KelabMama

Peluang Untuk Mendapatkan Rangkaian Koleksi & Karakter LEGO® NINJAGO® Yang Baharu!

lego ninjago sunway pyramid

Dengar je LEGO®, mesti automatik semua fikirkan ‘ala, permainan untuk kanak-kanak’, ‘eh, tu untuk lelaki jelah!’, dan macam-macam lagi. Nanti dulu! Permainan LEGO® ni sangat versatil dan sesuai untuk semua lapisan umur dan masyarakat.

Jangan terkejut kalau Mama Siti cakap even Mama Siti pun ada koleksi LEGO® tersendiri, terutamanya dari siri LEGO® NINJAGO® yang lain daripada suami dan anak-anak punya tau! Cuma sekarang dah tak ‘aktif’ seperti zaman kanak-kanak dan muda dahululah.

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Sebaliknya, sekarang lebih berikan peluang kepada anak-anak untuk bergembira dengan koleksi LEGO® mereka. Bila tengok anak happy, automatik kita yang mak ayah pun turut senang hati.

Untuk menambahkan kegembiraan mereka, Sunway Pyramid bawakan LEGO® NINJAGO® ACADEMY: SAVE THE DRAGONS di ruang LG2 Orange Concourse bermula 23 Mei hingga 5 Jun 2023.

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Para pengunjung, terutamanya kanak-kanak dapat bergembira dengan pelbagai jenis aktiviti bersama tuan Lloyd dan watak baharu Arin, Sora dan Baby Dragon Riyu untuk menyertai Akademi LEGO® NINJAGO® dan berlatih menjadi Ninja Spinjitzu!

Di akademi ini, kanak-kanak berpeluang untuk belajar menjadi Ninja dan membantu menyelamatkan naga daripada Claw Hunters, disamping mempelajari kepentingan untuk bekerja dalam sebuah pasukan.

Lengkapkan Kesemua Stesen Untuk Menjadi Ninja Spinjitzu dan Rebut Hadiah Istimewa!

Yang pastinya, akademi ini lain daripada yang lain! Para peserta hanya perlu melengkapkan empat stesen dengan cabaran yang berbeza iaitu The Armoury, Endurance Challenge, Power-up Spinjitzu, dan Agility Power, untuk mendapatkan setem Dragon Power!

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Mulakan perjalanan untuk menjadi pelatih Ninja dan bina senjata anda di sini.

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Kekalkan momentum dengan melatih diri membina ketahanan dan kekuatan badan untuk mencapai tahap yang optimum.

Pastikan anak Mama mendapatkan markah yang tinggi di stesen ini kerana jumlah markah yang diperoleh akan menentukan diskaun harga untuk set Ninjago yang terpilih.

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Lengkapkan diri dengan aksi Spinjitzu yang power dengan set LEGO® NINJAGO® baharu!

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Para peserta akan melatih tahap kelincahan Ninja mereka dengan mengatasi halangan dan mengumpul kuasa Naga.

Bagi peserta yang berjaya mengumpulkan kesemua setem Dragon Power, boleh terus ke kauter penebusan untuk mendapatkan miniatur LEGO® NINJAGO®.

BONUS!

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Selain daripada empat aktiviti di atas, para peserta juga boleh menyertai satu aktiviti bonus dengan meneka bilangan Dragon NRG Cores pada paparan diorama LEGO® NINJAGO® yang besar dan berpeluang memenangi sebuah set LEGO® yang eksklusif!

Penampilan Istimewa – Ninjago Kai & Ninjago Lloyd

Dalam pada itu, para pengunjung juga berpeluang untuk bergambar bersama dua maskot LEGO® NINJAGO® istimewa iaitu Ninjago Kai dan Ninjago Lloyd pada waktu yang telah ditetapkan seperti berikut:

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Pelbagai Ganjaran & Promosi Lain Khas Untuk Para Peminat LEGO® NINJAGO®

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Para pengujung juga berpeluang untuk menebus sebuah Buku Nota LEGO® NINJAGO® daripada Sunway Pyramid dengan hanya memuat turun aplikasi Sunway Pyramid.

Anda kemudian harus kumpul baucar yang terdapat pada tab ganjaran dan tunjukkan baucar tersebut kepada kakitangan Sunway Pyramid di LG2 Orange Concourse untuk mendapatkannya.

Tambah Koleksi LEGO® NINJAGO® Dengan Rangkaian Koleksi & Karakter Terbaharu

Dalam pada itu, para penggemar LEGO® NINJAGO® juga berpeluang untuk menambah koleksi LEGO® anda semasa di acara LEGO® NINJAGO® ACADEMY: SAVE THE DRAGONS di Sunway Pyramid ini.

The LEGO Group memperkenalkan beberapa rangkaian dan karakter baharu seperti 71796 Elemental Dragon vs. The Empress Mech, 71794 Lloyd and Arin’s Ninja Team Mechs, 71791 Zane’s Dragon Power Spinjitzu Race Car, dan banyak lagi.

Mama Papa boleh dapatkan barangan eksklusif ini dan lihat sendiri kegirangan anak-anak di LEGO® NINJAGO® ACADEMY: SAVE THE DRAGONS di Sunway Pyramid bermula 23 Mei hingga 5 Jun 2023.

LEGO® NINJAGO® ACADEMY: SAVE THE DRAGONS juga bakal meneruskan pengembaraan mereka di Sunway Putra Mall bermula 7 Jun 2023 dan kemudiannya di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang pada 14 Jun 2023.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook, Instagram dan laman rasmi Sunway Pyramid.