KelabMama

Kraf Cuti Sekolah: Projek DIY Seronok untuk Minda Muda Kreatif

Mama, jangan biarkan anak-anak lakukan aktiviti sendiri semasa cuti sekolah ini. Selain jadual ini yang Mama Papa boleh rujuk, Mama boleh ciptakan aktiviti DIY untuk mereka.

Sebab bukan apa, bila tak ada aktiviti, semestinya mereka akan hadap TV atau gadget. Benda yang sama macam cuti hujung minggu juga kan.

At least dengan aktiviti DIY ni dapat membina kreativiti mereka untuk mencipta, mereka, mengubah suai sehinggalah kepada memanfaatkan barangan yang telah mereka bina tadi.

Selain itu, dengan DIY pelbagai barangan, ia juga boleh mesrakan poket Mama dan Papa kan? Eh, jangan salah faham! Bukan nak kedekut dengan anak, namun satu perkara yang parents kena faham adalah sifat manusia yang cepat bosan.

Bayangkan bila pertama kali beli mainan, anak-anak excited sangat sampai bangun pagi, terus cari mainan baru. Sebelum tidur pun, masih sibuk layan permainan baru tu.

Tapi masuk minggu seterusnya, anak-anak akan mulai bosan dengan mainan tadi. Sebab apa? Bukan mereka tak hargai, tapi sebab dah habis explore sampai dah tak ada idea nak main macam mana lagi.

Jangan katakan anak kecil, kita yang dewasa pun boring kalau hadap benda sama setiap masa. Aktiviti yang tak boring adalah game dalam gadget dan seumpamanya sebab sentiasa ada benda baru.

Tapi, tak akan nak bagi gadget pada anak-anak. Lagi-lagi ketika cuti sekolah ni.

Hmm, nak beli mainan baru terasa membazir pulak kan? So, masa ni lah aktiviti DIY ini menjadi penyelamat untuk Mama dan Papa.

Malah, kelebihan membuat projek DIY untuk anak-anak ini juga dapat melatih mereka untuk lebih produktif dan kreatif.

Hmm, masih tercari-cari apa projek DIY yang sesuai untuk anak-anak lakukan sepanjang cuti sekolah nanti? Kalau belum ada rancangan, jom lihat senarai yang Mama Siti sertakan di bawah:

1. Mewarnakan Gambar

Aktiviti mewarna mesti paling digemari kanak-kanak. Tapi kali ni jadikan ia lebih kreatif iaitu mewarna tapi tidak menggunakan pensel warna.

Eh, macam mana tu? Ha, caranya gunakan tumbuh-tumbuhan seperti daun, bunga, rumput dan macam-macam lagi benda yang selamat.

Kaedahnya dengan menghasilkan apa-apa jerr lukisan di atas kertas A4. Tak kisah sama ada Mama dan Papa nak lukis atau print daripada internet.

Lepas tu, fill the color dengan bahan-bahan lain yang sesuai. Tampal mengikut warna seperti lukisan di pantai, boleh lekatkan dengan bunga berwarna biru untuk air laut, rumput pula boleh tampalkan di bahagian gambar daun pokok kelapa.

Ha, pasti ia jadi menarik bila anda bijak mengolah aktiviti tu! Tak lah boring mewarna kaedah yang sama jerr kan?

2. Cipta Tabung

Dalam usaha mendidik anak untuk menabung, masa ni lah sesuai untuk Papa dan Mama ajak mereka cipta tabung.

Boleh guna card board atau apa-apa barang recycle yang anda rasa sesuai dan selamat.

Lepas tu jangan lupa hiaskan ikut citarasa anak-anak. Kalau mereka nak gambar duit dekat luar tabung tu, boleh gunting gambar kartun-kartun dan lekatkan di bahagian tabung mereka.

Mama Siti yakin silap-silap anak anda excited nak simpan duit dalam tabung tu setiap hari. Ha, secara tak langsung kan dah dapat tanam nilai murni pada anak-anak tu!

3. Hasilkan Kad

Aktiviti menghasilkan kad DIY antara yang popular untuk semua lapisan umur. Mama Siti percaya, aktiviti seumpama ini pun dah ada di sekolah.

Cuma Mama wujudkan lebih lagi elemen DIY contohnya setiap perhiasan kad menggunakan tali untuk hiasan di sekeliling kad atau kuntuman bunga kecil dibuat daripada tisu yang ditampal di muka hadapan kad tadi.

Mesti anak excited nak gubah kad masing-masing.

Mungkin pada hari istimewa nanti, jangan terkejut pula Mama dengan Papa dapat kad ucapan handmade hadiah daripada anak-anak sebab mereka dah pandai hasilkan kad versi DIY!

4. Deko Rumah Untuk Doll

Kredit gambar: Facebook Puan Mazreen Liana

Pastinya anak-anak ada mainan kegemaran mereka sendiri kan? Macam anak perempuan ada patung kesayangan. Anak lelaki pula ada robot atau askar kecil.

Apa kata ajak mereka cipta rumah ataupun kawasan pertempuran untuk patung kesayangan mereka.

Mama dan Papa boleh ajak anak hiasi persekitaran tu dengan barang-barang recycle jerr.

Bukan setakat menyeronokkan, tapi mesra poket Mama dan Papa jugak kan?

Caranya adalah dengan menyediakan sekeping papan atau cardboard. Kemudian hiaslah rumah atau landskap berkenaan mengikut kreativiti anak.

Seperti yang dikongsikan di facebook Puan Mazreen Liana tentang mini zoo DIY yang meletakkan pelbagai patung haiwan kesayangan anaknya hasil kreativiti kedua-dua beranak ini.

Sementara di facebook Puan Nazira Nazir, beliau menunjukkan projek rumah DIY yang dibina oleh suaminya.

Bolehlah Mama refer gambar di bawah sebagai rujukan untuk projek kreatif DIY anda dan anak nanti.

Kredit gambar: Facebook Puan Nazira Nazir

5. Ikatan Benang

Kredit gambar: Illust AC

Untuk game yang sedikit extreme tapi selamat untuk dicuba oleh anak-anak, bolehlah cuba ikatan benang jadikan ia ala-ala permainan laser.

Mesti seronok nak cuba sebab tak membosankan. Boleh tukar ikatan benang kalau nak jadikan ianya lebih sukar.

Game ni juga secara tak langsung menguji kemahiran, minda dan skill mereka. Anak-anak akan belajar menyusun strategi bagi melepaskan diri.

Hah, bukankah ia lebih baik daripada menonton TV jerr kan Papa dan Mama?

6. Hias Pasu Bunga

Aktiviti mewarnakan pasu bunga juga antara DIY yang menyeronokkan! Iyalah, asyik lukis dan mewarna di kertas jerr.

Apa kata cuba kelainan kali ni dengan mewarna di pasu bunga. Secara tak langsung, menyuntik semangat cintakan alam juga.

Sambil anak-anak berkarya tu, Mama dan Papa bolehlah perkenalkan jenis-jenis tumbuhan yang nak ditanam dalam pot.

Anak-anak pun dapat belajar benda baharu kan hasil DIY lukisan di pasu bunga!

Cuti sekolah memang menyeronokkan bukan setakat untuk anak-anak, namun buat Mama dan Papa yang bekerja.

Iyalah ini masanya nak tenang-tenang pergi ke pejabat, tak kelam kabut, tiada drama anak waktu pagi.

Namun, ia tetap ada cabaran tersendiri khususnya dalam memastikan anak tidak membuang masa dengan perkara yang tak berfaedah.

Kalau boleh, semua parents nak create something yang menjamin keselaman anak sepanjang ibu dan ayah sibuk bekerja selain dalam masa sama turut merangsang minda mereka meskipun ketika cuti sekolah.

Justeru, projek DIY antara sebahagian perkara yang boleh dimanfaatkan secara bersama. Tidak hanya menyerlahkan kreativiti si kecil, namun lebih penting adalah mencipta momen indah antara parents dan anak-anak.


Untuk pelbagai info dan tips berkaitan keibubapaan, Mama dan Papa boleh klik di SINI tau!