KelabMama

TERKINI: Kelonggaran Baju Seragam Sekolah Dua Hari, Baju Sukan Dua Hari oleh KPM

baju sekolah dua hari, baju sukan dua hari - peraturan pakaian sekolah baharu

Mulai sesi persekolahan 2024/2025, peraturan pemakaian baju seragam sekolah dilonggarkan di semua sekolah dibawah Kementerian Pendidikan.

Pemakaian seragam sekolah ditetapkan selama dua hari, pakaian sukan selama dua hari juga manakala sehari lagi untuk seragam kokurikulum.

Menteri Pendidikan Fadlina Sidek, berkata ini adalah garis panduan baharu mengenai peraturan pemakaian seragam murid yang ditetapkan oleh KPM. Beliau juga memaklumkan surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai arahan peraturan pemakaian ini akan dikeluarkan kemudian nanti.

“KPM memutuskan bagi sesi 2024/2025 bermula Mac ini, selepas sesi libat urus dilaksanakan dengan semua pihak berkaitan termasuk pemegang taruh, maka pakaian seragam di sekolah sesi 2024/2025 diteruskan seperti berikut.”

“Dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum” katanya.

Tambahnya lagi, murid yang memakai pakaian seragam sekolah pula tak diwajibkan untuk memakai tali leher, memandangkan cuaca panas boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan murid.

Garis panduan baharu ini dapat memudahkan Mama Papa untuk membuat persediaan awal seragam sekolah anak-anak serta persedian kewangan juga memandangkan tahun ini juga anak-anak akan mula bersekolah dalam bulan Ramadan juga.

Kalau diikutkan selama dua tahun kita menghadapi COVID-19, KPM sudah pun memberi sedikit kelonggaran mengenai pemakaian seragam sekolah.

Tapi dengan adanya pekeliling baharu ini dapat melegakan hati Mama Papa dalam masa yang sama juga Mama Papa dapat mengurangkan perbelanjaan membeli baju sekolah anak-anak.

Jadi, ringan lah sedikit perbelanjaan Mama Papa untuk membeli kelengkapan baju seragam sekolah anak-anak.

Dan pengumuman ini pun dilakukan sebulan awal sebelum sesi persekolahan 2024/2025 bermula. Anak-anak pun Mama Siti rasa akan lebih selesa juga dengan peraturan pemakaian yang baharu ini.


Ramai Mama Papa tak tahu bahaya apabila kongsi gambar sekolah anak-anak. Klik di SINI.