mahukan tenaga alam untuk positive vibes atau sebagainya, namun, lain pula jadi apabila tahap kesihatan mereka menjadi lebih teruk gara-gara ada sikap parents yang tidak bertanggungjawab terhadap isu kuarantin ini.

Antara masalah kesihatan kanak-kanak yang memerlukan tahap kuarantin sepenuhnya adalah:

  1. Virus RSV
  2. Penyakit virus HFMD
  3. Sindrom keradangan multisistem dalam kanak-kanak (MIS-C) dan Kawasaki
  4. Hepatitis Akut Tidak Diketahui Penyebabnya
  5. Virus influenza

Tanda gejala awal kanak-kanak diserang penyakit serius seperti di atas adalah batuk, selesema, demam dan muntah. See, nampak ringan jerr kan tapi kita tak tahu simptom dialami mereka berpunca daripada masalah yang mana satu.

Mungkin ada diantara Mama berasa berat hati jika perlu kuarantin anak dengan keadaan anda yang bekerja. Sekiranya masalah kesihatan yang dihadapi anak hanyalah perkara ringan, tak perlu Mama bimbang.

Boleh maklumkan pada pengasuh untuk memantau mereka dan isolate sekiranya perlu. Namun bagaimana jika ia adalah masalah yang berat?

Di bawah ini Mama Siti kongsikan beberapa kaedah penyelesaian yang mungkin membantu Mama untuk decide sama ada perlu kuarantin anak pada hari berkenaan atau boleh hantar mereka ke play school seperti biasa.

So that, Mama tak perlu runsing untuk apply AL sebelum mengetahui simptom sebeanar dialami si anak!

#Rawatan

Antara langkah yang boleh dilakukan bagi memastikan si anak menjalani kuarantin dengan sebaiknya adalah:

  1. Memastikan bekalan test kit sentiasa ada di kediaman
  2. Monitor kesihatan anak pada malam hari dengan thermometer, ubat-ubatan dan peralatan sesuai
  3. Berjumpa doktor bagi memastikan tahap sebenar masalah kesihatan anak
  4. Maklum pada pengasuh sekiranya anak perlu dikuarantin. Minta pengasuh disiplin sepanjang sesi isolation bagi mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak yang lain.
  5. Sekiranya result kesihatan adalah jangkitan serius, sebaiknya Mama mohon untuk work-from-home atau cuti AL bagi menjaga anak di rumah. Jangan pernah rasa terbeban sekiranya terpaksa minta cuti kerana kesihatan anak lebih utama. Elak daripada membiarkan bercampur dengan kanak-kanak lain sepanjang mereka dalam keadaan tidak sihat kerana ia situasi ini sangat memberi risiko kepada orang lain.

#Tanggungjawab Ibu Bapa

Ingat Mama dan Papa, jadilah parents yang bertanggungjawab dalam mematuhi arahan kuarantin. Mungkin boleh melayani kehendak si anak yang jemu dan boring sebab tak bebas.

Maka, di sinilah peranan besar Mama dan Papa untuk menjadi kreatif melayani si anak. Boleh berinteraksi dengan dunia luar, tapi perlu pastikan risiko jangkitan tidak menular dengan mudah contohnya:

  1. Membawa anak ke kawasan yang tidak bercampur dengan ramai orang.
  2. Tidak membawa anak ke tempat tumpuan kanak-kanak lain- contoh playground.
  3. Mengamalkan penjagaan kendiri sekiranya terpaksa keluar- memakai facemask, menggunakan handsanitizer dengan kerap dan sebagainya.
  4. Patuhi arahan tempoh kuarantin yang telah ditetapkan.
  5. Sekiranya anak telah merisikokan kanak-kanak lain tanpa sengaja, jadi ibu bapa bertanggungjawab dengan memaklumkan hal tersebut kepada parents berkenaan.

Dapatkan tips dan panduan untuk keselamatan anak-anak di SINI.